Hari ini semua orang dah kembali dari bercuti untuk memulakan tugas-tugas harian seperti biasa walaupun ada yang menyambung cuti. Aku ingatkan cuti kali ni aku hanya akan mengadap laptop seperti biasa kerana menurut suamiku, dia terpaksa standby demi tugas.
Tanpa ku duga pada pagi ahad lepas, my hubby balik saja dari kerja terus suruh aku berkemas kain baju untuk bekalan selama 2 hari dan destinasi yang bakal dituju adalah suprise!!!
Dalam kegembiraan untuk pergi bercuti, ada juga saat-saat kesedihan kerana aku tidak dibenarkan membawa laptop bersama. Maka, terpaksa la juga aku bercuti dari berblogging dan berpisah sekejap dengan temanku ini selama beberapa hari demi suami tercinta.
Graf bar nuffnang pun dengan rancaknya terus turun dengan menjunam dan meluncur laju tanpa ada brek lagi. Tak ada peluang la aku nak dapat buffered earning...
Cuti kali ini kami menuju ke selatan tanah air. Tahu la aku ke mana akan kami tuju. Rumah kakak ipar. Destinasinya adalah Pasir Gudang, Johor. Baru memandu sekerat jalan, suamiku dah mengantuk. Nasib baik, aku boleh memandu. Dari Teluk Intan ke Rawang, berhenti sekejap untuk bertukar tempat. Aku memandu sehingga ke Manchap, Alhamdulillah tiada kesesakan yang kritikal. Hanya ada 2 kesesakan yang aku jumpa. Bas rosak dan kereta rosak.
Hari kedua dengan 3 biji kereta berkonvoi, kami pergi berkelah di Batu Layar, Kota Tinggi. Nak menginap di Chalet, semuanya penuh. Terlalu ramai orang yang mengambil peluang cuti ni untuk bersama keluarga. Jadi petang tu juga kami bertolak balik ke Pasir Gudang. Tiada apa yang menarik untuk diceritakan. Sekadar mandi laut sahaja.