Assalamualaikum,
Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia.
Aku tak pandai nak terang tentang Google Snippet ni. Yang aku tau, ikuti tutorial ni, bila taip nama blog di enjin carian Google, akan keluar la seperti di bawah. Siap ada gambar profile lagi. Ia ada hubungkait dengan SEO dan Google Plus. Kalau nak tau lebih lanjut, boleh cari maklumat tentang Google Snippet ni. Selalunya tutorial yang aku baca kat blog lain hanya dinyatakan caranya sekerat jalan tak aku kurang faham tapi tutorial ini berjaya menambat hatiku.
Tutorial ni aku buat untuk diri sendiri kalau-kalau nak tukar template sekali lagi, boleh la jadikan panduan atau rujukan. Kalau ada sesiapa yang belum buat, boleh la try. Sumber tutorial dari Shah Blogger [http://www.forblogger.net]. Menurut Shah, tutorial Google Snippet bergambar ini menggunakan atribut rel author dan rel me yang perlu kita tambah pada link secara manual.
Terdapat 3 langkah mudah, iaitu:
1. Buat entri About Me atau Author. Kalau sudah ada, boleh edit sahaja. Dalam entri About Me atau Author cuma perlu 1 link menuju ke Profile Google Plus 1 dan ditambah atribut rel="me" pada link. Contoh link aku dalam Author.
<a href="https://plus.google.com/u/0/104071834169933144259" rel="me">Iza </a>
2. Google Plus 1 Profile. Tutorial ni, ramai yang ada ajar. Terutamanya Bro AriffShah dalam blog Denaihati.com. Dari Profile Google Plus 1, masukkan link About Me atau Author di atas.
Buka akaun Profile Google Plus 1, klik edit profile dan klik contributor to dan masukkan link entri Author atau About Me tadi. Klik done editing. Maka selesai lah langkah ke dua.
3. Setiap single post, mesti ada link menuju entri About Me. Langkah terakhir adalah setiap single post entri yang terdapat di blog kita hendaklah ada link menuju ke post "about me" kita dengan di tambah atribut rel="author" pada link. Cara mudah adalah letak link ke entri about me di menu navigasi atau sidebar dan tambah sahaja rel="author" pada link tu nanti.
Struktur link hendaklah di tambah rel="author" secara manual. Contoh link aku pada menu navigasi yang di tambah rel="author"
<a href='http://www.teratakusang.com/2012/04/author.html' rel='author'>Author</a>
Selesai sudah tutorial Google Snippet.
Tips:
Kalau nak check berjaya atau tidak, gunakan tool test snippet google webmaster di link [Rich Snippets Testing Tool]
Selamat mencuba.
19 comments
Dulu dah berjaya sekejap tapi Google tarik balik pasal nama tak betul dan gambar bukan manusia kot. Hahahaha....
hohoho.. tahniah sis..
aku ni masih menunggu durian tak runtuh2.. har3
sharing is caring :)
tuto yg baguds nih...masih ramai lg yg pening dgn g snippet nih...
Terimakasih Kawan,tutorialnya sangat bagus dan sangat berkesan dihati saya, segera diujicobakan,Salam Dari Blogger negeri Jiran..
Does it work for Wordpress users?
Aku masih gagal buat ni
Berbelit je rasa dan tak sempat beri tumpuan
Tapi aku akan buat lagi nanti bila ada kesempatan
Thanks
kene guna cara yg lain utk wordpress.. :)
Saya dah buat tapi lambat sangat nak approve pacek google ni :(
pening kepala...
err... apa kelebihan kalau buat macam ni?
saya tengah menunggu hasilnya..
entah jadi entah tidak..
Kira okaylah sudah mendapat Google Authorship untuk blog. Selepas ini setiap artikel blog ini akan ada gambar pemilik blog.
salam,,
yang nombor 3 tu x jadilah...mcm mana ek?huhu..jenuh dah ejas ;(
W'salam..
Kena edit di code html rel="author" tu..
dah buat tapi failed...
huhuhuhu
6. [url=http://www.mulberryhandbagssale.co.uk]Mulberry ooutlet sale[/url] All the research I did show it took 2-3 years for the body to clear the virus. [url=http://www.goosecoatsale.ca]canada goose[/url] Hbckffuil
[url=http://www.pandorajewelryvip.co.uk]pandora outlet[/url] Zecofguaj [url=http://www.officialcanadagooseparkae.com]canada goose outlet[/url] lvulqbwax
ermmm.... pening le main coding2 ni...
Hello. And Bye. Thank you very much.
Catat Ulasan
Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini