Assalamualaikum....
Ini merupakan rentetan dari posting sebelumnya. Pagi ni, acara gotong-royong diadakan di kampung Abi Kubang Badak sempena majlis yang bakal berlangsung menjelang tengahari. Semua yang terlibat menjalankan tugas masing-masing.
Lazimnya, jamuan yang diadakan menggunakan khidmat katering tapi berlainan di Kampung Abi kerana penduduk kampung sama-sama bergotong-royong menyediakan juadah makan tengahari. Antara menu yang dirancangkan adalah kerabu mempelam, gulai terung, ayam goreng rempah, sambal belacan, sayur ketela (betik), ikan bakar dan ulam-ulaman.
Hadiah-hadiah juga diberikan kepada Anak-anak yatim, ibu-ibu tunggal dan warga emas selain peserta pertandingan sukan rakyat.
Majlis berakhir hampir jam 3 petang setelah selesai menjamu selera.

Tetamu yang hadir memeriahkan suasana.
Ucapan oleh Menteri Besar Perlis, YAB. Dato Sri Dr. Md. Isa Sabu.
Barisan tetamu kehormat yang menghadiri majlis tersebut.
Nak jugak aku menyibuk.....ni hadiah tempat kedua pertandingan batu selambut yang disampaikan oleh Dato. Seri Mohd Radzi Tan Sri Sheikh Ahmad, ahli Parlimen Kangar.
Hadiah-hadiah juga diberikan kepada Anak-anak yatim, ibu-ibu tunggal dan warga emas selain peserta pertandingan sukan rakyat.
Dari kiri, Datin Seri Mahani (isteri Dato. Radzi), Dato. Seri Dr. Md Isa B. Sabu dan YB. En. Mat b. Hassan iaitu Adun Kuala Perlis.