BERMULANYA SEBUAH KISAH.......
Tanggal 1 Syawal 19 tahun yang lalu.....
Seperti tahun-tahun sebelumnya, selepas pulang dari solat sunat Hari Raya Aidilfitri sepupuku Man telah menunggu aku di depan rumahku.
"Amboi, awainya budak ni sampai. Tak pi masjid ka?", kataku pada mamaku. Mama diam sahaja.
"Yut, jom pi raya." Belum pun sempat aku masuk dalam rumah, dia dah ajak beraya. Yut adalah nama panggilan padaku oleh Man dan abahnya (Pak Lang aku)
"Nanti sat. Nak pi salam dengan wan, pak tam, pak su. Aku tak meraya lagi. Hang dah meraya dah ka?" Meraya tu dalam bahasa Kedah bermaksud bersalam-salaman.
"Dah. Pi aaaa cepat."
Selesai sahaja aku bersalam-salaman dengan semua saudara-mara, aku mengikut sepupuku beraya dari rumah ke rumah.
"Adik, jangan pi jauh-jauh, balik cepat. Nanti kawan-kawan adik mai nanti, tak dak sapa pulak", kata mama.
Sepupuku ni, kalau bab duit nombor satu. Bayangkanlah, di usianya yang telah meningkat remaja, masih lagi ingin mengutip duit raya. Lain la aku yang masih bersekolah rendah ketika itu.
Kami beraya dari satu rumah ke satu rumah dengan menaiki dua buah basikal dari pagi hingga menjelang awal petang dan kami sudah melewati perkampungan yang jauh dari tempat tinggalku. Aku mengajak Man pulang memandangkan matahari dari tegak atas kepala kini sudah membelok ke arah barat. Namun Man berdegil untuk meneruskan niatnya untuk mengumpul seberapa banyak duit raya pada hari tersebut. Aku terpaksa akur dengan niatnya kerana aku takut untuk pulang keseorangan. Lagi pula, kami sudah jauh melintasi dua perkampungan.
Tiba pada perkampungan ke tiga, kami terpaksa menyeberangi sungai melalui titi kayu untuk ke rumah seterusnya. Ketika keluar dari rumah tersebut, Man memecut laju basikalnya meninggalkan aku keseorangan di belakang. Dengan sepantas kilat, aku segera mencapai basikalku dan mengayuh laju untuk mengejar Man dari belakang.
Namun, nasib tidak menyebelahi diriku. Ketika aku melalui titi kayu, aku tidak dapat mengawal kelajuan basikalku. Aku terus melanggar tiang kayu yang berada di tepi titi menyebabkan aku dan basikalku terus masuk ke dalam sungai.
Ketika sedang tenggelam di dalam sungai, hatiku berkata,"Ya Allah, mati la aku. Tak sempat nak jumpa mama dengan kak". Dah la aku tidak pandai berenang.
Aku jatuh terlalu laju hingga kaki aku dapat merasai kelembutan selut (lumpur) yang berada di bawah sungai tersebut. Tiba-tiba aku kembali timbul di permukaan air. Dengan sepantas kilat aku cuba untuk ketepian sungai. Syukur, Alhamdulillah, aku berjaya dan aku selamat.
Dengan perlahan aku merangkak naik ke atas tanpa pertolongan sesiapa. Sepupuku, Man hanya melihat sahaja kejadian yang menimpa diriku. Sampainya hati dia, langsung tidak menolongku ketika itu malah aku ditertawakan. Semua penghuni rumah tersebut meluru keluar menolong aku mencari dan mengangkat basikalku keluar dari sungai. Betapa malunya aku ketika itu dengan keadaan baju yang basah kuyup. Setelah aku ucapkan terima kasih pada mereka yang menolongku, aku terus pulang ke rumah.
Sampainya aku ke rumah, ramai saudara-mara yang gelakkan aku. Cuma mama sahaja tidak gelakkan aku tapi aku dimarahi kerana pulang terlalu lewat. "Maafkan adik, mama. Mungkin inilah balasannya kerana tidak endahkan pesan mama".
Hingga kini aku masih ingat kejadian tersebut dan aku masih kesal dengan sikap sepupuku itu. Sudah lima tahun aku tidak pernah lagi berjumpa dengannya dan tidak pernah ku bertanyakan khabarnya.
Cerita ini merupakan kisah benar hidupku dan dikarang bagi menyertai contest yang dianjurkan oleh saudari Azlina
Petang tadi saja buat blogwalking sikit dan terjumpa contest ni. Macam menarik saja. Memandangkan koleksi kisah silam aku masih banyak tersimpan dalam memori otak, apa salahnya aku keluarkan dan coretkan di sini. Contest ini dianjurkan oleh saudari Azlina. Jom kita pakat-pakat join bagi memeriahkan suasana.
Sebelum itu, baca dulu syarat-syaratnya:
1. Follow blog (follower ke 56) dan add di Facebook (Azlina Aziz) untuk memudahkan anda dapat update pasal contest ini. (DONE)
2. Letak banner Contest Raya Meletops di sidebar blog anda dan link kan ke entri contest. (DONE)
3. Buat satu entri tentang kenangan raya, tak kira sedih ke, kelakar ke, spoil ke, yang penting menarik. Yang boleh buat pembaca ketawa, sedih dan terharu. (DONE_
4. Sertakan banner dalam entri anda dan gambar yang berkaitan. Maksimum 3 keping. (DONE)
5. Sila tinggalkan link kat entri ini, supaya boleh penganjur trackback blog anda.
Contest bermula 12 malam ini hingga 12 malam hari raya pertama. Hadianya pun menarik juga. Boleh dapat duit raya lagi.
Hadiah pertama: RM 100
Hadiah kedua: RM 50
Hadiah ketiga: RM 30
Hadiah kedua: RM 50
Hadiah ketiga: RM 30
Pastikan anda mempunyai akaun bank yang aktif kerana hadiah akan dimasukkan terus ke dalam akaun bank anda. Jangan tunggu lama-lama.
15 comments
awat kalut sangat sampai cam tu.
syukur umur masih panjang. Tapikan
memori2 macam ni lah bila kita
meningkat dewasa membuatkan kita
tersenyum2 sendiri apabila
terkenangkan kembali detik itu.
Salam..
amboi hang...beraya sakan
noh masa kecik dulu..Man,
memang tak patut buat hang
lagu tu..agak dia mengusik kut?
kesian..nasib baik hang tak dak
apa-apa noh?tidak tiadalah
TITIAN USANG mu di sini..
gud luck ya...
kesian die masuk dalam sungai..hehe..harap2 tahun nie xjadi camnie lg..hehe
aku masa kecil dulu pernah jatuh perigi(baca my 1st entri0 dalam blog aku...tapi nasib baik umor panjang....
@wachak
Alhamdulillah, umurku masih panjang.hehe...kalut la takut kena tinggal.
@zulkbo
W'salam
Biasa la budak-budak, mesti la seronok dapat duit. Ya la, kalau tidak tak wujud la teratak ni...
@M a W a D D a H
Thanks...
Skrg ni dah tak naik basikal dah, naik kereta pulak...
@ASSOYFINGER67
Perigi lg sempit. A'a, nasib baik umur panjang lagi...hehe, nanti ada masa aku baca.
Salam ziarah. Maaf, lambat terjah blog iza. Eh, konpius sekejap. Iza ke azila? Heheh.
Saya dah baca n buat penelitian. Semua menepati syarat. Cuma, kalau ada gambar iza, letak lah sekali ya.
Oh ya, terikh tutup contest saya dah lanjutkan sampai raya pertama. ;p
@aZLiNa aZiZ
Salam singgah..xpe....iza, bukan azila...
Ok,dah letak gambar...
Oooo ya ka, thanks atas information tersebut.
hehe..so skrng kira dh pandai berenang la kn..xpe...citer mcm ni citer kat anak2 biar jd pengajaran..
@black_mel
hehe....skrg pun masih tak pandai berenang....
ni mesti tak pas amik lesen..hehe, haa tak mau dengaq mak pesan lagu tu la..sepupu kecik lg dia nak main jer skang mungkin da lain..good luck for contest..
kesian..takkan sampai sekarang xbertegur...bunag yg keroh..amik yg jernih
@LiFe KaMi
Masa tu lesen basikal tak pas lg tp lesen kereta dan motor sekali test je,lulus...
Thanks...
@pawaka19
macam mana nak bertegur, dah tak pernah jumpa dah...masing2 dah bawa haluan sendiri...
kenangan mendewasakan kita... :)
@Lee...
Ya...macam lirik lagu pulak...
sedihnya cerita akak ...huhu isk2.. menangis pulak tiba2...
Catat Ulasan
Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini