Assalamualaikum,
Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia.
Projek seterusnya adalah clutch bag.
Clutch bag ini sesuai digayakan di majlis makan malam atau majlis-majlis ringkas. Material yang digunakan untuk menghasilkan beg ini, benangnya diimport dari Indonesia iaitu benang polyster yang sangat sesuai untuk mengait beg. Dengan sedikit aksesori ringkas seperti butang magnetic di dalam, sekuntum bunga ros, dua helai daun dan rantaian mutiara menjadikan clutch bag ini nampak eksklusif.
Bag ini belum ada yang punya. Jika berminat untuk milikinya, boleh contact di talian 017-5516307 (sms/whatsapp/wechat) atau di page www.facebook.com/izaarm
Harga beg ni RM60 tanpa tali dan RM70 dengan tali silver sepanjang 35cm - benang polyster. Selain warna di atas, ada lagi pilihan warna lain tapi masih lagi dalam perjalanan ke Malaysia dari Indonesia. Aku akan update warna benang poly ini setelah sampai ke tanganku.
Harga lebih murah jika menggunakan benang local seperti nona dan wina iaitu RM45 tanpa tali dan RM55 dengan tali silver 35cm panjang. Warna boleh pilih, stock sentiasa ada dan mudah didapati.
Sekian sahaja untuk kali ini.
Selamat menyambut Hari Raya I'dul Adha pada semua umat Islam seluruh dunia.
3 comments
Selamat hari raya aidiladha Iza,
Baru ni kak ani perasan yang kita ni kawan kat blog bukanlah kawan fb sahaja.
Bila kak ani skrol satu blog2 yang kak follow terjumpalah blog iza.
@Mak Long a.k.a Kunang-kunang
Selamat Hari Raya Kurban kak Ani.
Memang asalnya mula dari blog. Bila dah ada FB, kita berhubung melalui FB pulak. Maklum la, dah jarang-jarang up date blog.
Catat Ulasan
Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini