Salam 1 Dunia.
Secara ringkasnya, aku tegaskan di sini bahawa aku nak join contest dianjurkan oleh blog Segala Ceritera milik aretikz. Antara syarat-syarat yang ditetapkan seperti berikut:
*Mesti wajib dan patut menempek gambar cincau kat atas tu pada entri serta sidebar dan letakkan link menuju ke arah contest ini. (done)
* Buat satu entri bergambar. Yakni satu gambar sahaja anda menceitakan kenapa gambar itu penting dan mengingatkan anda kepada sesuatu. Buatlah sekreatif mana penceritaan anda. Gambar terpulang nak edit atau tidak, sebab fokus utama perkaitan gambar dengan cerita disamping sebaik mana penceritaan anda memikat juri.(ok)
* Tarikh penyertaan? Start dari 26/10/2010 sehinggalah 01/12/2010. Keputusan InsyaAllah diumumkan pada 9/12/2010.
* Sila tinggalkan permanent link contest anda pada komen. Dan nama akan diupdate pada entri tersebut. Jangan letak pada Shoutbox, semestinya tidak akan dilayan.(ok)
* Wajib tag 3 orang, nak lebih pun boleh, kurang tak diizinkan. Dan tidak ada istilah siapa nak join, dipersilakan. Boleh juga tolong up trafik kawan kan?(done)
* Mengenai gambar yang dipilih, terpulang, samada baru snap atau godek yang lama-lama, tapi jangan gambar yang tuuut, hehe. Dan sila jujur guna gambar dari anda sendiri, bukan godek mana-mana internet sekalipun.(ok)
* Tajuk entri? Ikut sahaja tajuk di atas ya, kalau malas nak tengok balik, tajuknya “Picture Of My Life Contest”. (done)
Untuk maklumat lanjut, sila klik DI SINI.
Gambar yang ingin dipertandingkan untuk "Picture Of My Life Contest" seperti di bawah:
Aku pilih gambar ni sebab gambar ni amat berharga untukku pada tahun ini dan tahun-tahun seterusnya. Inilah gambar aku bersama mama ku tersayang. Kini mamaku berusia 56 tahun. Alhamdulilah dari dulu hingga sekarang, mamaku masih sihat walafiat tanpa sebarang penyakit.
Dia lah ibu dan dia lah bapa sejak usiaku 6 tahun. Dia lah tempat aku meluahkan segala macam perasaan. Dia juga punyai semangat yang kuat walaupun hilang tempat bergantung. Sebagai anak, aku amat bersyukur dikurniakan seorang ibu setabah mamaku. Mamaku juga tak jemu meniupkan semangat untuk aku terus berjaya menuntut ilmu dunia dan akhirat. Semangatnya juga telah membawa ku ke menara gading.
Bukan senang aku nak bergambar bersama mamaku ini. Dah lama rasanya aku tidak bergambar bersamanya. Gambar terakhir yang aku ada bersamanya sewaktu majlis perkahwinanku 4 tahun yang lepas.
Gambar ini diambil pada 20 November yang lepas di Pondok Haji Fauzi iaitu pondok yang didiami oleh mamaku. Inilah pondok kecil yang hanya muat diduduki oleh mamaku seorang. Pondok ini mempunyai satu ruang dapur kecil, bilik tidur kecil dan ruang tamu yang hanya boleh memuatkan 3 hingga 4 orang tetamu dalam satu-satu masa. Tak boleh naik ramai-ramai, nanti roboh pula, siapa nak jawab?
Bagi memenuhi syarat yang ditetapkan, aku tag 3 + 1 orang iaitu:
wachak
Cikgu Isza
Belalang
Assoyfinger67
Aku berharap agar contest kali ini membuahkan hasil, aminn...Jika ada rezeki, InsyaAllah.
Assalamualaikum..
15 comments
SALAM..
Semoga berjaya..
ermmm...muka mak
sebijik muka anaknya
he he..kirim salam
kat mak noh?
all the best. ibu kaulah ratu hati ku :)
belalang mmg terniat utk join contest nih memandangkan aretikz antara yg rajin jenguk blog belalang.
terima kasih yea sebab tag...
Bila sebut gambar jer, teringat wa dekat sekeping gambar yg diambil dekat Bagan Lalang. tungguuuu !!
ohoo..gud luck ye akak~
^^
gudluck, iza...best cerita gambar nih,
sweetnye gambar iza dan mama tersayang.. semoga berjaya pada contest kali ini.. amin..
Oh ibu.. kau disiram bayu pagi.. eh? ternyanyi pula.. hehe.. anyway.. thanx 4 join.. maka diisytiharkan.. lulus.. hehe..
terima kasih tag kita.. alamak.. nak cari gambar pula..
@zulkbo
W'salam...
Terima kasih.
Ya ka? tak perasan plak sebab dari kecik2 lg org kata ikut muka abah...
@/Dayah//Nurul/
thanks...
@Belalang Hijau
Ya ka?
Kalau mcm tu jom la join...
@wachak
aku tau ko banyak gambar yg tersimpan....ni la masanya nk tunjukkan koleksi gambar yg ko ada..
@att
Thanks..
@padin.
Thanks padin...
@NoRMie
Terima kasih, insyaAllah...
@Aretikz
Terima kasih aretikz. hehe...itulah ratu hatiku..
Lulus ek?
harap2 aretikz bertandang lg utk khabarkan berita gembira...hehe...mudah2an ada rezeki.
@cikgu isza
Cikgu kan banyak gambar menarik...jom la join.
gud luck yer.. skang ni belum ade mood nak join ape2 kontes.. hehe..
@ezany
Thanks....
betapa besarnya pengorbanan seorg ibu.. semoga kita sbg anak akan sentiasa m'ingatinya.. ^_^
@NuSaNa NoSa 91
Ya, jasanya tak dapat kina nak balas.
InsyaAllah..
result contest dah ada ^_^
Catat Ulasan
Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini