Assalamualaikum,
Salam 1 Dunia.
Nampak gambar kat atas tu? Sebenarnya ini adalah paparan yang ada dalam smartphone aku (bukan 100%) dari screen laptop. Aku masih baru berjinak-jinak dengan android. Bila ada apa-apa info berkaitan android, aku tak lepaskan peluang untuk membaca dan mencuba sesuatu yang baru.
Tak ingat dari blog mana aku jumpa info ni. Ada beberapa blog di bloglist aku yang menulis tentang android dan komputer, blog yang penuh dengan informasi (antaranya Bual Komputer dan IT TECH).
Jika ada sesiapa yang berminat untuk mencuba, boleh download DI SINI. Benda baru, mesti seronok untuk di cuba.
Selepas download melalui android market, klik start. Akan muncul IP address dan password. Taip alamat yang diberi melalui smartphone di browser yang digunakan dan masukkan pasword yang di beri. Maka akan terpaparlah apa yang ada dalam smartphone kita di screen laptop.
Sebelum ni memang bermasalah kalau nak gunakan segera gambar dalam smartphone kerana perlu memasang kabel dari smartphone ke laptop. Dengan adanya benda ni, tak perlu lagi gunakan kabel segala bagai. Klik saja, dah boleh ambil apa-apa maklumat yang ada dalam smartphone.
Selamat mencuba..
28 comments
but i think iOS more better.. :)
Ya ka?
Kalau kita tak pernah guna, susah sikit nak tau keseronokkannya..
Wahhh.. Boleh cuba ni.. Tak payah susah payah dah pasni.. Thanx for sharing sis Iza.. :)
Sama2.. :)
wah,, saya belum berpeluang lagi guna android.
Satu hari nanti mesti berpeluang..
Salam Iza, wahh cayalah...android best susah brick sebab open source...saya dah root , selalu OC..tapi saya xperia10 jer..
W'salam..
Baru nak mencuba la katakan..
salam;
Bagus bunyinya..tapi aku belum ada lagi.
W'salam..
InsyaAllah, jika berpeluang memiliki android nanti boleh la mencuba..
salam..
tak pernah guna smartphone yang guna android ni..saya hanya pernah guna ipad dan aplikasinya boleh tahan..tetapi saya tengok lebih pada game..berblogging rasa tak puas..nak kena lap top juga
W'salam..
Ya la en.Zul, kalau nak blogging, lebih besar screen lebih seronok kan..Kecik2 ni susah nak tengok, tak puas rasanya..
macam menarik je nih.. hehe
:)
Thanks untuk info ni. mmg best utk dicuba
Sama2..selamat mencuba..
android la best...
yup..
thanks iza
ayu mmg tengah godeh2 nie
i love u
Ya ka Ayu?
boleh la mencuba ni..
Seronoknya bila dapat berkongsi sesuatu...
wahhh...menarik ni. tp saya blm ada smartphone lagi. kalau ada rezki nnti, saya singgah sini lagi ye iza!
InsyaAllah, suatu hari nanti mesti ada rezeki
wow bestnya ada smartphone :)
salam perkenalan sis iza
:)
Salam perkenalan..
terima kasih kongsi info
oooo.. nice info.. hehe..
Nampaknya tidak berpeluang merasa android ni sebab tak der smart phone atau tablet hanya ada desktop dan laptop je ...
Menarik utk dicuba, itupun jika guna smartphone jenis Android.
Catat Ulasan
Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini