Tanggal 22 Mac merupakan Hari Air Sedunia. Air merupakan suatu anugerah yang amat berharga pada semua makhluk (termasuklah manusia, haiwan, tumbuh-tumbuhan, tanah dan lain-lain) di dunia ini. Tak dapat aku bayangkan jika sehari tanpa air. Apakah yang akan berlaku jika tiada air walaupun setitik? Adakah aku dapat meneruskan kehidupan? Tanpa air, bagaimanakah aku dapat meneruskan kehidupan?
Jika aku dahaga, bagaimanakah untuk aku hilangkan rasa kehausan tersebut? Nak menanak nasi (kata orang Utara), memerlukan air. Untuk menyegarkan badan (mandi) juga memerlukan air. Untuk membasuh dot..dot..dot..pun kena guna air jgk. Untuk membersih kotoran pun memerlukan air. Pendek kata, segala yang dilakukan serba-serbi memerlukan air.
Kalau tak ada air, bagaimanakah Perwaja Stell nak menghasilkan besi? Bagaimana manusia nak minum? Bagaimana TNB nak hasilkan sumber elektrik? Kalau rumah atau hutan terbakar, bagaimana Bomba nak memadamkan api? Nak ke kita makan dalam daun pisang atau daun keladi (tak ada air nak cuci pinggan mangkuk) setiap hari? Kalau tak ada air, macam mana pokok pisang dan daun keladi nak hidup? Kalau pokok pisang dan pokok keladi tak ada, macam mana kita nak makan? Eh, pi mai, pi mai tang tu la pulak. Macam mana kita nak berwuduk? Nak bertayamum setiap hari ke? Fikir-fikirkan la....
Sememangnya kita tidak dapat untuk meneruskan hidup jika tiada sumber air. Pelbagai usaha telah dilakukan untuk menyedarkan masyarakat bahawa pentingnya air bersih. Bagi memelihara kebersihan air, semua pihak harus peka untuk bersama-sama berganding bahu untuk memelihara sungai dari dicemari.
Pelbagai kempen telah dianjurkan seperti "Cintailah Sungai Kita", program Sungai Angkat dan sebagainya dilaksanakan bagi memupuk kecintaan dan kesedaran kita untuk menghargai air. Setiap orang pastinya pernah atau selalu membazir dalam penggunaan air. Contohnya membiarkan air melimpah (aku pun kadang-kadang terlupa nak tutup pili air), membazir ketika membasuh kenderaan, menjirus pokok setiap hari dan membiarkan titisan air dari paip bocor atau pili yang rosak dan sebagainya.
Persoalannya adakah kempen-kempen yang dibuat mendapat sambutan? Apakah tindakan yang perlu di ambil agar masyarakat menghargai air? Berbaloikah tindakan yang bakal dilakukan untuk menaikkan tarif dan meningkatkan cukai air?