Assalamualaikum,
Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia.
Seronok tengok rakan-rakan blogger dengan entri blog masing-masing di samping dapatkan trafik sebanyak mungkin. Rasa macam tak ada masa nak up date blog.
Beberapa minggu lepas, aku jalankan 3 projek mengait sekaligus. Antaranya beg seperti di bawah ni, topi sempena contest CAL yang sedang berlangsung dan baby dress/ baby cardigan (masih belajar selok-belok buat cardigan baby) dan projek sampingan iaitu KUTU Granny Square.
Apabila jari-jemari sibuk pegang jarum dan benang, tak sempat lagi nak menari-nari di atas keyboard. Beg ini merupakan beg ke 2 yang aku kait. Belum letak lining, zip atau magnetic button lagi (tapi ada hati nak try buat beg versi lain pulak-tamak)
Aku juga ada wujudkan page khas untuk crochet di sini http://www.facebook.com/pages/Iza-Arm-Crochet-Seni-Mengait-Jarum-Satu/500471746647323
Bila sudah jatuh cinta dengan benang, rasa nak beli saja semua benang yang cantik-cantik buat koleksi.
7 comments
Cantik bag kait. Ada pasang inner didalam bag?
Terima kasih. Ya, akan di pasang sebab bag ni dikait jarang2.
tp kan..kalo kombinasi fabrik atau kulit dan kait rasanya mcm lebih menarik.. :)
Ya, betul tu...
next projek mungkin...
Ya, betul tu...
next projek mungkin...
serius. memang lawalah beg kait ni. :)
Terima kasih..yg ni versi malas, biasa2 je tu..
Catat Ulasan
Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini