Kilang Lynas Di Gebeng

on Khamis, Mei 26, 2011

Assalamualaikum,
Salam 1 Dunia.
Seperti yang telah diketahui ramai, projek ini mendapat tentangan penduduk setempat walaupun dalam proses perbincangan. Jika dilihat dan didengar dalam media massa, projek ini seolah-olah bakal dipersetujui oleh pihak kerajaan untuk beroperasi di Malaysia. Namun begitu, kata putus belum ditentukan.



Sumber: Ariff Shah.
"Kecoh tentang pembukaan kilang memproses nadir bumi di Gebeng, Pahang oleh syarikat Lynas Malaysia Sdn. Bhd. Aku tergerak untuk membuat sedikit kajian tentang isu ini selepas menonton video yang dirakam dalam bahasa Malaysia oleh seorang warganegara Australia sendiri berkaitan isu ini. Kalau dah sampai macam tu, nampak sangat perkara ini bukanlah perkara yang remeh.

Setelah membaca artikel berkaitan Rare Earth Elements di laman National Geographic, aku berpendapat Malaysia memerlukan kilang memproses nadir bumi ini. Kita kena ingat, ekonomi kita sangatlah bergantung kepada pengeluaran petroleum. Bila sampai masanya, pengeluaran produk hasil daripada petroleum akan berkurangan sekali gus mengurangkan pendapatan negara. Walaupun ada industri lain seperti minyak sawit, industri seperti ini tidaklah memberi impak yang besar pada ekonomi kerana permintaan dunia tidaklah tinggi.

Nadir bumi ini diperlukan untuk menghasilkan komponen peralatan elektronik. Hasil daripada penggunaan nadir bumi inilah kita dapat menikmati peralatan elektronik yang nipis, kecil dan ringan seperti iPad 2 kerana komponen yang terhasil daripada penggunaan nadir bumi ini adalah lebih baik dan efisyen berbanding komponen yang dihasilkan menggunakan bahan tiruan.

Sekarang ini, negara China membekalkan sehingga 97% permintaan dunia untuk nadir bumi yang diproses untuk kegunaan industri. Dengan kuasa yang besar seperti itu, mereka boleh mengehadkan pembekalan sekali gus menyebabkan kenaikan harga barangan elektronik seluruh dunia. China merancang untuk mengurangkan eksport nadir bumi yang telah diproses dengan alasan untuk kegunaan dalam negara mereka walaupun kita semua tahu bahawa mereka sengaja mengekspoitasi monopoli mereka dalam pasaran dunia supaya harga bahan ini meningkat.

Permintaan untuk bahan ini tak akan berkurangan kerana industri pembuatan elektronik memerlukan bahan ini. Oleh itu, pembukaan kilang pemprosesan nadir bumi di Malaysia, merupakan satu langkah yang baik untuk menambahkan pendapatan negara. Kilang yang dibuka di Gebeng, Pahang itu akan berupaya menghasilkan nilai eksport sebanyak RM8 billion setahun dan dijangkakan meningkat dari tahun ke tahun. Ini dapat memberikan pendapatan tetap yang lumayan kepada negara kita kerana kilang tak banyak negara mempunyai kilang pemprosesan nadir bumi ini.

TETAPI

Apa yang bodoh aku lihat dalam projek ini ialah:

* Keputusan yang dibuat oleh individu untuk mengeluarkan lesen pembinaan kilang tersebut pada tahun 2008 dibuat tanpa pengetahuan orang awam, termasuklah rakyat Pahang itu sendiri. Apabila negara mula melibatkan diri dalam pemprosesan bahan radioaktif, kajian menyeluruh perlu dijalankan sebelum apa-apa lesen atau arahan dikeluarkan untuk memulakan pembinaan.
* Apabila negara memberikan lesen kepada syarikat luar untuk membuka kilang pemprosesan mereka, harapan kita adalah supaya dapat membuka peluang pekerjaan yang banyak kepada rakyat negara ini. Namun dalam hal kilang pemprosesan nadir bumi oleh Lynas Malaysia Sdn Bhd, peluang pekerjaan yang dibukan adalah sebanyak 350 sahaja. Langsung tak berbaloi dan tidak akan memberikan impak ekonomi yang diharapkan.
* Pengecualian cukai selama 12 tahun. Ini adalah yang paling bodoh. Kita terlalu baik sampaikan industri yang menghasilkan sisa buangan radioaktif diberikan pengecualian cukai walaupun industri tersebut dianggarkan akan membuat untung berbillion ringgit pada tahun pertama pembukaannya. Bila negara tak dapat satu sen pun daripada industri yang sememangnya membahayakan rakyat ini, apa gunanya kita berikan mereka lesen untuk beroperasi di negara kita?
* Menteri Western Australia, Hon Norman Moore memaklumkan sisa buangan radioaktif itu adalah milik Malaysia dan tidak akan diterima balik oleh Australia.
* Lokasi yang terlalu dekat dengan kawasan kediaman. Jarak 2 km dari Balok dengan kepadatan penduduk seramai 16700 orang. Jika diambil kira keluasan evakuasi di Fukushima dengan jarak 40km dari Gebeng Kuantan, kebocoran sisa radioaktif akan melibatkan keseluruhan penduduk di Kuantan, Gambang, Cherating malah Kemaman di Terengganu sekalipun. Jumlah penduduk yang mungkin terlibat boleh mencecah hampir 800 hingga 900 ribu secara keseluruhannya dengan Kuantan sahaja di sekitar 600 hingga 650 ribu orang. Syarat yang ditetapkan oleh Kerajaan Australia adalah minima 35 km dari kawasan penempatan penduduk.
* Denda RM50 juta seperti yang termaktub di bawah Akta Perlesenan Tenaga Atom Perenggan 59 (1) untuk setiap bencana kepada Lynas dilihat cukup ringan berbanding hasil RM8 Billion setahun. Hanya satu bencana yang melibatkan sisa radioaktif memadai untuk menjadi ancaman yang serius dan kekal lama kepada semua.

Kesan terhadap penduduk di kawasan sekitar kilang tersebut (Kuantan & Kemaman khususnya):

* Nilai hartanah akan merudum kerana tiada siapa yang mahu membeli tanah atau kediaman di sekitar Kuantan dan di Kemaman.
* Ancaman kepada syarikat berdekatan khususnya Petro-Kimia seperti Kaneka, MTBE, Petronas BASF dan BP Chemicals. Kerugian yang besar jika operasi mereka terganggu dengan insiden kebocoran sisa radioaktif yang boleh menjejaskan kesihatan pekerja mereka.
* Pelabur baru dari luar negeri dan dari luar negara tidak akan berminat untuk melabur kerana ancaman sisa radioaktif daripada Lynas. Risiko terlalu tinggi.
* Sektor pelancongan (Cherating) & perikanan (Kuantan) kemungkinan besar akan terjejas.

Nadir bumi yang dilombong di Mount Weld mengandungi beberapa mineral utama dan diantaranya ialah monazite. Monazite adalah bahan radioaktif. Di dalam bahan mineral monazite ini terdapat thorium, cerium dan lanthanum. Monazite kaya dengan thorium dan thorium ini juga adalah bahan radioaktif yang tinggi dan boleh digunakan untuk menggantikan uranium dalam menghasilkan tenaga nuklear. Berikut adalah kes-kes yang berkait rapat dengan thorium:

1. Syarikat Mitsubishi Chemical yang terlibat dalam industri pemprosesan nadir bumi di Bukit Merah dikaitkan dengan 8 kes leukimia dan 7 kes kematian. Telah ditutup pada tahun 1992 dan kerja-kerja pembersihan sisa masih berjalan sehingga ke hari ini (hampir 20 tahun) dan telah menelan belanja lebih RM300 juta.
2. Kesan toksik dan radioaktif dari industri ‘rare-earth’ di Baotou Mongolia. Setiap langkah pemprosesan nadir bumi yang bermula dari perlombongan bijih ke ‘rare earth oxide’ atau ‘rare-earth metals’ banyak menggunakan bahan asid dan kimia. Malah ketika perlombongan bijih, bahan asid akan dimasukkan ke lubang yang digali. Sisa buangan radioaktif khususnya Thorium juga dihasilkan ketika melalui semua proses itu. Kebocoran bahan asid, kimia dan sisa radioaktif ini yang banyak berlaku di Baotou terbukti telah menyebabkan kemusnahan kepada hasil pertanian dan kesihatan seperti kerosakan hasil tanaman, gigi tercabut dan rabut putih atau beruban diawal usia muda sekitar 20-an. Malah kematian disebabkan kanser juga direkodkan walaupun lokasi penempatan penduduk berada 10KM dari kawasan penyimpanan sisa buangan radioaktif itu.
3. Kajian yang dilakukan oleh Kolej Perubatan Jiangxi di China dari sample darah dan ujian IQ pada kanak-kanak mengemukakan kesimpulan bahawa kanak-kanak di sekitar umur 7-10 tahun yang tinggal berdekatan dengan kawasan pemprosesan nadir bumi berkemungkinan mempunyai IQ atau kecerdasan akal yang lebih rendah berbanding mereka yang tinggal jauh atau yang tinggal di kawasan yang terkawal.

Aku berpendapat, projek Lynas ini sangatlah tidak sesuai dan berisiko tinggi. Projek ini boleh dijalankan sekiranya lokasi kilang tersebut diletakkan dalam kawasan kawalan 35 km minimum seperti yang digariskan oleh kerajaan Australia dan boleh menjadi sumber pendapatan yang lumayan kepada negara sekiranya cukai dikenakan terhadap syarikat Lynas Malaysia Sdn Bhd. Kalau dua yang aku sebutkan ini tak berlaku, maka sebagai rakyat tentanglah projek ini habis-habisan. Ini adalah untuk kebaikan kita bersama.

Tugas aku melalui blog ini adalah untuk menyampaikan maklumat. Kepada blogger lain yang mempunyai rasa tanggungjawab, sampaikan maklumat ini melalui blog anda. Copy paste dibenarkan macam biasa. Tweetkan kepada Najib Razak. Harap usaha kecil sebegini dapat mengubah sesuatu."

Jadi, sebar-sebarkanlah isu ini untuk kebaikan kita bersama.

Entri lama: Subsidi Oh Subsidi.
Ranking: 5

17 comments

26 Mei 2011 pada 9:11 PTG

info yang bagus, sertakan artikel apa itu NADIR bumi..

26 Mei 2011 pada 9:13 PTG

harap tiada segmen meletak copy paste Banner PUAN DIRI BLOG hhee

26 Mei 2011 pada 9:16 PTG

kemajuan teknologi diMalaysia tidak setaraf negara seperti Jepun. Sila lihat Jepun, bagaimana dia mengatasi masalah loji nuklear mereka. Mereka sendiri pun masih tercari-cari jawapan bagimana mengurangkan kesan bahan radioaktif ini.

26 Mei 2011 pada 9:22 PTG

cer tengok blog ko ni. ada yg letak C4 x .... ha33



berkata benar walaupun pahit lebih baik dari berdiam diri melihat kebenaran didepan mata - 26052011

26 Mei 2011 pada 10:27 PTG

ssh nak cakap...tp kalau lebih bnyk mendatangkan keburukkan...better x payah..ker..ada org2 yg menyokong sanggup buat rumah dekat situ bagi membuktikan tak bahaya?

26 Mei 2011 pada 10:37 PTG

Salam Iza,

saya pun masih tak paham lagi pasal isu nih, kena banyak baca lagi, harap perkara nih dapat menguntungkan rakyat sudah, jangan untuk "puak2" tertentu saja...kalo ye pun..

26 Mei 2011 pada 10:59 PTG

salam..
tajuk entry yang unik..
ermmm..satu SEO ke nih..
kilang di gebeng tu memang
dalam perhatian saya..
cuma tak terkata lagi apa
yang nak di utarakan dalam
blog saya..so far saya memang
membantah sekerasnya..

27 Mei 2011 pada 12:03 PG

Ada jugak terbaca pasal nih tapi x berapa nak faham sangat..he3

27 Mei 2011 pada 4:41 PTG

Walau apa pun alasan kerajaan..aku tidak akan pernah menyokong pembinaan kilang tu.Reban ayam punya najis pun susah nak jaga..inikan pula sisa nuklear.Fikir-fikirkanlah..

28 Mei 2011 pada 7:12 PTG

Dah paham pasal kilang nih....:)

30 Mei 2011 pada 1:15 PTG

kita bukan tiada tenaga profesional,pemikir cerdik pandai..kita ada kedua-duanya..tapi malangnya apabila tiba kepada keputusan akhir, masuk unsur politik terus keputusan berubah..itu kelemahan malaysia.


Blackrose's latest entry: Petua Kurangkan Perut Buncit

Tanpa Nama
29 Jun 2011 pada 9:16 PTG

nampaknya kerajaan umno spt hendak tetap mnjalankan jg kilang lynas.xda bahaya katanya,kepada penduduk berhampiran,fikir2kan kesannya bukan serta merta tp 7-8 thn ke depan.kalo pada ms tue nk menyesal dah xberguna lg...lebih baik kita mencegah sesuatu sblm terjadi.cuba fikirkan kenapa Australia pun xsanggup nk buat kilang tp malaysia sanggup...hmmm..fikir2kan...kadang2 manusia nie demi kepentingan materialistik mrk tidak peduli akn kesan kpd org lain,yg penting bg mereka keuntungan...kalo btul2 terjadi sesuatu yg xenak suatu hr nnt jgn pulak salahkan orang dah...beringat sebelum kena..

6 Julai 2011 pada 2:25 PTG

mungkin kerajaan nak menunjukkan kepandaian dan kelebihan pd dunia konon..tapi tak pikir ttg baik buruk pada penduduk sekitar kat situ...

6 Julai 2011 pada 2:42 PTG

Assalam...
Terima kasih pada semua yang sudi tinggalkan komen.

7 Februari 2012 pada 10:16 PG

terfikir pulak kenapa Australia sibuk2 nak buka logi tu di sini, kat Australian kan berlambak2 tanah kosong yang tak berpenghuni, mungkin 50 kali keluasan Pahang... ???? kenapa tak dibuat logi tu di situ!

Dan kenapa pulak kerajaan Pahang gatal tangan nak kan logi tu, yang tak dapat tidak akan membahayakan rakyat jelata... Jangan

Macam2lah alasan tapi yang nyata inilah alasan paling kukuh kenapa logi tu nak diwujutka juga "Kilang yang dibuka di Gebeng, Pahang itu akan berupaya menghasilkan nilai eksport sebanyak RM8 billion setahun"

27 Februari 2012 pada 10:01 PG

salam dan hi semua..

Sebagai rakyat Malaysia, saya juga sangat tidak bersetuju dengan pembinaan Lynas ini. RM 8 billion itu tidak akan dapat membayar semua kemudaratan dan bahaya yang bakal dibawa bersama pembinaan kilang ini. Kita seharusnya belajar dari pengalaman negara lain, bukannya mengulangi kembali sejarah mereka.

"Telah tampak kerusakan di darat dan di laut disebabkan perbuatan tangan manusia; Allah menghendaki agar mereka merasakan sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar)." [Ar-Rum, 41]

dino.yp@gmail.com
29 Februari 2012 pada 11:46 PG

ramai orang bodh yang komen kat sini. depa tak tahu bezakan bahan radioaktif dengan bahan nadir bumi. kalau dah tak reti jagan buat orang lain bodo.

Catat Ulasan

Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini

 
© TERATAK USANG All Rights Reserved