Misi Mengemas.

on Ahad, Oktober 23, 2011

Assalamualaikum..
Salam 1 Dunia.

Lebih kurang 2.30 pagi aku tiba di rumahku. Seronoknya dapat balik ke rumah sendiri. Puas aku teman dan dodoi tapi puteriku yang sulung tak dapat nak lelapkan mata hingga menjelang subuh,nak menonton DVD Upin Ipin katanya. Dia seronok dapat katil baru tapi tak nak tidur sorang-sorang. Entah jam berapa dia tidur. Bila aku sedar, ada di sebelahku. Empat orang tidur atas katil,nasib baik katil besar. Bila agaknya dia nak boleh tidur dalam bilik sendiri.

Hari ini aku mula menjalankan misi membasuh. Semua pinggan mangkuk,periuk belanga dan rak pinggan kena cuci semula kerana habuk tebal berinci-inci. Masih ada lagi yang belum beres. Kain baju pula seperti yang aku jangka,berbakul-bakul tak berbasuh. Kesian si anak dara Jepun,dari pagi tadi belum berhenti rehat mencuci pakaian. Kalau tak ada anak dara Jepun ni membantu, boleh patah tangan memberus. Masih ada lagi 2 bakul besar yang belum dicuci. Sekarang ni pula musim hujan. Nasib baik juga ampaianku ada bumbung.

Barang-barang lain belum disentuh. Nak rehat dulu. Puteriku yang kecil asyik nak menyusu jika terjaga. Kalau tak menyusu pun,pasti nak aku ada di sampingnya. Masa dia tidur sahaja aku dapat lakukan kerja-kerja rumah. Rumah perlu segera kemas. Pasti akan ada tetamu yang datang menziarah orang baru nanti.

Kalut juga jadinya apabila masa yang ada perlu diuruskan dengan sebaik mungkin. Pada sesiapa yang berkenaan, jangan hanya pandai berkata-kata kalau tidak tahu hujung pangkalnya perjalanan hidup yang aku lalui. Apa kata tampilkan diri jika berminat menjadi penulis di teratak usang. Bukan aku sengaja biarkan blog ini bagai tak berpenghuni. Maaf la,memang aku terasa dengan kata-kata itu. Apa maksud tak digunakan sepenuhnya? Mungkinkah blog aku terlalu simple? Atau aku jarang menulis? Atau tak ada isu semasa di sini? Cuba jelaskan dengan terperinci agar aku faham apa yang dimaksudkan.. Dah lari dari tajuk asal.

Aku akan sambung menulis jika berkesempatan. Up date kali ini menggunakan smartphone sambil berbaring,tak ada gambar dan tak beredit dengan mata mengantuk. Entah apa yang aku tulis..Selamat malam.
Ranking: 5

4 comments

24 Oktober 2011 pada 2:06 PG

Sapa dia tu? Anyway welkam bek home :) Rumah makin meriah, hidup pun makin ceria pasni :)

24 Oktober 2011 pada 10:44 PG

Salam;
selamat pulang walaupun penat..jangan kemas terlalu cepat buat part yang ternampak dimata je dulu..Entri awak ari tu kata suami ada buat kejutan..maaf ya aku nak tahu jugak??.

24 Oktober 2011 pada 3:11 PTG

@EmpayarUtama
entah la,tetiba saja muncul kat shoutbox.
Terima kasih.

@yusuflaili
W'salam.
Semuanya nampak di mata. Mana ada orang nampak selain dimata melainkan orang buta..hehe..gurau je.
Kejutan tu biasa2 aja.memenuh dan menyempitkn ruang dlm rumah dengan perabut baru.

25 Oktober 2011 pada 1:43 PG

salam Iza..
selamat kembali ke rumah sendiri
ermm..memang letih nampak gayanya tu..apakan daya tanggungjawab dan amanah tu..bab mulut orang jangan
pedulikanlah..saya pun selalu kena juga

Catat Ulasan

Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini

 
© TERATAK USANG All Rights Reserved