Assalamualaikum,
Salam 1 Dunia.
Tinggal kenangan, aku dan motor...
Inilah harta yang amat berharga pernah aku miliki dulu (2001) hinggalah hari Selasa lepas (2010).
Apabila sudah memiliki lesen memandu, maka hati pun berkobar-kobar ingin memiliki motor. Apa gunanya kalau hanya ada lesen memandu tetapi hanya memiliki basikal. Aku beli motor ni daripada abang iparku berharga RM2500 dibayar tunai. Masa tu aku baru dapat keluarkan duit pusaka peninggalan arwah abah. Dengan duit itu juga aku gunakan untuk ambil lesen kereta dan motor, bayar yuran peperiksaan dan mengambil kursus komputer. Wang yang ditinggalkan tidak aku sia-siakan. Motor ini banyak berjasa padaku.
Dengan motor ini aku dapat ke perpustakaan untuk mencari ilmu kerana aku tidak mampu untuk membayar yuran persekolahan dan segala perbelanjaan persekolahan setiap bulan. Setiap kali kawan-kawan aku adakan study group, aku akan sertai mereka. Aku hanya mampu bayar yuran peperiksaan STPM sahaja sebagai calon persendirian. Dengan motor ni juga aku pergi exam. Kalau naik bas, aku kena keluar awal pagi selepas subuh dan perlu menukar 2 buah bas dan berjalan beberapa kilometer untuk sampai ke sekolah. Alhamdulillah, nasib baik ada motor, dapat hilangkan penat menunggu bas dan berjalan kaki.
Alangkah beruntungnya kawan-kawan aku yang masih punya ayah, sampai ke pintu pagar sekolah mereka dihantar. Datang dihatar, balik dijemput. Hatiku sayu seketika.
Selepas exam STPM, dengan motor ini juga aku mencari kerja di Alor Setar. Alhamdulillah, walaupun sebagai jurujual di Pekan Rabu Alor Setar, aku terima seadanya bagi mencari pengalaman dan sedikit duit belanja. Aku sanggup berulang alik kerja walaupun jauh jika rezekiku ada di situ. Awal pagi aku keluar bekerja (7 pagi-7 malam), malam baru aku sampai ke rumah. Perasaan takut ku buang jauh-jauh demi mencari rezeki. Kalau diingatkan, arwah abah aku lagi jauh berulang alik dari Yan ke Kem Bukit Kayu Hitam, Changlon, Kedah sedangkan aku hanya dari Yan ke Alor Setar sahaja.
Kelajuan motor melebihi 100km/j adalah perkara biasa bagiku. Alhamdulillah, sehingga sekarang aku belum pernah lagi mengalami apa-apa kemalangan samada kecil atau besar. Kadang-kala terlewat bangun, aku terpaksa merempit mengejar waktu masuk kerja. Kalau terlewat sampai dan terlewat buka kedai, rezeki pun mungkin kurang sedikit. Yang aku tahu, motor aku pernah terbalik beberapa kali kerana aku terlupa untuk menongkatnya. Banyak kali juga aku malu disebabkan keterlupaanku itu.
Dengan motor itu juga aku bawa mamaku berjalan-jalan samada ke Alor Setar, Sungai Petani, Seberang Perai Utara dan paling jauh pernah aku pergi adalah ke Butterworth. Terkejut saudara-maraku bila mengetahui aku bawa motor sejauh itu. Lain la kalau aku ni lelaki.
Kemudian aku diterima bekerja di Pusat Latihan MLVK di Gurun. Walaupun gajinya tak seberapa (untuk lulusan PMR), aku terima seadanya kerana kerjanya dalam waktu pejabat, lebih dekat untuk aku ulang alik kerja. Kos pun jimat. Motor ini juga yang aku gunakan hinggalah aku mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang (USM).
Tak dapat aku bawa bersama motor kesayanganku itu walaupun aku sudah dapat sticker sebagai Exco Kelab Fotografi kerana mamaku bimbangkan keselamatanku di atas Jambatan Pulau Pinang. Terpaksa aku tinggalkan di kampung selama 3 tahun. Motor tu pun jadi semput sebab aku dah jarang gunakannya kecuali ketika aku pulang bercuti.
Setelah aku kahwin, aku bawa motorku bersama ke Perak tetapi aku dah tak pernah sentuh motor ni. Aku ingatkan my hubby mungkin memerlukannya tetapi my hubby juga jarang menggunakannya. Akibatnya motorku tersadai selama hampir 4 tahun di stor TNB dan hampir 2 tahun lepas tidak dihidupkan roadtax. Apalah nasib motor ku itu. Bertambah-tambah semput la motor itu.
Akhir-akhir ni my hubby cuba untuk baiki mana yang kurang pada motor itu. Ditukarnya tempat duduk yang asalnya dipotong kecil dan nipis, ditukar juga karburator dan apa-apa yang patut supaya dapat digunakan semula tapi ada masalah wiring pulak pada lampu. Mungkin kalau nak bagi elok semula akan menelan belanja yang banyak.
Setelah berjaya memujuk aku, tandatangan pindah milik ku turunkan dan geran motor ku serahkan, my hubby menjualnya dengan harga RM1600 di kedai motor. Maka berakhirlah kisah sebuah Motor EX5.

16 comments
kesian ko motor..hehe..ok la jual harga pun boleh tahan lagi..
Kalau saya...saya tak juai...saya akan perhatikan nya sampai keakhir hayat...
sayang laaaa...kalau saya pun tak jual...kalau pengalaman bersama motor saya tak kisah tetapi ada kaitan dengan arwah ayah tu yg membuatkan berat hati nak jual...
hmmm.. napa jual..??
@aRoL
Dua tiga kali fikir, betul jugak tu..
@terataksenja
Kalau saya dok kat kg, mungkin saya tak jual. Skrg saya dok kat tmpat orang, kalau ditukarkan ke kg, tak mungkin motor tu akan dibawa balik bersama nanti.
@harrazdani
Sayang memang la sayang tapi apa boleh buat, kalau dibiarkan, ia semakin buruk dan tak ada harga, nak naik pun tak boleh sebab memerlukan wang yg banyak utk dibaiki. Kos baiki pula semakin mahal..
@BLoG iKuT "DaN"
Bagus soalan tu....
Sebab nak beli motor baru...
sedihnya membacanya... banyak jasa motor tuh kak...
mesti sedih kan nak jugal motor tu ?
kenangan tu.
:B
Motor yg banyak berjasa ☺☺
Assalam..
Motor ex5 ni memang ada harga & selalu kena curi kalau kat KL ni sebab lebih tahan lasak berbanding motor yg skrg ni
SALAM..
BERJASA betul motor tu..
sayang di jual..kalau saya
simpan je buat koleksi
peribadi..
salam Iza...wah ex-5...mmg top motor nih dulu...Honda...tahan lasak ...motor nih dulu harga tak jatuh...:)
salam Azila...sygnya jual..penoh nostalgia.TP yalah dr x diguna...dr buruk camtu jer..elok gak jual.Kt umah nie pon atie g kedai guna motor jer...tp lesen xdak!klu nampak polis..selamba jer..hihi
Saya juga penah buat silap...jual rumah pesaka..sebab tak ada org nak duduk...dan sekarang..bila dah tua..hati saya sentiasa teringat kerumah tu....
teringat dengan karangan anak mengenai aku sebatang pen
salam;
"nak buat mcm mana yer tak!..tak semua benda yg kita sayang boleh kita simpan..."
Wah banyak kenangan dengan motor tu ye..memang banyak berjasa motor tu.. :)
Catat Ulasan
Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini