Menunggu Dan Ditunggu.

on Isnin, Januari 09, 2012


Assalamualaikum,
Salam 1 Dunia.

Dalam kehidupan kita seharian, pastinya ada perlakuan begitu samada menunggu atau ditunggu. Dari dulu hingga sekarang, kita tidak dapat lari dari perkataan serta perlakuan tersebut, menunggu atau ditunggu. Di tempat kerja, institusi pendidikan, perkhidmatan dan juga di rumah kita sendiri.

Kadang-kala kita menunggu dan kadang-kala kita ditunggu. Jadi, di manakah ada berada? Menunggu atau ditunggu? Ada orang tidak suka ditunggu dan ada orang tidak suka menunggu.

Menunggu, menanti atau penantian itu sesuatu yang menyiksaan. Begitukah? Mungkin...jika apa yang ditunggu tak kunjung tiba. Segala sumpah seranah keluar jika berlaku keadaan demikian. Namun, sabar itu adalah sebaik-baiknya kerana sabar itu separuh dari iman. Jika aku berada dalam kelompok ini, pelbagai perkara yang aku fikirkan bagi menyedapkan hati sendiri agar bersabar seketika. Mungkin orang yang ditunggu mempunyai alasan atau aral melintang yang menghalang dari sampai pada masa yang dijanjikan.

Bagaimana pula jika kita ditunggu? Mungkin biasa bagi orang besar-besar. Jika aku sendiri berada dalam kelompok ini, terasa amat bersalah kerana telah mengambil masa orang lain yang begitu berharga buat dirinya. Bagi mengelakkan rasa bersalah itu, lebih baik kita menepati masa yang ditetapkan.

Kata pepatah arab, "Masa itu seperti pedang. Jika kita tidak memotongnya, ia akan memotong kita". Ada juga pepatah Melayu mengatakan "Masa itu emas." Allah juga bersumpah dalam firmannya: "Demi masa, sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh serta berpesan-pesan pada kebaikan dan kesabaran."

Hakikatnya, manusia tidak suka menunggu. Masyarakat Jepun merupakan masyarakat yang betul-betul menepati masa. Ini dikatakan sendiri oleh pensyarahku dulu yang pernah mengajar di Jepun.

Berbalik pada persoalan tadi, dimanakah kita berada? Suka menunggu atau ditunggu?



p/s:  Sebenarnya aku nak luahkan suatu perasaan tapi tak dapat nak ceritakan dan gambarkan bagaimana perasaan itu. Lain yang aku nak taip, tapi lain pula yang ditaip.
Ranking: 5

11 comments

9 Januari 2012 pada 5:48 PTG

assalam iza, maaf saya mmg benci menunggu.saya akan bengang klu tgu org yg lambat ni.dr kecil ayah dah ajar sampai 5 minit awal.so klu org lmbt mmg saya benci

9 Januari 2012 pada 6:43 PTG

Mak mmg tak suka menunggu..hui. Hilang sabar sungguh! Dan, juga tak suka buat org menunggu kita.

9 Januari 2012 pada 7:00 PTG

salam;
satu persoalan yang sukar dijawab,bagi aku memang susah nak dikata.!!.

9 Januari 2012 pada 11:03 PTG

saya pun tak suka menunggu. kalau sekejap ok lagi tapi bla dah setengah jam, geram juga.

10 Januari 2012 pada 10:55 PG

salam..betol2 mak ngah :) klaw asyik menunggu ,memang lama2 meletup ~ hehe

10 Januari 2012 pada 3:42 PTG

@Lydia Miza(Aidyl Azim)
W'salam..
Memang semua orang tak sanggup nak menunggu kan..

10 Januari 2012 pada 3:43 PTG

@Mak lagenda
Betul tu mak...lama2 tunggu boleh hilang sabar..

10 Januari 2012 pada 3:44 PTG

@yusuflaili(Goku)
W'salam..
50-50 ni...
Banyak maksud yang boleh ditakrifkan. Apa2 pun, jangan biarkan orang menunggu kita..

10 Januari 2012 pada 3:45 PTG

@eiela
Sabar...sabar..memang geram kalau yang ditunggu tak tiba tepat masanya kan..

10 Januari 2012 pada 3:47 PTG

@Muhammad Adri Bin Zawidon
W'salam..
Itu la, kalau selalu menunggu, dalam masa yang lama pulak tu, mesti meletup punya..

10 Januari 2012 pada 8:41 PTG

aku tak suka bila masuk kelas, kena menunggu pula student penuh... sepatutnya mereka yang perlu tunggu sepenuhnya dalam kelas,

Catat Ulasan

Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini

 
© TERATAK USANG All Rights Reserved