Salam...
Hari ini merupakan hari yang paling sibuk. Tak sempat nk blogwalking merata-rata untuk dapatkan trafik lebih dari 100++. Hanya sempat singgah di beberapa blog sahaja. Mungkin masa yang ada tidak aku guna dengan sebaiknya.
Sebelah pagi, uruskan arnab, buka email, tengok blog, Facebook, Tagged dan memasak. Sebelah petang pula terpaksa bekejar ke pekan Teluk Intan untuk ke Anson Animals Clinic. Sampai tengah jalan, kesesakan lalu lintas pulak hampir 40 minit dengan pembinaan jalan, kemalangan lagi. Dengan nak cari klinik yang entah di mana, aku pun belum pernah sampai, hanya mengikut plan yang diberi. Bila sampai je kat klinik, arghhhhhhhhhh............sedihnya, klinik dah tutup.
Terpaksa berpatah balik untuk ke Klinik Haiwan. Kesiannya si anak-anak arnab yang kelaparan (mungkin) dengan cuaca panas. Aku pun dahaga, apatah lagi haiwan kesayangan.
Ni merupakan kali kedua aku bawa arnab jenis Anggora (2 ekor) dan Lionhead (seekor). Aku kurang arif bab arnab sebab baru pertama kali aku membela arnab. Mungkin arnab-arnab ni terkena jangkitan kulat, kuman aku pun tak pasti. Yang pasti, habis bulu kat sebelah badan dan hidungnya gugur. Yang lain terjadi pada kaki dan mata.
Macam-macam aku kena interview oleh 3 orang pembantu kesihatan ni. Dari mana membeli, berapa harganya, berapa usianya dan lain-lain lagi..... Harap-harap kali ni arnab-arnabku cepat sembuh.
InsyaAllah malam nanti aku akan bertolak ke LCCT. Destinasi percutian kali ini adalah di Johor. Mungkin Desaru, Batu Layar atau mana-mana chalet yang ada kekosongan. Selalunya time cuti sekolah macam ni susah sikit nak cari tempat penginapan yang kosong.
Kesian pada anak-anak arnab ni, kalaulah pergi dengan kereta tak ingin aku nak tinggalkan mereka. Manja, pagi-pagi siap main kejar-kejar lagi dengan aku. Tak sampai hati nak tinggalkan mereka bertiga ekor. Sebelum bertolak, nak kena cari bapa angkat sementara untuk arnab-arnabku. Harapnya ada yang sudi menguruskannya....
Pada sesiapa yang mempunyai pengalaman dalam menguruskan arnab import ni, tolong la aku. Aku kurang arif dalam bab kesihatan binatang. Yang aku tahu, sentiasa isikan air bersih dan makanan dalam bekas, bersihkan najis 3-4 kali sehari, pasang ubat nyamuk bila malam menjelma. Time nak makan, minum dan tidur je masuk dalam sangkar.

Masa rawatan:
10.00-2.55 petang
5.00-8.00 malam.

Dua ekor yang sedang menunggu giliran. Kesemuanya belum di beri nama. Cuma yang merah tu aku suka panggil Google...
Aku belum pernah berjumpa Doktor Haiwan dari dulu sampai sekarang. Entah ada entah tidak. Ini mungkin pembantu kesihatan je kot. Si Putih kena suntik 2 jarum.....
Macam-macam aku kena interview oleh 3 orang pembantu kesihatan ni. Dari mana membeli, berapa harganya, berapa usianya dan lain-lain lagi..... Harap-harap kali ni arnab-arnabku cepat sembuh.
InsyaAllah malam nanti aku akan bertolak ke LCCT. Destinasi percutian kali ini adalah di Johor. Mungkin Desaru, Batu Layar atau mana-mana chalet yang ada kekosongan. Selalunya time cuti sekolah macam ni susah sikit nak cari tempat penginapan yang kosong.
Kesian pada anak-anak arnab ni, kalaulah pergi dengan kereta tak ingin aku nak tinggalkan mereka. Manja, pagi-pagi siap main kejar-kejar lagi dengan aku. Tak sampai hati nak tinggalkan mereka bertiga ekor. Sebelum bertolak, nak kena cari bapa angkat sementara untuk arnab-arnabku. Harapnya ada yang sudi menguruskannya....
Pada sesiapa yang mempunyai pengalaman dalam menguruskan arnab import ni, tolong la aku. Aku kurang arif dalam bab kesihatan binatang. Yang aku tahu, sentiasa isikan air bersih dan makanan dalam bekas, bersihkan najis 3-4 kali sehari, pasang ubat nyamuk bila malam menjelma. Time nak makan, minum dan tidur je masuk dalam sangkar.
10 comments
hai, sy pernah bela arnab, masa kecik dulu..skg dh bela balik..pasti tempat arnab tu bersih..bg dia mkn daun..cm kangkung..satu jns pkok (xtau nama tp pnggil rmput arnab, try bgi syur nasin.comel arnab ko yg putih tu..
jntna ke btina?
akunye dh besar btul..tp sekor je..tu pun de org bg..
mse mula tu, jari kaki dia cm xda bulu merah je..skg dh ok..tp bwh tapak kaki dia cm de luka, aku bubuh ubat gamat..tgk cm ok dh..elok je dia melompat2..aku xpasng ubt nymuk pun..aku letak lapik dulu tikar getah skg papan, tmpt utk dia baring2..
@Penulis Seni
Ooo....boleh ke mkn kangkung? aku x pernah bg mkn sebarang sayur takut dia senak perut. Rumput arnab tu yg org panggil "hay" tu ke? Ni pun belum pernah cuba lg. Nanti aku carikan.
Wah, buh ubat gamat je, senang la mcm tu.....aku pun nak kena cari tikar getah la, papan susah nak dapat.
Thanks sudi berkongsi.
kngkung la mknan yg dia pling suka, bila bagi laju je dia mkn..palet dia yg dulu tu, klu cmpak kt tanah, nti tumbuh rumput..tu la rumput arnab, rasanya klu yg skg ni cmpak tak tumbuh pun..tp bila bg mkn syur, basuh dulu, tmbh2 lgi klu tepi rumah, tkut org racun rumput terkena sayur tu..senang je nk jaga arnab..hmm, cari la tikar getah, xpyh pki raga merah tu lg..sama2..
@Penulis Seni
Aku masih ragu2, boleh ke arnab import ni makan kangkung? Kalau arnab biasa mungkin dia dah biasa makan kangkung. Masa beli dulu peniaga tu kata jangan bagi makan sayur, aku pun risau jgk.
Rumah aku umah taman, tak ada sayur2 yg tumbuh kat tepi umah.
ahak..ahak..bagus la ko ni, dapat jgk aku tau serba sikit ttg arnab ni, thanks...
Aku dah cari banyak laman web ttg arnab. ada banyak jgk cerita ttg arnab tp aku x jumpa apa yg aku cari.
ala, dah nama pun arnab, mesti dlm la mkn sayur/rumput..kan herbivor.. selalu cm tu la org ckp.aku pun xtau la arnab tu jns pe..sbb org bagi..aslnya beli gak..klu xpesan cm tu, kang tak laku la org yg jual mknan arnab tu..sma gak cm org yg bela burung..bila jaga mknan bkn main, klu lepas bebas, mkn apa shja..
skg arnb pki lapik papan, sbb dia nakal gigit tikar..aku rasa aku kna wt entry pasal arnab la pulak.. internet tak de kot..tgk kt library/kdai buku, buku psl arnab ade kot, dr a smpi z..
@Penulis Seni
Betul jgk ek...tp arnab aku x ada nk mkn apa sbb blkg umah simen semua...
buat la n3 ttg arnab. aku suka baca, tls detail, nanti aku baca....
skrg belum ada masa nk ke library/ kedai buku.
insyaAllah, aku wt entry tu, terutma mse arnab tu beranak
@Penulis Seni
Kalau ada entry baru, gtau la ek...
@Penulis Seni
Kalau ada entry baru, gtau la ek...
ok..xpun view je kt blog aku ek
Catat Ulasan
Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini