Pintu Masuk Pertama Di Dunia

on Rabu, April 07, 2010

Assalamualaikum......

Hari ini aku nak bagi tahu suatu rahsia besar pada sesiapa yang belum tahu. Rahsia ke? Tipu je. Sebenarnya benda ni bukan lah rahsia sebab ramai orang tahu.

Tentu antara kita pernah dengar suatu nama tempat iaitu Wang Klian dan mungkin dah pernah sampai ke situ. Walaupun aku dah lama tinggal di Perlis tapi aku tidak pernah menjejakkan kaki ke syurga shopping iaitu Wang Klian. Mengapa dikatakan syurga shopping? Sebabnya barang kat sana boleh tahan murahnya.


Oppppppsss.....terlupa nak jelaskan tentang tajuk di atas. Untuk pengetahuan semua, Wang Klian merupakan pintu masuk pertama di dunia (belum ada lagi pintu masuk seperti Wang Klian) yang tidak memerlukan Dokumen Perjalanan atau Border Pass. Oleh itu, rakyat Malaysia atau warga Thai bebas untuk keluar masuk sesuka hati tanpa sekatan yang ketat seperti di mana-mana pintu masuk negara.

Bila difikir-fikirkan, sebenarnya aku rasa kurang selamat. Bukanlah bermaksud anggota keselamatan kurang cekap atau mungkin ada yang berkata, "Kalau nak mati, di mana-mana pun kita boleh mati kalau dah ajal." Ayat tu memang tak boleh nak dinafikan. Tapi kemungkinan yang bakal berlaku tidak kita ketahui.

Mungkinkah Wang Klian merupakan laluan terbaik untuk menyeludup keluar masuk barangan terlarang atau barangan terkawal? Dadah, senjata api, minyak, gula dan sebagainya. Itu belum termasuk lagi dalam soal keselamatan. Mungkinkah ada rakyat Malaysia yang boleh order pistol dari Thailand tanpa permit yang sah? Ada! My hubby pernah order dulu untuk tembak anjing sesat tapi dah rosak la. Sebiji macam pistol betul dengan beratnya lagi tapi menggunakan peluru bebola kecil. Pedih juga kalau kena tembak.
Ranking: 5
 
© TERATAK USANG All Rights Reserved