Ulangtahun Perkahwinan Ke 5.

on Rabu, Disember 07, 2011

Assalamualaikum,
Salam 1 Dunia.

Hari ini genap usia perkahwinanku selama 5 tahun (7 Disember 2006). Sebenarnya angka 7 ini adalah angka yang sangat unik dalam hidupku selepas bergelar isteri.

Tanpa di rancang, 7 Disember 2006 ditetapkan sebagai tarikh akad nikah dan tarikh kenduri di rumahku kerana pihak pengantik lelaki telah tetapkan tarikh 9 Disember diadakan majlis perkahwinan di pihak mereka. Bulan Oktober aku diberitahu untuk melangsungkan pernikahan. Tak sampai 2 bulan pun untuk buat persiapan. Semuanya serba ringkas.


7 Disember 2006.
Sengaja ku pilih songket walaupun panas.

Tanpa di rancang, angka 7 juga untuk puteri-puteriku kerana kedua-duanya dilahirkan pada 7 September (2007 dan 2011)


9 Disember 2006.
Nak pilih warna kuning, tiba-tiba terbekenan biru.

Masa baru-baru kahwin, ramai sanak-saudara tanya, "macam mana boleh kenai?" Soalan cepu mas tu...

Aku kenal suamiku hanya melalui telefon sahaja. Ketika tu aku masih menuntut di USM semester 4. Elektrik terputus, nak buka komputer tak boleh maka tanganku gatal mendail nombor XXX-XX9XXXX . X banyak-banyak tu sama dengan nombor telefonku sendiri dari dulu, kini dan selamanya. Angka 9 saja yang tak sama. Tiba-tiba berbunyi dalam talian, cepat-cepat aku off handphone. Takut...tak tau lelaki ke perempuan. Kalau tetiba kena serang dengan bini orang ke, padan muka aku...

Dah lama sikit, baru aku on balik. Itulah, gatal tangan sangat, ambik kau...Ada satu miss call dan satu mesej dari nombor tersebut.

Katanya, "Saya nak beli nombor awak, berapa nak jual?".
Aku : Ingat kedai ke, nak beli? Kalau sanggup bayar RM6666, ambik la.
Dia : Baik saya masuk meminang terus... (baru ku tahu dia lelaki)

Bila dah lama sikit, jadilah kawan sms. Aku pun tak tau orang ni tua ke, muda ke atau budak-budak sekolah. Dia nak kenal lebih rapat. Aku suruh dia hantar salinan I/C dan surat beranak (supaya aku tak tertipu). Dia kata, baik dia hantar resume terus...Akhirnya aku terima surat mengandungi kad matrik Politeknik dan Lesen Memandu original lagi.

Aku ingat saja nak jadikan kawan je. Lagipun dia tak ada kerja tetap masa tu. Memilih juga aku ni kan...Memilih itu penting untuk menjamin hidup. Bila dia dapat surat tawaran kerja, dia tanya aku, nak pilih RTM atau TNB. Dalam hati aku, "suka hati hang la nak pilih kerja apa, bukan ada kena-mengena dengan aku pun". Aku jawab juga agar dia pilih RTM (kan kerajaan) tapi dia pilih TNB.

Masa belajar, aku memang ingat nak belajar je. Langsung tak terlintas nak bercinta. Jadi, masa tu aku kawan dengan semua orang. Dah la tu...panjang sangat kalau nak teruskan cerita. Boleh buat novel pulak nanti...

p/s: Doakan kami sekeluarga agar teguh iman dan sentiasa bahagia hingga akhir hayat.




Ranking: 5

15 comments

7 Disember 2011 pada 12:39 PG

salam kenal..sy pon suka angka 7 juga..sebb besday sy 7/02....hehehe

nway selamat ulangtahun yg ke 5...mudah2an jodoh kalian kekal hingga akhir hayat..amin..

7 Disember 2011 pada 1:55 PG

happy annivuersary buat iza n suami... moga jodoh kalian tetap teguh dan kasih sayang berkekalan hingga ke syurga....

7 Disember 2011 pada 10:48 PG

salam..
kalau dah JODOH kan..?
asam di gunung..ikan di lautan
akhirnya bertemu jua dalam
kuali :)

TAHNIAH dari saya..semoga
berbahagia selamanya

7 Disember 2011 pada 10:51 PG

Alhamdulillah Iza... 7 tahun melayari bahtera rumahtangga. Moga bertambah erat dan bahagia hendaknya...

Selamat ulangtahun perkahwinan

7 Disember 2011 pada 11:16 PG

Selamat ulangtahun yang ke 5 untuk iza & hubby. Semoga kekal bahagia selamanya.

7 Disember 2011 pada 11:32 PG

selamat ulang tahun perkahwinan yg ke 5
moga diberkati Allah

7 Disember 2011 pada 11:32 PG

selamat ulang tahun perkahwinan..moga berbahagia ke akhir hayat

7 Disember 2011 pada 12:12 PTG

salam;
baru ari ni nampak suami awak..dulu masa kawen dua2 slim2 badan..

Tanpa Nama
7 Disember 2011 pada 12:37 PTG

Hepi Aniverseri yer Iza
Semoga bahagia ke akhir hayat.

Jodoh dah ditentukan Allah. Macam2 cara Allah nak temukan dua insan yang dah ditentukan jodoh mereka berdua.

7 Disember 2011 pada 5:25 PTG

@yusuflaili(Goku)
W'salam..
kenapa? sekarang ni dah tak nampak slim ke? hehe..

7 Disember 2011 pada 9:05 PTG

assalam Iza

alahai. tengah dok syok baca, citer abis tiba2 ... he33

Happy Anniversary yang ke 5. Semoga jodohnya sehingga ke penghujung nyawa.

7 Disember 2011 pada 11:41 PTG

so sweet.. :)
baru lepas fasa pertama..
semoga berbahagia selamanya..

8 Disember 2011 pada 1:29 PG

Tahniah, smoga kekal selama-lamanya. Semakin lama kita bersama si dia, diharap semakin erat kasih sayang yg terjalin.

8 Disember 2011 pada 4:42 PG

selamat ulangtahun.. semoga berkekalan hingga keakhir hayat :)

8 Disember 2011 pada 1:12 PTG

tahniah.. sweet sungguh saat berkenalan tu..

semoga terus kekal berbahagia sampai bila2..

Catat Ulasan

Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini

 
© TERATAK USANG All Rights Reserved