Assalamualaikum,
Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia.
Beg paling besar pernah aku buat iaitu Granny Striped Bag. Walaupun ini beg paling besar tapi saiznya adalah saiz sederhana. Muat untuk isi kain telekung.
Tempahan dari seorang pelanggan untuk dihadiahkan kepada ibunya.
Warna beg adalah pilihan pelanggan sendiri, menggunakan benang local dan juga handle daripada buluh. Terdapat lining/ alas di dalam beg dan sedikit hiasan bunga yang ringkas.
Contoh beg, boleh rujuk sini http://www.ravelry.com/projects/lizacorrea/29-210-44-striped-bag
Aku mengambil masa 4 hari untuk menyiapkan beg GS ni. Walaupun nampak senang tapi sukar juga untuk menyiapkannya. Kadang-kala kemalasan, kejemuan melanda.
Harga beg ni RM90. Mahal kan?
Memang la mahal. Beg ini bukan dijahit dengan mesin tetapi 100% buatan tangan. Daripada selembar benang, dikait menjadi sebuah beg. Alas di dalam juga dijahit menggunakan tangan. Begitu juga dengan handle atau pemegang beg.
Hanya orang yang tahu menghargai hasil seni kait sahaja akan sanggup membayar harganya. Kalau ada pelanggan yang nak lagi murah dari harga tersebut, boleh saja. Boleh beli benang, jarum, lining, handle dan kait sendiri. Pastinya lebih jimat.
Jika ada yang berminat untuk menempah, boleh pm/inbox/sms/whatsapp/wechat, email dan apa sahaja medium yang ada untuk hubungi aku. Sila lawati page fb di www.facebook.com/izaarm. Ada banyak lagi produk kait dan pilihan warna yang ada. Boleh juga layari laman web aku di www.crochetproducts.com.my
2 comments
Salam.
betul tu..rm90 bknnya mahal kualiti yg penting.
@yusuflaili(Goku)
Wsalam..
Tapi tak ramai yang fikir macam tu..
Catat Ulasan
Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini