Sukan Rakyat di Abi Kubang Badak.

on Sabtu, April 03, 2010

Assalamualaikum.....

Hari ni dah genap seminggu aku berada di kampung. Macam selalu, aku dihantar balik ke kampung sebab my hubby nk pergi memancing. Alhamdulillah, walaupun broadband tak boleh digunakan, aku masih berpeluang untuk menumpang stremyx bapa mertuaku.... Terima kasih ayah....

Bosan juga tinggal di kampung asyik makan tidur, makan tidur saja. Berat badan pun dah naik, sukanya.....Aik? Ada yang hairan kenapa aku suka bila berat badan naik. Mesti la sebab berat badanku bukan senang nak naik walaupun aku berusaha makan sebanyak yang boleh. Ok, lupakan dulu tentang berat badan.

Sebenarnya aku nak cerita tentang aktiviti yang diadakan petang tadi oleh KRT Kubang Badak, Kangar, Perlis. Sebelum ni aku tak pernah pun nak join apa-apa aktiviti kampung sebab di kampungku sendiri tak pernah diadakan apa-apa aktiviti yang melibatkan masyarakat setempat. Tapi aku rasa bertuah juga kerana dapat melibatkan diri dalam acara yang dianjurkan di kampung mertuaku.

Pada hari ini, iaitu jam 3.30 petang hari ini diadakan acara sukan rakyat seperti Sepak Raga bulat, batu selambut untuk wanita dan kanak-kanak, baling tin dan isi air dalam botol untuk kanak-kanak.

Untuk sepak raga bulat, peserta diwajibkan membawa kain pelikat atau kain batik. Aku hairan juga kenapa perlu ada kain pelikat dan untuk apa? Sebenarnya, kain tersebut hanya digunakan untuk diselepangkan ke bahu sebagai suatu tradisi turun temurun.

Walaupun hari hujan, namun acara sukan rakyat tetap diteruskan dan tidak memudarkan semangat para peserta. Aku juga tidak ketinggalan untuk menyertai acara batu selambut dan baling tin. Dengan bangganya.....ahaks.... aku umunkan bahawa aku mendapat tempat ke dua dalam acara batu selambut.








Tamatlah acara untuk hari ini. Esok akan di sambung semula dengan acara pemberian hadiah untuk para peserta yang menang dan diadakan sedikit kenduri untuk semua warga Abi Kubang Badak. Dijangka Menteri Besar Perlis akan turut serta dalam jamuan tersebut.
Ranking: 5
 
© TERATAK USANG All Rights Reserved