Ku Masih Punya Harapan.

on Khamis, November 11, 2010

Salam 1 Dunia...


pinjam gambar pak cik google

Nampak kucing ni tersenyum kan? Begitu juga di dalam hatiku. Tidak dapat ku gambarkan kegembiraanku pada petang ini.

Kisahnya bermula begini...
Petang tadi aku bertandang ke rumah jiran merangkap sepupu suamiku.Baru beberapa saat aku duduk, handphone ku berbunyi dan kelihatan tertulis "Rumakku"

"Rumahku...???"
Jantungku terus berdegup kencang lantas bibirku terukir sebuah senyuman yang hanya aku yang tahu maksud senyuman tersebut. Serentak itu juga aku ingin menjerit keriangan tetapi ku bimbang dikatakan buang tabiat kerana tetiba saja jadi seronok sorang-sorang. Tetapi hatiku tetap berbunga-bunga. Hanya aku yang tahu perasaanku ketika itu.

My hubby call menggunakan telefon rumah. Bukan bermaksud aku gembira sebab my hubby call dan bukan juga aku tidak gembira. Selalunya dia akan call sehari dua atau tiga kali menggunakan handphonenya. Kiranya 2 dalam 1 la ni. Dah sebulan lebih wifi berehat, akhirnya hari ni dia dah memulakan tugas-tugasnya.

"Rumahku" bermaksud....tidak lain dan tidak bukan adalah telefon rumah yang dah boleh digunakan. Jika telefon rumah sudah boleh digunakan, ini bermakna Wifi juga sudah boleh digunakan. Maka aku masih boleh bloging lagi. Aku rindu nak guna wifi di rumahku sendiri. Dah rindu sangat-sangat dah ni. Sukanya....

Alhamdulillah. Tak sabar rasanya aku nak balik ke Perak. Semangatku dah mula berkobar-kobar dalam hati. Aku dah terlebih ceria sangat berbanding minggu-minggu sebelum ini. Harapnya biarlah tiada siapa yang perasan dengan keceriaan di wajahku kini.

Aku juga berharap agar aku dapat tidur nyenyak malam ini. Bimbang juga aku tidur tak lena sebab teringatkan Wifi kat Perak. Ketika ini aku masih lagi di Perlis. Entah bila agaknya aku akan sampai ke Kedah.
Ranking: 5

19 comments

11 November 2010 pada 9:12 PTG

Jgn ngigau nk balik perak sudah ... ha33

12 November 2010 pada 12:42 PG

salam..
alahai sayang nya hubby
akan berusaha untuk mengembirakan
isteri tercinta..ceewahhh..la la la

12 November 2010 pada 1:52 PG

wah...dpt wifi kembali...boleh kembali aktif..;)

12 November 2010 pada 3:04 PG

hehe ada wifi rupanya..
pasni ni bole le update blog selalu..
tahniah..:)

Tanpa Nama
12 November 2010 pada 4:01 PG

my sis dah kembali.. nie yang bertambah semangat nak berblog... akak.. teman menanti entry2 akak.. hehehe

12 November 2010 pada 3:47 PTG

@wachak
hehe...

@zulkbo
W'salam..
Hmmm...mcm tu la...

@black_mel
InsyaAllah.

@LiFe KaMi
InsyaAllah, harap2 idea kembali bertandang. Terima kasih..

@Zairie Husin
Ye ke?
InsyaAllah.

12 November 2010 pada 4:21 PTG

betul tu jangan termimpi2 kan perak ya

12 November 2010 pada 5:00 PTG

@Sharinginfoz
InsyaAllah, tak kot.hehe...

12 November 2010 pada 9:42 PTG

Alhamdulillah sudah boleh aktif seperti biasa selepas ni :D

12 November 2010 pada 10:52 PTG

@etomyam
InsyaAllah....

13 November 2010 pada 12:28 PG

nampaknya lepas ni boleh blogging sakan la ye

13 November 2010 pada 12:12 PTG

dah ada wifi,,bagusnya..

13 November 2010 pada 12:20 PTG

waa..ni mesti ble time tido iza asik sebut perak! perak! hehe.. =)

13 November 2010 pada 4:31 PTG

@dinoBiz
a'a...begitu la nampaknya...

@eiela
yup....

@Notami
A'a...sebut dlm hati je.hehe...

14 November 2010 pada 10:45 PTG

salam,
happy tu telefon & wifi dah okey.. lepas ni boleh update blog dari rumah di Perak

14 November 2010 pada 10:59 PTG

@kulanz
W'salam..
Mesti la...dah lama sgt menyepi.
InsyaAllah, nanti rajin la up date bila dah balik Perak.

15 November 2010 pada 1:42 PG

wah2..full time blogging la nampak gayanya lepas ni..best3

15 November 2010 pada 4:28 PTG

@syahril hafiz
InsyaAllah kalau tiada halangan.

15 November 2010 pada 11:38 PTG

Hehe...blogging sudah sebati dalam diri tu Iza.. :)

Catat Ulasan

Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini

 
© TERATAK USANG All Rights Reserved