Nice Blog Award.

on Isnin, November 22, 2010

Assalamualaikum.
Salam 1 Dunia....

Tanggal 20 November 2010 ada award dari Fiqah Alias dari Tinta Pawana Bingkisan Kejora. Terima kasih Fiqah. Dah lama rasanya tak dapat award bersama tag.

Ini awardnya...


Tag yang perlu dijawab seperti di bawah:

1. Kenapa aku pilih nama blog aku macam tu? (Teratak Usang)
Teratak Usang itu adalah sebuah rumah yang telah aku tinggalkan sejak aku mula menjadi isteri orang. Mama aku pun dah meninggalkan teratak tersebut. Tanpa jagaan, rumah itu telah menjadi usang. Bagi mengenangkan diriku yang berada di perantauan pada rumah yang telah lama aku tinggalkan, maka aku namakan blogku sebagai Teratak Usang. Kini telah ramai blogger yang menamakan blog mereka sebagai Teratak Usang. "Teratak Usang" hampir tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan....

2. 5 perkara yang aku suka?
- Jalan-jalan/ronda-ronda/melancong dan melihat keindahan alam.
- Makan kek dan ais krim
- Window shopping tapi sekarang dah jarang keluar rumah.
- Layari internet. Boleh jadi cacing kepanasan kalau tak buka walaupun sekejap.
- Suka akan kejutan positif.


3. 5 perkara yang aku tak suka?
- Tak suka orang menipu aku. Kalau aku tahu dia menipu, seumur hidup aku tak akan percaya.
- Tak suka kalau orang sekeliling merokok, cepat-cepat aku menjauhkan diri.
- Tak suka kalau duduk ramai-ramai dalam sebuah rumah tapi hanya goyang kaki tunggu nak makan. Paling aku sakit hati apabila namanya perempuan kecuali seseorang itu bertaraf tetamu aku (tak lebih 3 hari).
- Menunggu orang dan ditunggu orang.
- makan ubat, jarum, alat-alat perubatan dan benda-benda yang boleh melukakan aku.

4. tag orang lain...
Landax

Jawab ye landax...
Sekian, terima kasih.
Ranking: 5

8 comments

21 November 2010 pada 11:13 PTG

salam...

memang tak tahan dgn org y merokok nie, tapi kenapa mereka boleh plak merokok tanpa rasa bersalah.geram.

syira singgah sini :)

21 November 2010 pada 11:32 PTG

mmg nice pun blog ni... keep it up!

22 November 2010 pada 1:47 PG

ada jugak sama tu..bab2 tunggu dan ditunggu tu memang jadikan huru-hara hehe

22 November 2010 pada 11:04 PG

salam..
penakut jarum rupanya..
he he..bab perempuan
penyegan tu saya pun marah..

22 November 2010 pada 12:21 PTG

Salam zairah dan singgah ke Teratak indah anda. Semoga sihat ceria sentiasa.

Jom Singgah Ke akuanakpahang "Segalanya disini suka duka sebuah kehidupan."

22 November 2010 pada 3:26 PTG

@syira qahira
W'salam..
Entah la....deria bau mereka dah rosak agaknya...hehe..

@cacing
hehe.....ye ke?thanks tp masih byk yg perlu diperbaiki...

@etomyam
hahaha....tak ramai yg sanggup tunggu org kan tp ramai jgk yg membuatkan org tertunggu-tunggu..

@zulkbo
W'salam...
hehe...ada ubat tak utk org mcm tu?dah anak berderet pun asyik dok kat bilik tidur je, tunggu orang panggil makan.

@akuanakpahang (AAP)
W'salam....terima kasih sudi singgah. Alhamdulillah...nanti saya menyusul...

22 November 2010 pada 4:02 PTG

sebab itulah dipanggil teratak usang... :-)

22 November 2010 pada 5:19 PTG

@Zikri Husaini
Yup..yup..

Catat Ulasan

Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini

 
© TERATAK USANG All Rights Reserved