Assalamualaikum,
Salam 1 Dunia.
Ramai yang tidak kenal dengan tumbuhan ini terutamanya generasi muda sekarang ini. Pokok ini dikenali sebagai Pokok Kapal Terbang atau Pokok Jepun atau Pokok Jernam. Dalam pertanian, ia merupakan tumbuhan rumpai yang perlu dibuang tetapi tumbuhan ini amat berguna dalam perubatan tradisional.
Pokok Kapal Terbang adalah tumbuhan beracun dan memudaratkan tetapi ia merupakan ubat terbaik terutamanya sebagai penahan darah atau ubat luka yang sangat mujarab.
Beberapa bulan lepas, terjadi suatu ketulan bewarna merah sebesar ibu jari di bawah telinga anakku yang berusia hampir 4 tahun. Apabila ditekan ketulan yang lembut itu, akan terasa sakitnya.
Kes ini dirujuk pada Doktor Panel dan Doktor memberi tempoh selama seminggu untuk mencuba ubat yang diberikan iaitu ubat minum dan ubat sapu. Jika tiada perubahan, anak aku akan dihantar ke specialis untuk dibedah bagi membuang ketulan tersebut kerana bimbang ia akan membesar. Disyaki sebagai Lipoma dan perlu dibuang/ dibedah kerana ia tidak akan hilang begitu sahaja.
Apabila dilihat tiada perubahan, mertuaku syorkan untuk berubat di kampung selama 3 hari berturut-turut menggunakan air, kapur, sireh pinang dan limau nipis. Tiada juga tanda-tanda untuk sembuh tetapi ketulan tersebut seolah-olah membesar dan kelihatan warna kehitaman.
Bapa saudaraku pula mencadangkan agar aku mencuba perubatan tradisional menggunakan tumbuh-tumbuhan iaitu Pokok Kapal Terbang dan kapur. Mungkin inilah ikhtiar terakhir sebelum kami mengambil keputusan untuk menghantar anak ke pakar bedah.
Pokok kapal terbang dicari dan ditumbuk lumat, dicampurkan dengan sedikit kapur makan dan disapukan pada ketulan tersebut. Dengan kuasa Allah, lebih kurang beberapa jam, aku lihat ketulan itu surut, pecah sedikit dan mengeluarkan nanah. Apabila ditanya pada anakku, katanya dia tidak merasa sakit melainkan apabila dipicit atau ditekan pada tempat tersebut.
Gembira hatiku tidak terkata apabila melihatkan perubahan yang berlalu. Syukur, Alhamdulillah, mujarab juga petua yang bapa saudaraku syorkan. Kini aku tak perlu risau lagi untuk menghantar anakku ke Ipoh untuk dibedah kerana ketulan atau benjolan tersebut hampir surut dan kini telah sembuh sepenuhnya. Cuma tinggal parutnya sahaja.
Info:
Tumbuhan ini berasal daripada Hindi Timur, Amerika Tengah dan Amerika Selatan. Tumbuhan ini dikelaskan sebagai tumbuhan rumpai dan adalah dari Famili Asteraceae, Compositae. Nama-nama lain tumbuhan ini adalah Osmia odorata, Chromolaena odorata, Siam Weed, Christmas Bush, Bitter Bush dan Baby Tea. Tumbuhan ini mempunyai batang bebusa dan boleh mencapai ketinggian 2.5 meter. Daunnya mempunyai bau. Daun dan bunga diguna untuk merawat luka dan sebagai racun serangga.-Wikipedia.
Tumbuhan ini boleh menyebabkan kerosakan hati terutamanya pada kanak-kanak. Hanya digunakan di bahagian luar sahaja. Pokok kapal terbang juga boleh meredakan kembung perut dan cirit-birit pada bayi. Caranya: Uparkan daun kapal terbang sehingga mengeluarkan buih/air, sapukan pada perut dan dibarut. Boleh juga digunakan dengan disapukan pada kulit yang gatal. Selain itu, daun kapal terbang juga boleh digunakan untuk memeram buah pisang dan cempedak. Sumber: Loqman Hakim

11 comments
Pokok ni banyak tumbuh sendiri di luar pagar kawasan rumah saya. Selalunya saya akan potong sebelum dia membesar. Saya tak tahu nama pokok ni sehingga baca N3 ni.
Terima kasih, berguna rupanya pokok ni tapi ada juga merbahayanya.
macam biasa tgk tumbuhan ni tapi tak ingat kat mana..
bagus prubatan tradisional ni,disampin menjimatkn duit, kesan sampingan pun kurang bebanding prubatan moden..
salam..
info yang berguna..
ermm..kat ladang kelapa sawit
pokok ini mampu membunuh pokok
kelapa sawit..musuh utama dan akan di racun secepat mungkin..
@Kunang-kunang
Ya ka? Pokok ni memang senang hidup meliar..kadang2 berguna dan kadang2 berbahaya..
@LiFe KaMi
Pokok ni ada di mana2 sahaja sebab senang sungguh dia tumbuh. Kenai dengan tidak je...
@zulkbo
W'salam..
Terima kasih..
Oh...ya ka? bahaya juga la nampaknya pd tumbuhan. Punya la besaq pokok kelapa sawit, mampu membunuh rupanya.
Masa nak buat bertuku mrs sop dulu, jenuh juga dok mencari. Huhihu
kat kg dulu mng berlambak
Dulu abang saya excident, luka byk, buat spt iza lakukan ambil, tumbuk dgn kapur sirih, tampal dan balut cpt sembuh. Saya sdh lama tau pokok ini berguna...tp tak info kat org lain...rasa2 org lain ttentu sdh tau ini pokok!!!!!
@sop
Ya ka? kalau kat bandar atau kawasan perumahan mmg susah nak jumpa sbb dia dok dalam hutan...
@sensasi2020@blogspot.com
Ada yang tau dan ada yg belum tahu..
alhamdulillah..ubat tradisional juga yg dpt membantu anak iza ye..nasib baik x perlu dibedah..kalau tidk..banyak perkara yg perlu di ambil kira..
chii x pernah terserempak lg ngna pokok ni..
@chii
Ya, syukur sangat2.
Pokok ni tumbuh meliar, orang tak tau pun ianya pokok ubat.
oooo..baru tahu..memang selalu nampak pokok ni tapi sebab selalunya ditebas camtu je jadi tak tau pulak ada kegunaannya dalam perubatan tradisional..
Catat Ulasan
Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini