Kukoq Nyok

on Ahad, Januari 30, 2011

Assalamualaikum,
Salam 1 Dunia.

Kukoq Nyok atau dalam BAHASA MELAYU Standard, kukur kelapa jarang digunakan melainkan di kampung-kampung. Tapi bukan semua di kampung menggunakan cara tradisional tersebut. Di kampung my hubby sendiri sudah lama menggunakan mesin parut kelapa dan selama aku tinggal di situ, belum pernah aku terjumpa kukur kelapa. Entah ada entah tidak.

Berlainan sekali di kampungku di Kedah. Setiap rumah pasti mempunyai sekurang-kurangnya satu kukur. Gambar di atas itu diambil di rumah kakak aku di Simpang Empat Alor Setar sehari sebelum Hari Raya Haji tahun lepas. Di rumah mamaku sendiri ada dua buah kukur. Nak ambil satu untuk di bawa ke Perak tapi my hubby tak nak. Katanya, aku tak akan ada masa untuk kukoq nyok. Lagipun kat mana nak cari buah nyok? Kalau di kampung lain lah, pokok nyok keliling rumah. Kebiasaannya beli saja santan kelapa di pasar.

Masa aku kecil, aku selalu jadikan kukur kelapa seolah-olah seekor kuda. Tumpang duduk di belakang Mama ketika Mama mengukur kelapa. Sekarang ni, anakku pula merasa apa yang aku rasa suatu ketika dahulu.

Jika meminta pendapat mamaku, pastinya kukur adalah pilihan utama jika ingin membuat ketupat terutamanya di hari perayaan. Pastinya ada sebab-sebab tertentu. Aku pernah dimarahi kerana mengukur kelapa hingga licin tinggal tempurung. Tahun lepas, my hubby pulak terkena sebab kukur kelapa sampai ke tempurung. Nasib baik baru sebelah tempurung.

Mengikut kata Mama, kalau dikukoq sampai ke tempurung, nanti ketupat tu akan jadi hitam sedikit. Jadi ambil yang putihnya sahaja untuk dijadikan santan. Oh, begitu rupanya. Tapi, mak mertuaku tak pula menitikberatkan hitam dan putih ni. Asal jadi ketupat, sudah. Dengan dunia serba mudah kini, segalanya menjadi senang dan kadang kala menjadikan manusia terlalu malas.

Persoalan yang ingin aku ajukan.
Masihkah ada orang yang sanggup mengukur nyiur/ kelapa semata-mata untuk membuat seperiuk gulai, bubur atau masakan yang menggunakan santan? Susah nak jumpa melainkan di kampung.

Masihkah ada orang yang membasuh kain menggunakan berus sabut dan sabun cap kapak? Mungkin ada iaitu mereka yang tidak mampu untuk memiliki mesin basuh. Walaupun mampu sekalipun, Mamaku tetap menolak segala kemudahan dan teknologi yang mudah dan membuat generasi moden sekarang menjadi malas.

Kenapa masih ada yang lebih memilih kesusahan dari kesenangan? Masih ada rupanya insan yang teliti, jimat dan cermat.
Ranking: 5

11 comments

30 Januari 2011 pada 12:07 PG

kadang-kadang yang lama itu ada bagusnya.. mungkin letih tapi hasilnya puashati..

selalu jadi mangsa kukur kelapa..

30 Januari 2011 pada 12:23 PG

salam..
orang la nih
semua kukoq pakai
mesin dah wehh..?
he he..jangan buat
main kukoq tu..salah
kukuq hilag kuku

30 Januari 2011 pada 11:46 PG

@cikgu isza
Exersice la sikit kan..
hehe..kesiannya..

@zulkbo
W'salam.
Ya, memang pun dah guna mesin. Haa, betoi tu sbb kukoq tu mmg tajam...

30 Januari 2011 pada 1:08 PTG

kukog jgn tak kukog hehehe

30 Januari 2011 pada 2:10 PTG

@yahaya
hehe..

30 Januari 2011 pada 3:29 PTG

brang antik dipinggir jangan.. banyak sentimentel value yg terselindung... kat umah ade sepasang giling tingalan arwah nenek... tak pakai dah.. tapi mak simpan elok2...

nice entry kal.. salam perkenalan.. saya follow blog ni... sebeb entry nye bagus.. jom berbalas kunjungan.. kalau sudi follow la ye..

30 Januari 2011 pada 3:33 PTG

Kesian.....anak ngan ayah kena kukur nyoir. Mak dia mogok ke?. Masak sayur apa bang.

30 Januari 2011 pada 3:53 PTG

kukoq nyoq..hehehe...aku beli santan siap je...antiq barang ni...kaki nombor ekor tengah cari buat menurun nombor..

30 Januari 2011 pada 3:55 PTG

aku pergi beli santan siap je la ni..mana nak cari kukoq nyoq ni..barang antik..dapat kat kaki nombor ekor...boleh buat duit...

30 Januari 2011 pada 9:48 PTG

rumah saya dikg masih mengunakan benda ni..

31 Januari 2011 pada 10:13 PG

@SM Banjamin
Kat rumah wan di kg pun ada batu giling cabai dan pengisar beras tp pengisar beras tu tak dijaga dgn elok. syg kan..

Ok, dah follow, thanks..

@nik
Mak dia tolong jgk tu...
Tolong ambil gambar..hehe..
-nak buat ketupat dik..

@abadi romeo
Biasanya macam tu la...rasanya kukoq belum pupus lagi sebab boleh buat atau beli kat kedai. Kaki nombor ekor selalunya cari senduk tembaga zaman dulu2...ataupun keris yg pernah makan darah...

@donny
Ya ka? Hmmm...

Catat Ulasan

Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini

 
© TERATAK USANG All Rights Reserved