Assalamualaikum,
Salam 1 dunia.
Sekarang ni dah heboh di media massa, media cetak mahupun media elektronik tentang isu penarikan balik subsidi yang diberikan kerajaan kepada sektor elektrik. Setelah penarikan subsidi dilakukan maka, bil elektrik akan dinaikkan bagi menampung kos petroleum dan bahan api yang terlibat dalam sektor elektrik. Selama ini kita juga telah dimanjakan. Begitulah yang diwar-warkan.
Jika aku salah, tolong betulkan. Aku tersalah atau tersilap dengar atau aku ditipu oleh seseorang atau kita semua telah ditipu oleh apa yang selalu kita dengar di media? Apa yang aku faham, setelah beberapa tahun dulu, Tenaga Nasional Berhad (TNB) tidak lagi diberikan subsidi oleh kerajaan jadi dari mana datangnya subsidi yang nak ditarik balik tu?
Mengikut salah seorang staf TNB, setiap tahun sektor elektrik dan petroleum memperolehi keuntungan berbilion-bilion ringgit setelah ditolak pelbagai kos yang terlibat. Aku ulangi, berbilion-bilion ringgit hanya keuntungan. Keuntungan itu disalurkan ke Khazanah Negara atau dikenali sebagai Khazanah Nasional Berhad.
Khazanah Nasional Berhad adalah syarikat pemegang pelaburan Kerajaan Malaysia yang diberi kuasa sebagai pelabur strategik Kerajaan. Namun begitu, TNB tetap mendapat keuntungan yang banyak tanpa perlu menaikkan bil-bil sedia ada kerana TNB tidak akan mengalami kerugian menampung kos kenaikan harga bahan mentah seperti petroleum dan arang batu.
Sekiranya bil elektrik dinaikkan, TNB pastinya akan memperolehi keuntungan berlipat kali ganda dan seperti biasa wang tersebut disalurkan ke Khazanah Negara kerana TNB merupakan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC). Bertambah-tambah banyak pendapatan negara.
Jika tiada kenaikan bil elektrik, mungkin beban yang ditanggung oleh rakyat terutamanya yang berpendapatan rendah dapat dikurangkan kerana semua harga barang telah dinaikkan. Bukankah matlamat kerajaan adalah untuk merapatkan jurang perbezaan, meningkatkan pendapatan dan menaiktarafkan hidup rakyat?
Mungkin kenaikan kos sara hidup bagi yang berpendapatan sederhana dan tinggi tidak begitu terasa tetapi bagaimana pula dengan penduduk luar bandar yang hanya bekerja mengambil upah membajak, memotong rumput atau kerja-kerja kampung yang lain di samping menanggung kos sara hidup keluarga yang semakin meningkat terutamanya yang mempunyai bilangan anak yang ramai? Bukan semua orang bernasib baik untuk mendapatkan pekerjaan yang menjamin hidup, setiap bulan tanpa bimbang tetap menerima gaji. Bagaimana nasib pekerja yang kais pagi makan pagi ini?
UBAH CARA HIDUP..
UBAH CARA HIDUP..
UBAH CARA HIDUP.
Bagaimana cara untuk mengubah cara hidup? Adakah dengan menukarkan kereta ke basikal? Daripada rumah batu ke pondok kecil? Walau apa pun yang berlaku, diharapkan rakyat yang sedia miskin tidak dipinggirkan.

16 comments
tadi kuar berita yang harga petrol 95 tak dinaikkan. tapi tak tau pai bila.. betul ckp akak. takkan nak ubah cara hidup kepada yang lebih mundur. kalo kerja kat subang tapi duk kat ipoh takkan nak naik basikal.. ini bukan rakyat didahulukan, tapi rakyat disusahkan..
Subsidi ditarik?? Ye lah..kan rakyat didahulukan nih??
Rakyat kena ubah cara hidup, 'org2 lain' x pyh..
kerjaan perlu fikirkan rakyat yg berpendapatan rendah. jgn smpai jadi beban besar kpd mereka.
setuju sekali dengan pendapat iza, masalahnya sekarang mereka hanya nampak "billion" kalau untung setakat ratusan juta, masih memalukan, mereka tak pernah rasa membajak di bendang, tak pernah rasa sengsaranya mengait buah sawit, tak pernah rasa teriknya mentari di laut menarik pukat...
yang ada dalam kelapa otak mereka hanya billion, billion,billion....tak main juta2 lagi dah!!
Didalam teori ekonomi ada menyatakan ini sebgai salah satu "Putaran Ganas Kemiskinan",yang kaya bertambah kaya....dan yang miskin bertambah miskin kerana kenaikan perbelajaan/kos tidak diikuti dengan kenaikan pendapantan.Belum pernah GLC rugi kerana 'bail out"oleh Khazanah jika rugi atas dasar kepentingan nasional.
Salam Iza...kupasan serta ulasan terbaik Iza...
skrg Kerajaan dah takde duit, camnih lah caranya diorang nak rompak duit rakyat...
yang kaya semakin kaya, yg susah bertambah susah, kerja pi la macam mana pun, part time ker...barang tetap akan naik...
salam..
ermmm..sebab tu kena tukar kerajaan
cuba kita bagi pembangkang memerintah
dalam sepenggal 2..mungkin ada menafaat yang di war-warkan oleh mereka sebelum ini di buktikan..tapi rakyat malaysia takut dan suka, maka tanggunglah...
mmm tak tau nak kata apa dah..
pasni jenuh la nak bayar lektrik bukan sikit tapi beratus..
bagaimna plak yg bependapatan rendah,
skng semua naik, kos hidup, maknanan, jgn sampai jenayah semakin beleluasa disebabkan keperluan hidup yang smakin tertekan..
ulasan bernas dan persoalan yang mantap. info tentunya dari sumber yg boleh dipercayai ;)
secara kasarnya kerajaan dlm keadaan terdesak untuk mengurangkan hutang negara pada masa yg sama 'golongan yang diangkat oleh rakyat untuk memimpin' tak mahu hilang kelebihan hidup mewah dari usaha titik peluh rakyat...
...jadi slogan 'ubah cara hidup' cuba disematkan dalam hati rakyat padahal kita semua tahu cara hidup siapa yang sepatutnya diubah terlebih dahulu.
Betul rasanya kak pasal tarif elektrik nak naik tu, saya pun ada dengar gak..semuanya disebabkan kerajaan nak tanggung duit subsidi minyak yg dah berlambak, tapi kenyataannya, nilah realiti kehidupan kan kak?
Kan ada pemimpin pesan 'Melayu jangan jadi bangsa subsidi". Jadi ni nak praktiklah ni gamoknya.
Hidup mesti diteruskan...org pencen pun semput juga nih...barang semua dah naik...
sbb tu pekerja khazanah dpt bonus berbulan bulan.. cam petronas gak.. padahal ambil sumber bumi jugak.. iks iks iks
Tak habis² dengan subsidi. Kesudahannya...rakyat jugak yg terpaksa menaggung kenaikan harga barang...haihhhh...yg kaya makin kaya, yg miskin bertambah miskin.
Blog Menghina ISLAM dan Nabi Muhammad S.A.W...Siapa Makcik Hajjah Sitt Al-Wazura?
Daripada Mohd Ashraf Hafiz Abd Aziz kepada Aleesha Farhana
Harga MINYAK RON 95 Kekal
KILAUAN EMAS untuk 45 Tahun Ke Atas...Sesuai ker?
nampaknya kena kerja lagi kuat nih..
nampaknya pihak pemerintah memainkan isu subsidi utk memenangi hati rakyat..yalah, baru2 ini keputusan utk tidak menaikkan harga RON95, LPG & diesel dibuat utk meringankan beban rakyat..tp pd masa yg sama nak naikkan tarif elektrik..
yg peliknya, mana perginya hasil cukai LHDN berjumlah berbillion ringgit, cukai kastam, duit saman..tu tak termasuk royalti minyak dr Petronas..
Catat Ulasan
Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini