Memaparkan catatan dengan label Buffered earning. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Buffered earning. Papar semua catatan

Rahsia Buffered Earning Nuffnang

on Isnin, Julai 09, 2012

Assalamualaikum,
Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia.


Syukur, Alhamdulillah. Ada rezeki bertandang walaupun tak banyak. Sekarang ni sudah bulan Julai. Selama 7 bulan, duit dari BE belum pun mencecah RM100. Entah bila Nuffnang bagi Buffered Earning, aku pun tak sedar. Tiba-tiba saja ada 3 dan satu di antaranya sudah ada hasil walaupun tak banyak mana.

Itu sahaja untuk up date hari ni. Masih dalam mood malas.

Akibat Tidur Lewat

on Ahad, Mac 21, 2010



Dua tiga hari yang lepas aku tak dapat nak update blog dan blogwalking kerana keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan. Kalau tak silap aku, hari Rabu lepas (17 Mac 2010) Iklan Nuffnang muncul dari awal pagi hingga menjelang subuh. Seperti biasa aku klik la iklan tu dan tanpa disedari , jam dah menunjukkan ke angka 4 pagi........Alamak, terlebih sudah. Siapla kena marah kalau my hubby tau aku masih online hingga menjelang subuh. Nasib baik dia dah tidur nyenyak.

Tapi teramat malang bagi diriku.......Betul kata orang, kesihatan harus di jaga. Keesokkannya, bila aku terjaga.....masih ok lagi. Tapi lepas saja aku siap sediakan lunch, kepalaku dah mula tunjukkan tanduknya......tanduk ke? Kepala aku dah berdenyut-denyut semacam je. Sakit sangat-sangat, kesakitan yang tak pernah aku rasa sebelum ini. Lebih kurang macam migrain kot, aku pun tak pernah kena migrain lagi jadi aku agak-agak je la.

Aku yang sebelum ni malas nak makan ubat, malas nak jumpa Doktor akhirnya terpaksa akur juga untuk ke klinik kerana kesakitan yang tak sanggup aku tanggung. My hubby pun hairan, sebelum ni bukan main liat lagi nak ke klinik kalau selsema, batuk atau demam. Tapi kali ni, sekali suruh siap, cepat je aku siap tanpa banyak tanya dan tanpa banyak alasan. Nak gerak kepala sikit pun dah terasa sakit. Dan yang paling menyakitkan apabila aku bersin. Terasa macam nak tercabut otak. Tak sanggup lagi rasanya aku nak melalui saat-saat macam tu lagi. Disebabkan kesakitan tersebut, segala pinggan mangkuk, periuk belanga, kain baju yang bertimbun-timbun tidak di basuh terus bertimbun-timbun.

Sebagai pengajaran (padan muka aku, tak nak dengar cakap suami) kerana tidur lewat dan mungkin tidak cukup tidur, aku sudah serik untuk berjaga hingga jam 3-4 pagi. Aku dah tak sanggup lagi untuk menggadaikan masa tidurku demi Nuffnang semata-mata. Biarlah secara ala kadar sahaja. Alhamdulillah, sekarang keadaanku dah beransur pulih.

Apa Maknanya ni, Buffered ke?

on Selasa, Mac 16, 2010

Assalamualaikum...

Pagi ini aku kembali bersemangat untuk melangkah dan meninggalkan jejak dari satu blog ke blog yang lain kerana terasa terlalu lama tidak menjengah dan membaca perkembangan terbaru blog kawan-kawan walaupun hanya 3 hari tidak buat blogwalking.

Betapa jelousnya hatiku (tumpang gembira juga untuk kawan-kawan dan terus bersemangat serta berdoa moga-moga aku akan dapat juga suatu hari nanti, InsyaAllah) bila ramai kawan-kawan yang dah dapat buffered earning. Antara yang sempat aku senaraikan, blog black_mel, Bluedianthus, Razis dan beberapa blog yang aku dah terlupa urlnya. Bila lah agaknya aku dapat merasa buffered earning di blog sendiri?

Memandangkan entry Nuffnang memang gempaq, tak ada seorang pun yang tak baca kalau sebut pasal Nuffnang (sekadar teori aku je ni). Mesti kebanyakkannya akan baca walaupun secara rawak (Ada ke istilah baca secara rawak?). Aku pun baca la kot-kot terjumpa tips-tips yang diselitkan oleh blogger untuk mendapatkan buffered tersebut.

Oleh kerana ramai kawan-kawan yang dah dapat buffered earning, aku pun dengan sedihnya (sebab belum dapat apa-apa lagi), buka akaun Nuffnang dan update la survey. Mana lah tau kalau-kalau ada rezeki aku pulak lepas ni. Kemudian aku pun check la earning pagi ni (semalam pun check jugak, tiap-tiap hari la aku check kalau aku online).........

Tiba-tiba ada satu benda pelik kat screen ruangan earning. Apa benda ni? Tak pernah pun aku tengok sebelum ni. Terkejut juga. Pada semua kawan-kawan dan tetamu Teratak Usang, tolong la aku untuk menafsir benda pelik ini. Aku kurang arif walaupun dah hampir 5 bulan teratakku bertapak di alam maya ini.

Ni la benda pelik yang aku maksudkan.


3 Hari Tanpa Internet.

on Selasa, Mac 02, 2010

Assalamualaikum...

Dah dua hari aku balik ke Teluk Intan. Masa di Kampung, sempat juga guna stremyx. Bila balik mai sini, broadband pula masuk ayaq....(dah 2 bulan tertangguh). Selama tu juga hatiku tak tenang memikirkan encik Nuff. Ya la, aku bercuti dari blogwalking dan secara tak langsung, graf pun menurun.

Malu aku nak tunjuk tapi ni la hasilnya selama aku bercuti....



Nampak gayanya tak berpeluang aku nak dapat buffered earning kalau selalu saja bercuti kan. Walau apa pun, ribuan terima kasih pada sesiapa yang sudi klik. InsyaAllah, aku akan jejak kembali.

Hari ini baru aku berkesempatan untuk menyelesaikan segala urusan. Letih juga bekejar ke sana ke mari. Mula-mula, cari ikan dan bahan mentah di market. Lepas tu ke bank, sebelum tu sempat juga tawaf 3 kali pusing pekan Teluk Intan untuk cari tempat parking. Selesai urusan di bank baru la aku ke celcom. Selama ni apa-apa urusan bil, aku online je tapi kali ni kena juga keluar rumah. Alhamdulillah, semuanya dah selesai.

Aku Sudah Kembali...

on Rabu, Februari 17, 2010

Assalamualaikum....

Hari ini semua orang dah kembali dari bercuti untuk memulakan tugas-tugas harian seperti biasa walaupun ada yang menyambung cuti. Aku ingatkan cuti kali ni aku hanya akan mengadap laptop seperti biasa kerana menurut suamiku, dia terpaksa standby demi tugas.

Tanpa ku duga pada pagi ahad lepas, my hubby balik saja dari kerja terus suruh aku berkemas kain baju untuk bekalan selama 2 hari dan destinasi yang bakal dituju adalah suprise!!!

Dalam kegembiraan untuk pergi bercuti, ada juga saat-saat kesedihan kerana aku tidak dibenarkan membawa laptop bersama. Maka, terpaksa la juga aku bercuti dari berblogging dan berpisah sekejap dengan temanku ini selama beberapa hari demi suami tercinta.

Graf bar nuffnang pun dengan rancaknya terus turun dengan menjunam dan meluncur laju tanpa ada brek lagi. Tak ada peluang la aku nak dapat buffered earning...

Cuti kali ini kami menuju ke selatan tanah air. Tahu la aku ke mana akan kami tuju. Rumah kakak ipar. Destinasinya adalah Pasir Gudang, Johor. Baru memandu sekerat jalan, suamiku dah mengantuk. Nasib baik, aku boleh memandu. Dari Teluk Intan ke Rawang, berhenti sekejap untuk bertukar tempat. Aku memandu sehingga ke Manchap, Alhamdulillah tiada kesesakan yang kritikal. Hanya ada 2 kesesakan yang aku jumpa. Bas rosak dan kereta rosak.


Hari kedua dengan 3 biji kereta berkonvoi, kami pergi berkelah di Batu Layar, Kota Tinggi. Nak menginap di Chalet, semuanya penuh. Terlalu ramai orang yang mengambil peluang cuti ni untuk bersama keluarga. Jadi petang tu juga kami bertolak balik ke Pasir Gudang. Tiada apa yang menarik untuk diceritakan. Sekadar mandi laut sahaja.




 
© TERATAK USANG All Rights Reserved