Jangan Tinggalkan Daku.

on Sabtu, April 17, 2010



Assalamualaikum…
Apa khabar pada semua tetamu teratak usang? Dah lama aku tak up date blog ni. Rindu rasanya pada teratakku yang telah bersawang dan bertambah usang setelah lama aku tinggalkan. Rindu juga pada kawan-kawan blogger.

Duniaku terasa gelap seketika tanpa internet sebaik sahaja balik dari kampung. Aku frust selama hampir 3 minggu kerana tidak dapat menggunakan internet seperti bulan-bulan lepas. Sebaik sahaja aku format semula lappy ni, broadband tidak boleh digunakan. Bukan aku tidak bayar bil tapi aku tak pandai nak setting. Dah puas ku cuba tapi tetap gagal. Betapa bosannya apabila aktiviti rutin tidak dapat diteruskan seperti selalu. Jiwa terasa meronta-ronta kerana tidak dapat mengetahui apa yang telah dan sedang berlaku dalam dunia blogger dan siber. Baru petang semalam aku bawa ke kedai untuk setting semula.

Alhamdulillah, akhirnya dapat juga aku kembali aktif berblog. Harap-harap aral yang bakal tiba tu tak sempat nak melintang. Terima kasih abang sebab sudi tolong bawa lappyku ini untuk setting semula. Tapi yang sedihnya walaupun internet dah boleh guna, kelajuannya tidak dapat dibandingkan dengan siput kerana broadbandku kini lebih lambat dan lembab dari siput ****. Nasib baik tahap kesabaranku masih ada. Kalau tidak, sekali dengan laptop ni jadi mangsa keganasan

Apabila broadband selalu buat hal, aku rasa macam sekarang juga nak pergi daftar stremyx. Tengah aku dok menaip ni pun dia buat hal. Ada masalah dengan jalur lebar ke atau dah terlalu ramai orang yang menggunakan broadband? Atau aku yang terlupa nak bayar bil? Sekejap tadi ok je pun. Aduhhs...kalau selalu macam ni, boleh jadi jiwa kacau ni. Sabar...sabar...Wahai hatiku, jangan cepat putus asa. InsyaAllah, aku akan terus berblog selagi terdaya untuk bersabar dengan kelajuan yang tak dapat ditandingi oleh siput.
Ranking: 5
 
© TERATAK USANG All Rights Reserved