Assalamualaikum,
Salam 1 Dunia.
Pasti ramai antara anda merupakan penggemar Cendol. Dengan rasanya yang enak, sedap dan lemak manis (walaupun aku tak pernah makan-sungguh rugi), cendol menjadi kegemaran ramai di kala cuaca panas dan sesuai untuk menghilangkan dahaga dan panas badan. Namun berapa ramai antara kita yang tahu dan kenal dengan peralatan tradisional untuk membuat cendol?

Anda mungkin bernasib baik jika dapat melihat sendiri peralatan yang hampir pupus dan semakin ditelan zaman ini. Peralatan tradisional ini diperbuat daripada tempurung kelapa yang ditebuk lubang-lubang halus. Cara menebuknya juga harus teliti dan cermat kerana tempurung tersebut mungkin akan retak dan pecah jika tersalah teknik. Setelah selesai menebuk lubang, tempurung kelapa tersebut akan diikat dengan rotan supaya tahan lebih lama. Rotan yang diikat juga dibuat panjang bagi memudahkan pengguna untuk meletakkannya di atas bekas atau baldi untuk menapis cendol tanpa perlu memegangnya.
Masih ada sesetengah generasi lama menggunakan peralatan tradisional ini tetapi tidak kurang juga yang menjadikannya sebagai barang perhiasan atau barang antik. Generasi sekarang lebih suka menggunakan penapis yang lebih besar dan boleh memasukkan bancuhan cendol dengan kapasiti dan jumlah yang banyak. Tak kurang juga pada mereka yang berniaga secara besar-besaran dengan menggunakan teknologi mesin bagi menjimatkan masa dan kos.
Rasanya peralatan untuk membuat cendol ini tidak lagi digunakan dalam jangka masa yang panjang kerana ianya ditempatkan di atas bumbung rumah mertuaku. Nampak tak gambar kedua tu? Diambil dua tahun lepas terus dari atas zink dan terselit antara dua kayu. Sekarang ini, aku tidak pasti masih adakah peralatan ini kerana semua keadaan dalam rumah telah berubah dengan penambahan tiles dan siling.
Entri Lama:
Kukoq Nyok
Permainan Orang Utara

14 comments
nk cendol free! yeahhh
syok..
erk, shah tu org yg dengar perbualan anak dan ibu~ llalala...
Salam,
peralatan buat cendol dulu-dulu memang best.. selalu juga tolong ketuk-ketukkan tempurung tu..
datang tengok cendol
nostalgia gitu....
makasih jenguk abgreds tadi...
salam..
cendoi buat sendiri
memang sedap..mak saya dulu
rajin buat..la nih tak da
dah adik beradik yang mewarisi
semuanya main beli je..
:D
huhu... barang arkib nie
mungkin ramai orang tak tau menda alah nie penah wujud macam aq :P
salam singgah sini, org baru dtg..ada cendol plak tu..sedap!...hampir pupus, memang tak tgk pon alat buat cendol tu..
@mamadiana
Assalam..
Teringat cendol "Leman Dawi di Senawang"..buatan sendiri & mmg sedap - pernah masuk majalah 3 dulu.
tak pernah makan cendol ke?
mmg suke cendol, tapi tak pernah wat sendiri...
@shahjiehan
Free la tu tp jamu mata je tau!
@kulanz
W'salam..
Ya ka? Ada bakat ni nak jadi tokei cendol..
@Adyshariz
Dtg tgk je ke? Hmm, tak pe, jamu mata..
@abgreds
A'a..
sama2.
@zulkbo
W'salam..
Betul tu. Org skrg ni dah malas nak merenyahkan diri, beli lebih jimat masa dan tenaga..Boleh mkn segera,
@wanbu
Jgn nak kelentong dgn ahli penyelidik.hehe...
Kat arkib mana ada letak brg2 mcm ni. Kat arkib ada sumber tulisan je la.hehe..ni mesti tak pernah masuk arkib.
@p@kcikLie / mamadiana
Salam kenal..jemput dtg org baru..
Ya ka? Nasib baik ada gambar kat sini..boleh tgk puas2.
@ozzy
W'salam..
owh..ya ka? Femes gitu..
@intan izani
Bukan tak pernah makan tapi tak tertelan (tak lalu kata org Kedah, terbayangkan benda lain).
silap-silap peralatan antik tu ada value tinggi 10 tahun akan datang
@Mus
A'a kan..mana la tau kan. skrg ni brg antik semakin mahal..
cik iza kita ni rupanya minat pada yang antik dan lama.Ramai yang tahu makan saje..tak tahu cara nak buat atau peralatan untuk membuat cendol.Suatu hari nanti mungkin generasi akan datang tidak menggunakannya lagi atas alasan tidak practikal.Mesin munkin menjadi pilihan.
salam saya nak tahu apa benda namanya yang peralatan di atas
Catat Ulasan
Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini