Manfaat Berkongsi.

on Jumaat, Januari 27, 2012

Assalamualaikum,
Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia.
foto: darulruqiyyah.

Seorang petani telah memenangi Anugerah Petani Cemerlang untuk sekian kalinya, selama 5 tahun berturut-turut. Anugerah itu adalah hasil daripada tanaman jagungnya yang berkualiti, lebih besar, warna kekuningan keemasan, rasa lebih manis dan tahan lama untuk disimpan.

Seorang wartawan menemuramah petani tersebut.

Wartawan : Apakah rahsia kejayaan tuan sehingga memenangi anugerah ini selama 5 tahun beturut-turut?

Petani     : Tidak ada rahsia sebenarnya. Saya cuma berkongsi benih jagung yang saya ada dengan petani-petani lain. Itu sahaja.

Wartawan : Berkongsi benih dengan petani lain? Bukankah mereka juga masuk pertandingan yang sama? Petani lain sepatutnya menjadi pesaing kerana mereka juga menanam jagung dengan benih yang sama.

Petani       : Betul. Tapi itu semua tak penting. Yang penting adalah proses pendebungaan. Kalau pokok jagung di sekitar ini tidak ditanam dengan benih berkualiti, maka ladang saya pun akan terjejas. Boleh jadi saya menanam jagung yang berkualiti, namun proses pendebungaan yang mungkin bercampur dengan ladang berdekatan akan memberi kesan kepada hasil tanaman saya.


Pengajaran: Orang yang berjaya ialah orang yang berkongsi manfaat dengan orang lain dan membantu mereka memperolehinya.
Fikir-fikirkan lah...

Sumber
Ranking: 5

11 comments

27 Januari 2012 pada 4:26 PTG

salam..

ikhlas berkongsi, besar hasilnya..walaupun kadang2 ada jgk perasaan taknak org lebih dpd kitakan...huhuhu

27 Januari 2012 pada 4:29 PTG

Setuju dengan Iza...kdg2 org yg sgt kedekut ilmu..tak berkongsi dgn orang lain.

27 Januari 2012 pada 4:39 PTG

Beliau seorang petani yang bijak. :-)

27 Januari 2012 pada 5:27 PTG

Allah memberi rezeki kepada hambaNYA, tak rugi kita berkongsi ilmu dan syafaat yang lain, insyaallah banyak benda dikongsi, semakin besar pintu rezeki Allah bukakan

27 Januari 2012 pada 6:11 PTG

salam..
setuju sangat..kalau yang ada
ilmu blogging tu apa salah
kongsi-kongsikan ye..semua
dapat menafaat :)

27 Januari 2012 pada 6:27 PTG

Betul juga tu.. Tanpa ladang bersebelahan & agen pendebungaan, tidak mungkin beliau boleh terpilih menjadi yang terbaik.

27 Januari 2012 pada 10:50 PTG

Baguskan berkongsi ilmu; sesapa yang ada ilmu blogging ke, trafik ke, BE ke, kongsile ^_^

27 Januari 2012 pada 11:10 PTG

aku pun setuju sangat n pratikan mana2 yg mampu.

27 Januari 2012 pada 11:20 PTG

Sama juga dlm dunia blogger, susah payah tulis entri yg sedap dibaca, beri info percuma, Insyallah kn dpt earning yg umphhhh

28 Januari 2012 pada 12:30 PG

Menarik, walaupun cerita di atas menekankan manfaat perkongsian, saya suka memandang cerita tersebut dari sudut dan perspektif yang lain, iaitu bukti jelas bahawa seseorang itu boleh dinilai berdasarkan siapa yang berada di sekelilingnya. Pendek kata kita boleh menduga sifat seseorang berdasarkan rakan-rakan yang berada disampingnya.

18 Mac 2012 pada 12:37 PG

Apa yang ada perlu dikongsi,
Jangan kongsi macam p.Ramlee,
Kak Iza selalu buat entri,
Semua yang ditulis tulus,ikhlas, dan free.

Catat Ulasan

Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini

 
© TERATAK USANG All Rights Reserved