Beberapa hari ini rasa seronok sangat sebab nukilan aku dah diterbitkan dalam majalah Pa&Ma keluaran Mei 2010. Rasanya dah lama aku hantar nukilan tu. Kalau tak silap, tahun lepas aku karang cerita teladan kanak-kanak. Tajuknya Monyet Yang Tamak dalam ruangan Mari Bercerita. Yang bestnya, siap ada gambar aku bersama anakku lagi. Ya la, bukan selalu muka boleh masuk majalah kan.
Sejak dulu lagi aku suka masuk peraduan yang simple dan sekadar suka-suka demi kepuasan diri. Seumur hidupku, ini merupakan kali ke 3 nukilanku terpilih. Kali pertama, waktu aku masih bersekolah. Aku telah menyertai Peraduan Menulis Esei sempena Hari Pengguna Peringkat Kebangsaan. Alhamdulillah, dapat juga sijil penyertaan dari Kementerian Pengguna (KPDN).
Kali ke dua, suratku terpilih dalam Majalah Mingguan Wanita dan kali ketiga dalam Majalah Pa&Ma. Sebenarnya dah banyak peraduan yang aku sertai tapi tak pernah berjaya. Kadang kala aku rasa yakin dan bersemangat untuk menyertai sesuatu peraduan tapi setelah aku sertai, aku rasa macam tak ada harapan untuk menang dan hanya berdoa dan tawakal, kemudian lupakan terus apa yang telah aku sertai.
Berbalik kepada nukilanku iaitu Monyet yang Tamak, aku menceritakan perihal monyet yang bersahabat baik dengan kura-kura sejak sekian lama telah meminta tolong dari kura-kura untuk menyeberangi sungai demi mendapatkan makanan kegemarannya iaitu pisang. Akibat dari sikap tamak, monyet telah melupakan janji-janjinya terhadap kura-kura. Sikap tamaknya itu telah melukakan hati sahabatnya dan member kesan buruk terhadap dirinya sendiri. Menyedari kesilapan diri, monyet memohon maaf dan berjanji tidak akan mengulangi kesilapan yang pernah dilakukan.
Sesiapa yang berminat dalam mengarang cerita kanak-kanak, boleh menghantar nukilan anda kepada pengarang majalah Pa&Ma. Hadiah ditaja oleh hi!mama (www.hi-mama.com.my). Tak rugi kalau kita dapat berkongsi info dengan pembaca lain. Hanya sekadar itu untuk kali ini.