Pada suatu hari di tahun 60an ada satu perkampungan di Utara Malaya. Kampung ini tiada bekalan air dan elektrik. Di kampung itu ada satu keluarga yang miskin. Awang dan ibunya, Cik Kiah.
Menyedari mereka miskin, Cik Kiah selalu memotivasi anaknya supaya belajar betul-betul utk masa depan yang lebih vogue dan anggun.
Apabila menyedari kemiskinan yang ada dan berkat usaha dan kesabaran, Awang telah berjaya di dalam pelajaran. Dengan kelulusan yang ada, Awang telah berjaya dapat keja dengan kerajaan tapi masalahnya tempat kejanya jauh di Pulau Pinang. Sayu hati Awang hendak meninggalkan Cik Kiah keseorangan. Yalah, takut juga nanti ada orang tackel mak dia.....sapa susah? Dia juga nanti yang susah, tiba-tiba dapat bapa tiri...
"Mak, bulih ka Cek pi keja kat Penang tu?", kata Awang. "Cek risaulah kat mak" sampuknya lagi.
"Laaa, kalau kat mak hang nak risau tak payah la, mak tau la nak jaga diri mak. Kalau setakat makan pakai tu bukan mak tak tau nak buat, hang pi la, untuk masa depan hang gak," balas maknya. "Lagipun bukan senang ooooo nak dapat keja
dengan gomen, hang carilah satu kampung mana dapat, hang ni kira cempian
oo" kata ibunya bangga.
" T.Q mak, Awang janji tak kan lupakan mak, kalau free free tu Awang akan bawak mak pi sana," janji Awang pada ibunya.
Maka dengan perasan sedih Awang pun berangkatlah ke Pulau Pinang. Di sana, kerajaan
ada sediakan tempat tinggal (kuarters) untuk Awang. Berbeza dengan keadaan di
kampung, segala infrastruktur yang lengkap memang terdapat di kuartes tersebut.
"Wah selesanya" kata Awang. "Aku mesti bawak mak aku mai sini tunjuk sikit kesofisikated tempat ni" bisik Awang.
Setelah sebulan di perantauan, Awang pun balik ke kampung. Balik bercuti. Sampai saja di rumah, ibunya melompat-lompat tengok anaknya dengan dressing yang agak moden dan bergaya over (culture shock la ni).
Kerinduan Awang pada ibunya pun terubat setelah bertemu.
"Mak, syok la dok kat Penang, macam-macam ada. Mak tau dak, kat sana kan ada
ayaq dalam besi dan paling canggih ada api dalam kaca," kata Awang mengklentongkan (tipu) mak dia.
"Apa dia? ayaq dalam besi, api dalam kaca? Awang oi hang bawak la mak pi tengok teringin sangat mak nak tengok benda-benda takjub macam tu," kata mak dia tergedik-gedik dan sugguh-sungguh.
Maka esoknya berangkatlah Cik Kiah dan Awang ke Pulau Pinang. Seronoknya Cik Kiah tak terkata maklumlah tak pernah ke Pulau Pinang sebelum ni. Dalam perjalanan, macam macam yang ditanya oleh Cik Kiah kat Awang. Sampai temonyeh-monyeh Awang jawab pertanyaan ibunya. Sesampainya di rumah, tercangak-cangak Cik Kiah bila berada dalam rumah Awang, ada radio, ada kusyen dan sebagainya.
Woih, memang seperti yang pernah di cerita oleh Awang, memang canggih, tak pernah segala kecanggihan tu ada kat kampung depa. Bangga la Cik Kiah dengan semua benda-benda tu. "Balik nanti bolehlah aku habaq kat semua org kampung" bisiknya.
"Eh Awang, hang kata nak tunjuk kat mak ayaq dalam besi, api dalam kaca, mana dia ?" bentak Cik Kiah yang sekali lagi tergedik-gedik.
"Ni ha dia api dalam kaca tu" sambil menekan suis lampu dan lampu kalimantang dalam rumah tu pun menyala.
"Eh baik-baik satni meletup pulak kaca tu," kata Cik Kiah dengan nada yang takut-takut tapi terpesona.
"Eh dak aih, mana buleh meletup, api ni memang depa design dok dalam kaca, la ni mak tak payah susah-susah pasang pelita bila malam," kata Awang meyakinkan ibunya. Kini tanda tanya Cik Kiah tentang api dalam kaca sudah terjawab.
"Memang aku nak canang satu kampung nanti dengan penemuan benda ni," kata Cik Kiah dalam hati sambil membayangkan muka jirannya Piah, Timah, Senah dan lain-lain yang pasti akan terpegun den terkezutt nanti.
"Awang oi...tu baru api dalam kaca, ayaq dalam besi mana pulak?," kata Cik Kiah tak sabar-sabar.
"Tu ha, ayaq dalam besi tu" tunjuk Awang kepada satu kepala paip dalam toilet rumahnya.
"Oh ayaq dok dalam besi ni, jadi tak yah la mak susah susah cedok ayaq kat telaga noo??" kata Cik Kiah semakin bangga. Bertambah lagi lah modai nak bercerita pada jiran-jiran kampungnya nanti.
"Eh mak, Cek lapaq la, la ni Cek nak pi kedai sat beli makanan, mak dok sat, sat ni cek balik la", kata Awang.
"Tak pa la, pi lah, mak pun nak sembahyang ni" jawab Cik Kiah.
Setengah jam kemudian baliklah Awang dengan bekalan makanan. Masuk saja dalam rumah di tengoknya mak dia sedang relex saja.
"Ha, mak dah sembahyang ka?", tanya Awang.
"Dah", jawab Cik Kiah. "Ni nak tanya hang satu benda ni, awat telaga kat rumah hang ni kecik sangat? Tadi payah betui mak ambik ayaq sembahyang tau?," tanya Cik Kiah lagi.
"Telaga? mana ada telaga dalam rumah macam ni? Kat kampung kita ada la", tanya Awang.
"Ni apa dia? bukan ka tu telaga kecik? cuba hang pebesaq sikit telaga tu taklah payahla mak ka, hang ka, nak ambik ayaq nanti" kata Cik Kiah sambil menunjuk kearah mangkuk tandas dalam toilet rumah Awang.
La Usurpadora.. . Awang seakan-akan terpengsan bila mendengar penerangan ibunya. Rupanya dia lupa memberitahu ayaq dalam besi tu kena pulas kepala paip tu dulu taklah mak dia cedok ayaq dalam "telaga kecik tu"
uwaaaaaaa.