Salam 1 Dunia.
Ini merupakan entryku yang terakhir sebelum dan selepas Hari Raya Haji, insyaAllah. Sebelum aku tak dapat up date blog untuk hari-hari seterusnya, biarlah aku karang sekarang untuk mewakili hari-hari yang akan datang.
Aidiladha.
Sebelum aku terlupa, aku mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha untuk semua rakan blogger yang beragama Islam. Destinasi untuk berhari raya masih dalam proses perancangan. Aku merancang untuk berhari raya bersama mamaku di Kedah kerana mamaku hanya tinggal seorang diri di pondok. Kakakku pula akan adakan majlis Korban di rumah mertuanya. My hubby pula merancang untuk berhari raya bersama bapa mertuaku di Perlis kerana menurutnya ayah tinggal sorang-sorang tanpa teman manakala Mak mertuaku pula akan berhari raya di Tumpat, Kelantan. Kakak dan adik iparku tidak dapat balik ke kampung kerana cuti hanya sehari. Kesimpulannya bagi aku, mana yang sempat, berayalah di mana-manapun asalkan boleh beraya di kedua-dua negeri dalam hari yang sama. Cuti hanya sehari. Dah terlalu lama rasanya tinggal di kampung.
Nak Balik Kedah.
Tujuan aku up date blog ni juga kerana aku akan pulang ke Kedah entah esok, entah lusa atau tulat. Semuanya bergantung pada kelapangan masa bapa mertuaku. Mak mertua akan berangkat ke Kelantan. Bapa mertuaku pula sibuk membuat rakaman video pengeluaran Agro dan makanan seluruh Perlis untuk projek MAHA yang bakal berlangsung pada 26 November hingga 5 Disember 2010 di Selangor. Kalau aku tak balik ke Kedah (rumah kakak), dengan siapa aku nak bersembang dan berteman?
Internet.
Kalau di Perlis, aku tiada masalah untuk menggunakan internet kerana bapa mertuaku sudah khaskan satu wayar penyambungan terus ke dalam bilik tidurku. Alhamdulillah. Oleh kerana aku akan pulang ke Kedah, maka aku tidak dapat lagi menggunakan perkhidmatan internet. Sekiranya aku pulang ke Perak, aku juga tidak dapat menggunakan wifi kerana belum disambung lagi. Terbantut lagi usaha aku untuk memantapkan Teratak Usang dan bloging.
Jika aku tidak dihantar ke Kedah, akan aku up date lagi selagi aku masih berkesempatan. Terima kasih pada ayah dan mak (mertua) kerana mengizinkan aku untuk menggunakan internet selama mana yang aku mahu. Harap berjumpa lagi di entry akan datang walau ku belum pasti bilakan detik waktunya...
Selamat Bercuti dan Selamat Hari Raya Aidiladha.

10 comments
selamat hari raya.. hehe :)
wa pun nk ambil kesempataan yg ada ni nk ucapkan selamat menyambut hari raya aidiladha. pohon maaf jika ada kekhilafan.
~ Ikut jer mana yang terbaik tuk family. Happy sokmo deh ... he33
selamat menyambut aidil adha..
jangan makan banyak sangat daging hehe :D
salam..
selamat menyambut Aidil Adha buat anda&keluarga..ermmm..beruntungnya keluarga mertua yang memahami HIDUP SEORANG BLOGGER..he he..banjir di Perlis dah surut ke?Buat korban tak tahun ni...?
Wah..harap2 jangan la tak update blog langsung ye Iza..:)
Slam..Selamat Menyambut Aidil ADha..tak per gitu...janji kita setia pada tugas dan sifat kemanusiaan kita....biarlah blog tu...mungkin Allah akan memberi lebih lagi pada masa akan datang...(hilang VVIP aku sorang lagi)...Byeeeee!jumpa lagi..:(
selamat raya haji jugak Iza :)
@Siti
Selama Hari Raya
@wachak
Aku pun nak minta maaf byk la la pada ko sebab selalu menyusahkan ko...
@etomyam
Baik tuan!!
@zulkbo
W'salam
Alhamdulillah la buat masa ni...Banjir dah surut dah...entahla.rasanya tahun ni tak buat kot.mak mertua pun nk balik Kelantan.
@bluedianthus
InsyaAllah, aku ku cari masa utk up date jika berkesempatan jumpa internet.
@ASSOYFINGER67
W'salam...fuhh VVIP tu...hehe. InsyaAllah kita akan jumpa lagi sekiranya internet kembali pulih...huhu...
@birakbatu.
Ok, thanks sbb rajin singgah sini.
mana2 pun sama je..accept whatever comes to us..sure kita akan happy ngan hidup kita wlu dimana wlu camane pun..
@alam1cinta
Ya betul tu...
Catat Ulasan
Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini