Tuah Ayam Nampak Di Kaki.

on Khamis, Julai 01, 2010

Salam...

Sedang aku melayani tetamuku dari Tumpat, Kelantan, sempat lagi aku buka email dan blog. Tiba-tiba aku tertarik dengan satu email. Tiga kali aku ulang baca sebab kurang percaya dengan mataku sendiri......

Dah rabun ke mata aku ni? Rabun la juga sebab setiap hari, siang malam 24 jam asyik mengadap laptop tapi setiap hari ok je mata ni. Macam mana boleh jadi macam ni? Aku tersalah makan ke? Apa kena mengena antara makan dan mata? Cuba korang baca, petikan dari email yang aku dapat ni.....




SALAM,

TAHNIAH ANDA TELAH MEMENANGI TEMPAT PERTAMA DALAM KONTEST YANG DIANJURKAN OLEH SAYA http://shahrirjani.blogspot.com .

SILA RESPON DENGAN SEGERA AGAR SAYA BOLEH MENGHANTAR HADIAH YANG TAK SEBERAPA KEPADA ANDA DENGAN MEMBERI NO ACC DAN NAMA PENUH.

HADIAH NYA IALAH WANG TUNAI RM50.00

TERIMA KASIH ATAS PENYERTAAN ANDA DAN SAYA AMAT MENGHARGAI NYA.

SENANTIASA MENINJAU BLOG SAYA DI MANA AKAN DATANG SAYA AKAN MENGADAKAN KONTEST DAN HADIAH YANG LEBIH MENARIK LAGI.





Dah habis baca ke? Itu la. Kata pujangga, tuah ayam nampak di kaki. Tuah aku hanya Allah yang tahu. Aku dapat tempat pertama ke? Entah la....pengumuman rasmi di blog belum dikeluarkan lagi ketika aku menaip entry ini. Terima kasih pada pemilik blog Hang Kebun. Hati ku gembira tidak terkata bila mendengarkan berita ini. Harap-harap En. Hang Kebun tidak tersilap orang. ahaks...... Mana la tau kan......Disqus jarang buat hal, tiba-tiba tersilap kira ke...... Apa-apa pun, terima kasih daun keladi....

Pada sesiapa yang ingin turut serta memenangi hadiah, anda masih berpeluang untuk mengunjungi blog Hang Kebun.
Ranking: 5

2 comments

1 Julai 2010 pada 2:31 PG

wahhh congrats ! boleh beli topup. ekekekeke :P

1 Julai 2010 pada 12:00 PTG

@hudhud
Terima kasih.....beli top up?syg wei....buat masa ni, top up dah tak diperlukan kot....dah ada line.

Catat Ulasan

Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini

 
© TERATAK USANG All Rights Reserved