Apabila Sindrom Malas Menyerang....

on Selasa, April 27, 2010



Salam....
Rasanya macam dah lama tak up date blog. Sejak dalik dari kampung, aku rasa malas sangat-sangat nak up date blog walaupun banyak idea yang terlintas di fikiran. Bukan aku saja-saja malas tapi ada sebabnya.

Aku hampir-hampir give up untuk blogwalking dan tinggalkan komen kerana line internet semakin teruk dan keadaan ini menyukarkan aku untuk up date blog, tinggalkan komen atau melawat blog kengkawan.

Cuba korang bayangkan, aku connect internet dan terpaksa menunggu antara 30 minit hingga 1 jam untuk mendapatkan paparan penuh untuk 2 hingga 3 blog. Jika aku bernasib baik, dapatlah aku tinggalkan jejak di shoutmix,cbox atau komen dalam entry. Tetapi aku jarang bernasib baik kerana setiap kali aku buka mana-mana blog untuk komen, masa itu la broadbandku bertukar warna ke warna hijau.

Biasanya kalau warna hijau, selamat untuk meneruskan perjalanan tetapi apabila broadbandku bertukar ke warna hijau tandanya "Hi hi bye bye".....Arrrghhhhh......
Betul-betul menguji kesabaranku.

Namun aku tetap berusaha untuk membalas setiap kunjungan rakan blogger. Bila aku membuat kira-kira setelah dicampur tolak darab dan bahagi, dalam 1 hari dari awal pagi hingga lewat malam aku berblogging, aku hanya mampu dapat visitor 70 ke bawah berbanding dahulu trafikku berjaya capai 100 ke atas.

Niat di hati nak pasang stremyx tapi InsyaAllah, aku bakal berpindah ke rumah baru minggu depan. Apa-apa pun, biarlah keadaan yang menentukan. Kalau aku masih berpeluang menggunakan broadband, aku akan update blog tapi jika sebaliknya, aku terpaksa ikhtiarkan cara lain untuk aku terus berblog.
Ranking: 5
 
© TERATAK USANG All Rights Reserved