Aku telah jatuh cinta....
Ada sesiapa yang kurang pendengaran? Aku ulang sekali lagi. Aku telah jatuh cinta melihat akan kekacakannya. Dirinya telah menjadi idaman setiap orang termasuk aku. Semoga engkau menjadi milikku suatu hari nanti. Itulah penangan panahan asmara dari iPhone 4 DiGi.
Aku inginkan DiGi iPhone 4 kerana aku terpikat dengan segala keistimewaan yang dimiliki olehnya. Aku belum pernah memiliki telefon mudah alih secanggih DiGi iPhone 4. Seumur hidup aku juga, aku belum pernah membeli sebarang jenis telefon mudah alih dengan duit aku sendiri. Bertuahnya badan. Semua telefon mudah alih yang pernah aku gunakan disponsor oleh orang lain.
Telefon mudah alih pertama yang aku pernah gunakan adalah jenama Sagem (non-flip)yang melengkung dan seksi pemberian abang iparku waktu pertama kali aku menjejakkan kaki ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA). Betapa gembiranya aku kerana buat pertama kalinya aku memiliki telefon selular walaupun bukan telefon baru. Aku juga pernah menggunakan jenama 2 jenis telefon Nokia 2 jenis telefon Sony dan Motorola. Sekarang, buat kali ke enam aku menggunakan telefon mudah alih jenama Sony Ericsson W580 pemberian suamiku.
Setiap jenis telefon selular yang pernah aku gunakan pastinya mempunyai kekurangan dan kelemahan. Ketidakpuasan hati sentiasa ada disebabkan kekurangan tersebut. Hal ini telah membuatkan aku mengidam-idamkan telefon mudah alih yang dapat memuaskan hati aku (mudah-mudahan) seperti ciri-ciri yang dimiliki oleh DiGi iPhone 4.
Jika dibandingkan DiGi iPhone 4 dengan handphone yang aku gunakan sekarang, bagaikan langit dengan bumi. Contonya:
1. Kamera.
Handphone yang aku gunakan sekarang hanya mempunyai kamera di belakang sahaja dengan fungsi yang terhad dan keterbatasan untuk menganbil gambar di waktu malam. Manakala DiGi iPhone 4 mempunyai kamera di depan dan belakang dengan pelbagai fungsi untuk dapatkan kualiti gambar yang menarik.
2. Kemudahan WiFi
Tak perlu dibandingkan kerana handphone aku sekarang langsung tidak ada kemudahan tersebut. DiGi iPhone 4 juga yang terbaik.
3. Plan DiGi yang sangat menguntungkan. Dengan hanya RM58 sebulan, kita dapat menikmati segala kemudahan yang ditawarkan seperti SMS, MMS dan limit masa berbual percuma.
Sebenarnya banyak lagi sebab dan kelebihan yang ada pada DiGi iPhone 4. Harap-harap aku masih belum terlambat untuk mendapatkan DiGi iPhone 4. Siapa yang tak nak kalau diberi percuma.
3 comments
a phone..idaman setiap orang..hehe..
good luck yer :)
@Zairie Husin
Ya...
@gnesop.com
thanks.....sop pun, gud luck jgk...
Catat Ulasan
Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini