Jom Kritik Teratak Usang

on Rabu, Mac 24, 2010

Assalamualaikum...

Sewaktu aku bercuti di Pulau Pangkor, aku ada membelikan sedikit cenderamata. Aku ada sediakan 2 key chain tertulis Pangkor Island. Sekadar untuk suka-suka dan demi memperbaiki Teratakku yang semakin usang ini maka hari ini dan buat pertama kalinya aku ingin menjemput sesiapa yang berminat untuk mengkritik Teratak Usang. Maksud aku kritikan yang membina la. Sertakan juga cadangan untuk aku memperbaiki teratak yang dah nak roboh ni.

Aku tak tau nak panggil apa, giveaway, contest atau cabutan bertuah. Walau apa pun, datang la komen atau kritik blog aku sama ada berat utk loding atau apa sahaja yang terlintas difikiran. Selepas ruang kritikan ini tamat, aku akan buat pilihan kritikan dan cabutan untuk dua orang. Jadi tiada pilih kasih. Ni la key chain yang aku nak bagi pada sesiapa yg bertuah.


Syarat-syaratnya:

1. Suka hati la pada sapa-sapa yang nk join. Aku tak kisah korang ada blog atau tidak, lelaki atau perempuan, semua boleh join kecuali "Tanpa Nama"

2. Follower. Yang dah follow, terima kasih diucapkan. Untuk yang belum follow, kalau rasa nak follow, follow je la. Kalau tak nak pun tak pe, aku tak kisah. Tiada paksaan.

3. Tinggalkan nukilan anda dalam ruangan komen Disqus di bawah ni. Karang la panjang mana pun tak pe, aku sudi membaca.

4. Isikan butir-butir yang perlu dalam disqus dengan lengkap untuk memudahkan kerja aku.

5. Tarikh tutup 2 minggu dari sekarang iaitu 7 April 2010 jam 11.59 pm.

6. Keputusan adalah muktamad dan akan diumumkan pada tarikh yang akan diberitahu kelak.

Jom ramai-ramai tinggalkan komen dan kritikan anda. Terima kasih pada semua tetamu Teratak Usang.
Ranking: 5
 
© TERATAK USANG All Rights Reserved