Assalamualaikum,
Salam 1 Dunia.
Saidatul Safina bersama tok ayahnya...
Sekarang ni dah jarang orang buat benda ni sebab rumah moden zaman sekarang terutamanya yang tinggal di taman-taman sudah tidak ada tanah melainkan tanah dalam pasu. Istilah turun tanah pun semakin dilupai seiring perubahan zaman.
Turun tanah bermaksud menurunkan anak kecil selepas 44 hari (selepas pantang) ke tanah pada kali pertama. Sering dilakukan oleh orang tua-tua zaman dahulu. Adat turun tanah diamalkan zaman dahulu. Zaman sekarang, turun tanah bukan lagi adat yang perlu dilakukan. Maksudnya kalau tak turun tanah pun, tak ada masalah cuma nak bagi si kecil tu merasa pijak tanah. Setahu aku, keluarga mertuaku bukanlah orang yang kuat berpegang pada kepercayaan dan adat Melayu lama. Di kampung (Perlis) pun, susah nak cari tanah di depan rumah kerana sudah penuh dengar tar dan batu-batu kerikil. Hanya ada sedikit tanah sisa di tepi pokok ubi kayu, itupun dah bercampur pasir dan batu-batu kecil. Tanah yang banyak hanya ada di sawah, tanah liat.
Daripada bacaan yang aku temui, lazimnya adat turun tanah diraikan dengan hidangan beberapa jenis makanan. Ada yang menurunkan anak kecil apabila sudah boleh berjalan. Kadang-kala, adat Melayu ini renyah juga jika diikutkan. Banyak pantang larangnya.
Sebelum bertolak balik ke Perak hari Sabtu lepas, tok ayahnya sempat juga bawa cucu ke lapannya memijak tanah. Kalau tak bawa pijak tanah ketika itu, rasanya lambat lagi nak boleh rasa pijak tanah. Mungkin apabila dah pandai berjalan nanti. Ketika puteriku yang sulung, tak ada pula peluang untuk memijak tanah selepas pantang. Seingat aku, dia mula pijak tanah apabila kakakku ajar berjalan apabila usianya 9 ke 11 bulan. Ketika ini, ada juga aku dengar kakakku membuat perkara atau petua dari orang tua-tua iaitu membawa si kecil berjalan di atas rumput berembun dan mengambil sabut kelapa dan mengetuk-ngetukkannya ke lutut si kecil supaya si kecil cepat berjalan tanpa perlu dipimpin tangan lagi. Alhamdulillah, dengan izin Allah menjadi juga. Ketika itu, akulah orang yang paling seronok bila dapat tahu puteriku dah boleh berjalan dengan lancar. Siapa yang ada anak kecil, boleh la mencuba petua ini jika mahu anak kecil anda cepat berjalan. Menjadi atau tidak, wallahu'alam, semuanya terserah pada Allah.
Sempat juga aku curi masa sekejap untuk up date blog dengan ayat lintang-pukang...
15 comments
salam..
ermm..molek juga di kekalkan
adat-adat lama kalau berkesempatan..
saya dan keluarga rasanya tak kut..bab pantang tetap di amalkan..yang renyah lainnya lama dah di tinggalkan
Pernah dengar pasal turun tanah nih, tapi tak pernah buat pon. Bagus lah iza, masih amalkan lagi adat nih.
Salam;
kita melayu memang penuh dgn adat.yang diwarisi turun termurun tapi adat yg baik harus dikekalkan dan yang tak sesuai dilupakan atau diubah suai..
P/S..ditempat saya melahirkan anak sulung akan diberi hadiah/barang bila jiran atau kawan datang melawat dirumah kita,anak ke2 dan seterusnya tidak diharuskan.
@zulkbo
W'salam..
Sekarang ni tak ikut sangat dah adat-adat yang renyah tu..
@fiza
Tak la amalkan betul-betul...sekadar letak kaki atas tanah gitu-gitu je la..
@yusuflaili
W'salam..
Ooo, macam tu ya. Kalau di sini, anak yang baru dilahirkan tak kira anak yang ke berapa, lepas bersalin saja, kalau ada orang datang tengok, pasti akan disedekahkan duit.
Adat pun iya juga petua pun iya juga. Org tua-tua belah aku kata biar budak cepat berjalan sebab ada yang masih tak / malas berjalan walaupun nak masuk dua tahun
salam ,
saya dah bernaak tiga pun tak tahu pasal adat turun tanah nih , bagus tuan rumah buat entri nih baru saya tahu
biasa dengar tapi anak2 sendiri x pernah buat.
salam...
tak semua amalkan adat ini...tapi pernah tengok adat ini..
tak penah tgk dpn2 org buat adat2 laama ni..teringin nk tgk! :)
salam...dah habis pantang pun cumil ni.pernah dgr adat ni tapi mmg tak pernah ada keluarga kami buat adat2 camni.kwn je cerita mertua dia paksa buat benda ni...sedangkan dia takmo.hehe
wah..xpernah dgr nie..
tq 4 sharing sis..=)
Antara puak yg mengamalkan adat ni org rawa dari pagar ruyung (kalau tak silap.
Kalau di sebelah Gopeng masih ada yg mengamalkan adat ni.
Kalau nak buat tesis bolehlah ke sana
cute mum pon tak tahu adat turun tanah.. belah hubby buat.. mil kata dari 4 orang anak, hubby sorang jer yang rasa.. so masa dania umur 9 bulan baru buat..
http://mamiuyun.blogspot.com/2011/02/siapa-nak-tahu-apa-itu-turun-tanah.html
ooo..camtu ye...nak turun tanah la lepas ni... ;)
owhh
nice tq sharing ngeee
org baru jarang tahu pasal benda ni kann
Catat Ulasan
Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini