Pertandingan Memancing Kampar 2011

on Isnin, Mei 16, 2011

Assalamualaikum,
Salam 1 Dunia.

Pada semua kaki pancing satu Malaysia, anda dialu-alukan untuk menyertai pertandingan memancing anjuran Rohaizam Enterprise bersama KEMAS yang bakal diadakan di Mambang Diawan, Kampar pada 4 dan 5 Jun 2011. Selain itu, Pertandingan Karaoke dan Pertandingan Memasak juga akan diadakan di tempat yang sama.

Bayaran pendaftaran untuk memancing dikenakan sebanyak RM80 untuk satu joran (dihadkan untuk 3 joran sahaja), pertandingan karaoke dikenakan sebanyak RM30 dan pertandingan memasak sebanyak RM50.

Hadiah yang ditawarkan cukup lumayan. Tempat pertama pertandingan memancing akan menerima RM15000 beserta piala, tempat ke dua sebanyak RM10000 beserta piala, tempat ke tiga RM5000 beserta piala dan seterusnya hingga tempat ke 20. Manakala pertandingan memasak dan karaoke akan menerima RM1500 beserta piala bagi tempat pertama, RM1000 beserta piala bagi tempat ke dua, RM500 serta piala bagi tempat ke tiga dan seterusnya hingga tempat ke 20.

Penyertaan menggunakan borang dan juga melalui online di alamat http://www.rohaizam.com. Borang juga boleh dimuat turun di laman web tersebut. Penghantaran melalui pos di alamat berikut:

PERTANDINGAN MEMANCING KAMPAR 2011,
NO 6696 JALAN BARU 2, TMN AMAN BARU,
MAMBANG DIAWAN, 31950,
KAMPAR, PERAK.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila ke laman web yang dinyatakan di atas.
Ranking: 5

5 comments

16 Mei 2011 pada 3:49 PTG

salam..
ermmm..lumayan hadiahnya tu..
sayangnya saya ni kaki bangku
bukan kaki pancing..he he..

16 Mei 2011 pada 5:48 PTG

lama tak memancing nih... boleh gian kalau memancing.... sanggup tinggal benda lain...

16 Mei 2011 pada 11:56 PTG

Jorang ngan peralatan lain utk memancing dah sedekah dkat org. Masa muda remaja minat gak memancing ni ... he33

Tanpa Nama
2 Mac 2013 pada 4:19 PTG

[url=http://buycialispremiumpharmacy.com/#qiwoi]generic cialis[/url] - buy cheap cialis , http://buycialispremiumpharmacy.com/#pjqut generic cialis

Tanpa Nama
2 Mac 2013 pada 8:23 PTG

[url=http://buyviagrapremiumpharmacy.com/#yomww]viagra online[/url] - buy viagra online , http://buyviagrapremiumpharmacy.com/#qoqjq buy viagra online

Catat Ulasan

Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini

 
© TERATAK USANG All Rights Reserved