Assalamualaikum,
Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia.
Projek seterusnya adalah beg galas belakang atau lebih dikenali sebagai backpack. Kali ini, backpack bertemakan tembikai.
Mesti ramai yang suka makan tembikai kan? Terutamanya jus tembikai ketika cuaca panas...perrrgh...
Jom tengok hasil kerastanganku.....
Model cilik menggayakan beg
Sebenarnya boleh buat pelbagai jenis tema beg seperti buah-buahan, binatang, kartun atau bermain dengan warna supaya beg yang dihasilkan nampak menarik.
Beg yang aku hasilkan ini tak la besar mana pun. Sekadar boleh isi buku latihan/ buku tulis atau buku nota yang pendek tu sahaja. Harganya bergantung pada saiz. Kalau besar ni, aku letak harga RM48 tanpa lining di dalam.
Kalau ada yang nak besar saiz A4 atau F4, harganya RM68, tidak termasuk kos pos. Kalau dekat, boleh C.O.D.
Aku hanya menggunakan benang local sahaja. Kalau nak tempah benang import pun boleh, cuma harganya mahal sikit dari benang biasa.
Jika ada yang berminat untuk menempah, boleh sms/whatsapp aku di 0175516307 atau pm/inbox di www.facebook.com/izaarm. Boleh juga menjamu mata di Kedai Online aku di www.crochetproducts.com.my.
Jangan takut untuk membuat tempahan atau membeli secara online kerana perniagaanku berdaftar dengan SSM dan telah mendapat bantuan dari GMBO.
Jumpa lagi di lain projek.
2 comments
Cantik, untung ada kebolehan mengait
@Lydia Miza
Terima kasih...
Kagum juga dengan LM, ada kebolehan memasak, membaking, kenyang perut..
Catat Ulasan
Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini