Yahoo....cuti lagi....

on Rabu, Februari 24, 2010

Wah, kita akan bercuti lagi nampaknya. Bertuah sungguh menjadi rakyat Malaysia yang kaya dengan cuti. Adakah istilah cuti untuk aku? Ahh....apa-apa pun, aku pun nak tumpang bercuti. Apa lagi, balik kampung la.

Jadual perjalanan:
23 Feb, 5 petang - bertolak ke Taiping (my hubby ada test pulak 24 Feb ni)
24 Feb, lepas selesai test, bertolak ke utara (nak singgah di Kedah sat, jengok mama dan kakak. Destinasi seterusnya ke Perlis (kampung my hubby)
25 Feb - ambil cuti......
28 Feb - ada kenduri kawan dan bertolak balik ke Perak.

Ramai antara kita kurang ambil perhatian tentang tarikh penting ini dan hanya tahu 26hb, cuti! Cuti apa? Maulidurrasul.

Apa itu Maulidurrasul? Maulidurrasul iaitu tanggal 12 Rabiulawal merupakan hari kelahiran junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW. Pelbagai acara bakal diadakan bagi menyambut kedatangan tarikh tersebut, antaranya ialah bacaan Al-Quran, Merceritakan sirah Nabi, berselawat ke atas Nabi, nasyid bertemakan kelahiran Nabi, kenduri, perarakan dan pelbagai lagi sambutan diadakan samada di kampung-kampung, surai, masjid dan sekolah-sekolah.

Sambutan di peringkat sekolah sememangnya meriah.
Masa sekolah dulu, aku tidak melepaskan peluang untuk mengambil bahagian menyertai kumpulan nasyid sekolah. Suara bukanlah sesedap mana pun tapi sekadar suka-suka bagi memeriahkan suasana dan inginkan pengalaman untuk berada di atas pentas.

Selain itu, ada pelbagai pertandingan yang dipertandingkan seperti Menulis Khat, Sajak, Pertandingan Azan dan banyak lagi acara keagamaan. Aku merupakan wakil sekolah di peringkat Zon Kuala Muda antara sekolah-sekolah Agama Negeri Kedah yang mendapat tempat ke dua dalam acara menulis Khat. Masa tu bangga sangat sebab terpilih dan dapat sijil lagi walaupun tulisanku tak la sehebat mana. Tapi Pihak sekolah tu tersilap bagi sijil (untuk tempat ketiga), nak buat macam mana, terima je la.



Bait-bait lagu yang masih ku ingat........

Tercipta satu lembaran sejarah,
Di tanah suci Kota Mekah,
Hari yang mulia penuh saadah,
bermulalah sebuah kisah,

Malam Isnin hari yang indah,
12 Rabiulawal yang cerah,
20 April tahun gajah,
lahirlah zuriat yang saadah.

Abdullah nama bapanya,
Siti Aminah ibunya,
riang gembira menyambutnya,
lahir putra yang utama.

Tercipta satu lembaran sejarah,
Di tanah suci Kota Mekah,
Hari yang mulia penuh saadah,
bermulalah sebuah kisah,

Malam Isnin hari yang indah,
12 Rabiulawal yang cerah,
20 April tahun gajah,
lahirlah zuriat yang saadah.

Muhammad nama di beri,
gelaran yang terpuji,
Nikmat Illahi sama disyukuri,
trima Putra yang berbakti.....
Ranking: 5
 
© TERATAK USANG All Rights Reserved