Al-Kisah.....pada zaman dulu, burung pungguk bersahabat baik dengan bulan. Ke mana saja bulan pergi, pungguk tetap setia di sisi bulan. Suatu hari, bulan berpesan pada pungguk supaya jangan ke mana-mana jauh daripadanya. Tetaplah setia menunggu walau ia tidak kelihatan. Jika si pungguk turun ke bumi, ia tidak boleh lagi naik setinggi bulan.
Tetapi lain pula halnya dengan pungguk, ia tetap berdegil dan tidak endahkan pesanan bulan kerana terkenangkan betapa harumnya bunga melur. Pada satu malam, burung punggut ternampak cahaya putih di bumi seakan-akan sepohon bunga melur yang mewangi. Tanpa berfikir panjang dan terlupa akan pesan bulan, si burung pungguk tetap turun ke bumi lantas menuju ke cahaya putih yang dilihatnya dari atas tadi dan di sangka bunga melur. Rupa-rupanya, hanya hampas kelapa.
Betapa hampanya si burung pungguk kerana cahaya putih tersebut hanyalah hampas kelapa yang di buang orang. "Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna".
Si burung pungguk tidak dapat lagi berdamping di sisi bulan kerana setinggi manapun ia terbang, bulan tetap tinggi di awan.
Oleh itu, ketiap kali bulan mengambang, pastinya si burung pungguk akan berbunyi sayu kerana terlalu rindukan bulan.
Moral of the story:
Jika kita memiliki seseorang, sayangi dan kasihi lah seadanya. Sekali kita melepaskannya atau mengabaikannya...dia mungkin tidak akan kita miliki lagi.
5 comments
betol..hargai apa yg kita ada..bersykur atas segalanya...
pernah dgr masa kecik2 dulu..tp x igt n mana nk ingat..bdk2 lg masa tu..
yup2...masa ada x nk hargai..
Aku cabut lari bila burung tu tengok aku semacam jer.
assalamualaikum..
saya telah diadvice oleh cikgu nescafe utk bertanyakan tentang ni Permudahkan balasan setiap komen (reply comment) dengan fungsi Threaded Comment kat sini http://tinyurl.com/y8je39x
saya punya komen suma jd double. kat mana yg tak kena ek?
waaa~ amat terasa dgn cerita ni..
masuk dlm hati terus..
*sedih teringat kat seseorg.. harap sgt2 dpt bersama balik..
Catat Ulasan
Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini