Jom Sertai e-Belia

on Khamis, November 17, 2011

Assalamualaikum,
Salam 1 Dunia.

Anda berumur antara 18 hingga 40 tahun? Jika ya, segera daftar dalam Pangkalan Data Maklumat Belia sekarang di sini (Borang Pendaftaran e-Belia).

E-Belia merupakan portal yang diwujudkan oleh Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IPPBM) dengan kerjasama Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia untuk mengkaji dan menilai kehendak serta keperluan para belia di Malaysia khususnya generasi Y.

Dengan adanya portal ini, Kementerian Belia Dan Sukan melalui Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IPPBM) dapat mengkaji kehendak belia masa kini, mengenalpasti kekurangan serta memantapkan lagi institusi belia di Malaysia.

Sistem ini amat penting bagi mengetahui serta membantu belia menyuarakan kehendak mereka juga memudahkan pihak kerajaan menyumbangkan sesuatu yang untuk kebaikan bersama.

Pendaftaran ini juga akan memberi peluang untuk belia mendapatkan maklumat awal tentang peluang-peluang yang ditawarkan bagi melanjutkan pelajaran serta menerima jemputan mengenai program yang dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan yang berhampiran tempat tinggal belia. Belia yang berdaftar juga berpeluang mendapatkan maklumat mengenai pembangunan ekonomi belia.


Saya sudah daftar. Anda bila lagi?

Sebagai blogger belia, sebarkan maklumat kepentingan e-Belia ini kepada seluruh belia di Malaysia bagi membantu pihak Kementerian Belia Dan Sukan.



Ranking: 5

1 comment

18 November 2011 pada 2:41 PTG

salam;
aku 42 tahun rasanya tak boleh daftar sbb dah terlajak 2 tahun...

Catat Ulasan

Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini

 
© TERATAK USANG All Rights Reserved