Maybank Gold Investment Account

on Isnin, April 23, 2012

Assalamualaikum,
Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia.

Sudah lama aku berangan-angan untuk membuka akaun simpanan emas. Nak beli emas fizikal, tak pandai. Kalau barang kemas tu boleh juga pakai. Kalau beli emas fizikal pun kena simpan kat bank juga kan. Tak berani juga nak simpan kat rumah. Cara paling mudah, buka buku akaun simpanan emas.

Sebelum ni ada juga survey samada nak buka di Public Bank atau Maybank. Rasanya Public Bank lebih baik dari Maybank tapi tak mampu pula nak beli sampai 10 gram sebagai permulaan. Kalau di Maybank, 1 gram pun dan boleh beli. Aku katakan Public Bank terbaik kerana aku ada terbaca satu info tentang harga belian dan jualan emas di Maybank bezanya RM7 jika dibandingkan dengan Public Bank jauh lebih rendah. 

Memandangkan emas di Maybank boleh dibeli dengan hanya 1 gram minimum, maka aku pun buka akaun emas di Maybank. Dari pembacaanku dan perbandingan harga semasa, harga emas sekarang ini masih lagi rendah dan sesuai untuk membeli emas kerana harga emas dijangka naik pada bulan hadapan.

Aku melabur dalam akaun emas ni ketika harganya RM165.26 untuk 1 gram. Kelmarin harganya naik sikit menjadikan RM165.73 untuk 1 gram. Rasa senang hati bila hajat yang dah lama aku pendam tercapai. Bukan senang untuk aku ke bank dalam keadaan sekarang. Bila dah terpaksa ke bank, aku ambil kesempatan ini untuk membuka akaun emas. Puas hati aku.
Tanpa pengetahuan sesiapa, tercapai juga hasrat aku tu. Kalau hubby terbaca entri ini, sebenarnya dah lama aku simpan duit tu khas untuk buka akaun emas. Duit untuk buka akaun emas datang dari beberapa sumber, antaranya duit hadiah di hari perkahwinanku 6 tahun lepas, sedikit keuntungan jualan pad herba Avail Beauty, duit yang aku jumpa dalam poket seluar atau baju uniform hubby ketika nak membasuh dan duit RM1 sehari yang aku ambik beberapa tahun lepas dari wallet hubby. Tahun ni aku dah tak buat operasi RM1 sehari lagi. Rasa macam penat la kumpul RM1 sehari. Jangan marah ye hubby sayang!!

Masa aku bawa keluar duit, terkejut kerani bank tu tengok duit RM1 bertimbun-timbun kat kaunter tu. Dia tarik muka sekejap time nak asingkan duit-duit tu. Tak mengapa la, aku tak ambik hati pun, mesin kira kan ada.hehe..

Mudah juga nak buka akaun simpanan emas ni. Mula-mula bagi MyKad kat kaunter. Bagitau nak buka akaun emas. Kerani akan isi semua borang yang diperlukan, kita hanya tinggal sign sahaja beberapa dokumen (perjanjian kot) dan borang. Kerani akan buka satu buku akaun Maybank Gold Investment Account macam kat atas tu. Kita bawa buku tu ke kaunter lain untuk membeli emas dan menyerahkan buku akaun beserta duit secukupnya berdasarkan harga emas semasa.

Akan tercetak la RMxxx.xx (harga 1 gram) dan berapa gram yang kita beli. Selesai. Bayaran RM10 dikenakan untuk duty setem. Kalau belum ada buku akaun Maybank, tak pasti pula samada kena buka dulu atau tidak. 

Nak tau harga emas semasa boleh check sini Maybank dan Public Bank

Kalau ada rezeki, aku tak nak jual emas tu sehingga cukup jumlah yang diperlukan. Kalau boleh, aku nak simpan sehingga aku boleh tunaikan Haji bersama keluargaku suatu hari nanti, InsyaAllah.
Ranking: 5

31 comments

23 April 2012 pada 1:27 PG

salam..
ermm..masih berkira-kira nak buka akaun
tak nampak emasnya tu yang buat masih
tertangguh-tangguh..he he

23 April 2012 pada 8:58 PG

salam;
adik-bersdik aku ramai dah pakat beli saham mas ni kat bank,tapi aku masih berfikir lagi..

23 April 2012 pada 9:01 PG

wah. hebat.

23 April 2012 pada 9:09 PG

kena tanya bank tu bang zul bila nak keluar dia benarkan keluarkan dalam bentuk emas fizikal tak? kalau boleh, tu maknanya bank tersebut ada emas fizikal. kalau tak ada emas fizikal, jatuh haram hukumnya. kalau tak silap sayalah. kalau salah, mohon betulkan.

23 April 2012 pada 10:12 PG

Salam.
Kena baca balik blog-blog Ustaz internet pasal pelaburan emas melalui akaun bank macam ni. Kita tak pegang emas tersebut dan akaun kita tidak bersandarkan pada emas, hanya beli berdasarkan pasaran emas. Ada yang mengatakan ianya haram dan tidak berlandaskan agama Islam.

23 April 2012 pada 12:30 PTG

Salam,

Hukum pelaburan boleh jadi haram kalau bank takde stok emas fizikal time kita nak keluarkan emas tu. Contohnya kita beli emas bernilai RM100 ribu, bank tu sepatutnya boleh bagi kita emas fizikal dalam nilai tu, masa tu jugak dan bukannya kena tunggu beberapa hari.

Boleh baca blog Ustaz Zaharuddin berkaitan hukum akaun pelaburan emas nie.

23 April 2012 pada 2:31 PTG

@nizamsani

Saya pun mendengar perkara yang sama. Apabila buat penebusana ia mestilah mendapat didalam bentuk emas.

23 April 2012 pada 2:33 PTG

Usaha yabg baik membeli emas cuma kebanyakkan komen didalam entri ini, simpanan buku emas mesti bersandarkan emas. Cuba buat semakan simpanan buku emas ini mendapat kelulusan Syarak.

23 April 2012 pada 3:28 PTG

Terima kasih atas komen di atas.
Aduh...
Dah was-was la pulak. Nak buat macam mana ni? Kalau hukumnya haram, tak nak la. Nak kena tutup balik ke akaun tu?

23 April 2012 pada 4:09 PTG

@Iza Teratak Usang

Iza tanya dulu dengan pihak bank. Time nak keluarkan tu, kita akan dapat emas fizikal ke tak. Kalau ya, kena make sure bank sentiasa ada stok dan kita boleh keluarkan bila2 masa jer emas tu.

Nak senang, try mintak nak tengok emas Iza time2 tu jugak. Kalau takde, better tutuplah akaun tu :)

23 April 2012 pada 4:26 PTG

Aku kurang tahu hal halal haram ni
Duit pun belum ada nak buat pelaburan

23 April 2012 pada 6:03 PTG

teringin nak buka satu la.. buku pelaburan emas ini

23 April 2012 pada 8:42 PTG

baru rasa nak buka akaun esok, tapi bila baca komen2 terus pikir 4juta kali

23 April 2012 pada 9:31 PTG

http://www.zaharuddin.net/%C3%A2%C2%80%C2%8Bindex2.php?option=com_cont%C3%A2%C2%80%C2%8Bent&do_pdf=I&id=764

23 April 2012 pada 9:53 PTG

baik bli emas fizikal di kedai2 emas..sama jer iza..cuma susut skit sbb termasuk harga upah..

kalo nk start bli la cincin belah rotan..x der corak2 tp bli 999 jgn 916.. :)

24 April 2012 pada 1:58 PG

Salam,
aku bab-bab hukum pelaburan emas ni tak sempat baca lagi.. mungkin sebab belum terlintas nak buat pelaburan emas.

24 April 2012 pada 3:33 PTG

ramai cakap beli emas akan jadi haram jika masa kita beli tu kita tak nampak emas yang kita bayar.. sebab itu merupakan syarat jual beli emas.. emas kena ada dalam tangan kita masa beli, bukannya buku yang hanya penuh dengan cetakan tulisan.. bila tak nampak emas tu, hukum Islam mengatakan ianya haram.. kena tanya orang bank emas kita beli tu betul2 ada atau tidak.. mintak nak tengok, nak pegang sebab kita dah beli kan.. tu kita punya..

kalau nak buat pelaburan emas lebih lebih mudah beli emas fizikal atau barang kemas.. kemudian bawa ke ar-rahnu untuk simpan.. atau boleh simpan sendiri dalam peti besi kat rumah..

24 April 2012 pada 4:19 PTG

@Anarm
Tengah fikir tindakan selanjutnya...
Terima kasih.

26 April 2012 pada 11:33 PG

kalau was-was kena tinggalkan..
boleh dengar radio IKIM setiap petang Rabu..
ada dibincangkan Muamalat dalam Islam..

23 Mei 2012 pada 11:49 PTG

nice story..memang ada gak hajat nk labor dalam emas ni.tapi kena atur strategi..nk fizikal atau akaun bank..mana yang terbaik.?http://www.topupeasyreload.com

23 Mei 2012 pada 11:49 PTG

nice story..memang ada gak hajat nk labor dalam emas ni.tapi kena atur strategi..nk fizikal atau akaun bank..mana yang terbaik.?http://www.topupeasyreload.com

Tanpa Nama
3 Julai 2012 pada 12:02 PG

Maaf kerana mencelah... Cuba baca hukum beli emas... Beli emas tanpa fizikal adalah haram... Sekian...

3 Julai 2012 pada 1:12 PG

Ya,dah tau hukumnya dan dah tutup pun akaunnya.
Terima kasih.

22 September 2012 pada 5:11 PTG

maybank dah keluarkan akaun perak laa pulak...

Tanpa Nama
22 November 2012 pada 7:46 PG

Thanks bagi info...sy baru nk buka akaun...nasib bek tgk entri nie.... Harga emas mkn hari makin naik...dulu tk minat emas...sekarang nie gila emas dah..dari aku beli..baik aku buka akaun. Sy tak pakai emas di badan...

Tanpa Nama
3 Mac 2013 pada 4:30 PTG

[url=http://buyviagrapremiumpharmacy.com/#wuhjb]viagra online[/url] - buy viagra online , http://buyviagrapremiumpharmacy.com/#ydktn generic viagra

Tanpa Nama
3 Mac 2013 pada 5:55 PTG

[url=http://buycialispremiumpharmacy.com/#urpnm]buy cialis online[/url] - cialis online , http://buycialispremiumpharmacy.com/#csizo buy cialis

Tanpa Nama
8 Mac 2013 pada 11:40 PG

[url=http://viagraboutiqueone.com/#khirp]viagra 200 mg[/url] - cheap generic viagra , http://viagraboutiqueone.com/#rdtgg cheap viagra online

24 Ogos 2013 pada 11:24 PG

pasal hukum maybank gold acct.. boleh rujuk :-
http://zaharuddin.net/pelaburan-&-perniagaan/764-hukum-akaun-pelaburan-emas-di-bank-malaysia.html

bace sendiri yea.. ape yg sy faham, ianya halal..

sy pn telah bukak maybank gold acct..setelah study,sy dapati maybank yg terbaik atas sbb2:

kalu brg kemas,susut nilai sehingga 25%,
gold bar, susut nilai 13%
kalu maybank susut nilai 4% jer.
mmg ade bank lain yg lagi rendah susut nilai, tp minimum balance nak kene ade 10 gram plak dlm acct..
pastu maybank leh beli via m2u.. kan senang nk beli dan monitor.skian

21 September 2015 pada 6:34 PTG

Sy dah tanya kalau nak emas fizikal punya kena g public bank cawangan pulau pinang, makna nya boleh la tu

21 September 2015 pada 6:34 PTG

Sy dah tanya kalau nak emas fizikal punya kena g public bank cawangan pulau pinang, makna nya boleh la tu

Catat Ulasan

Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini

 
© TERATAK USANG All Rights Reserved