Proses Pengubahsuaian Sedang Dilakukan.

on Sabtu, April 14, 2012

Assalamualaikum,
Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia.

Blog aku bertukar wajah lagi. Biasa la kan. Kalau ada apa-apa yang tak puas hati, mesti gatal tangan nak edit sana sini. Aku sekadar mencuba template yang dikatakan mesra SEO ni. Kalau OK dari selalu, aku akan teruskan tapi kalau yang lama lebih baik, aku akan tukarkan semula ke template lama.

Template mesra SEO ni masih dalam percubaan. Aku tengah edit apa-apa yang perlu. Setiap template pasti ada kekurangan dan kelebihannya. Ada widget yang tidak berfungsi apabila dipasang pada template lama dan ada juga widget lain yang tidak berfungsi apabila di pasang pada template baru mesra SEO ni.

Aku pun berbelah bagi nak buat keputusan samada nak guna yang lama atau teruskan guna yang baru. Kalau yang lama hanya ada satu post sahaja di setiap page, boleh pasang widget untuk scroll bagi menjimatkan ruang dan ada reply komen yang menarik. Manakala template baru mesra SEO ni ada terpasang read more sedia ada, butang twitter, boleh pasang widget 3 serangkai tetapi tidak mempunyai ruang komen yang menarik dan tidak boleh pasang widget scroll. Dah pasang tapi tak berfungsi. Ke...aku nak kena cari template lain pulak.

Kalau dilihat dari kaca mata Doktor SEO, page rank flow susah nak hijau samada template baru atau lama. Aku hanya sempat snap setelah bertukar ke template baru sahaja.

Gambar kat atas ni aku snap ketika berada di post pertama. Ada dua benda yang merah. Tak tau mana satu nak buang atau tambah. Dan yang di bawah ni pula aku snap di muka surat pertama yang memaparkan ke semua kandungan yang berada di depan.

Tak dapat nak buat bandingan dengan template terdahulu, dah tukar sebelum sempat snap, mataku pun dah mengantuk pulak.

Mana satu yang dirasakan sesuai? Template lama atau baru? Yang mana lebih laju loadingnya? Masih dalam proses edit, try and error. Sebarang cadangan, kritikan dan penambahbaikan diterima. Silalah kemukakan segala usul di ruangan komen. Segala kesulitan amat dikesali. Sekian, terima kasih.
Ranking: 5

43 comments

14 April 2012 pada 1:12 PG

rasanya yg ni agak laju loadingnya. yg penting biar seo firendly & saya memang suka putih bersih cenggini hehe.. cantik :) btw, rasanya template lama selalu sukar nak masuk komen

14 April 2012 pada 1:55 PG

apa kata pakai wordpress, best

14 April 2012 pada 2:33 PG

mcm ni dah ok..cume kene ade border sikit la..page loading laju gak..

14 April 2012 pada 2:47 PG

setiap yang baru mesti ada kebaikan.. kena cuba dan cuba ..lama lama mesti mahir :)

14 April 2012 pada 3:24 PG

salam..
SEO sekarang makin pening..
kena pula banyak sangat
perubahan yang di buat
Google ke atas Blogspot
baru-baru nih..apa pun selamat
mencuba template baru

14 April 2012 pada 8:02 PG

salam;
Selangkah maju kedepan..

14 April 2012 pada 8:19 PG

Tahniah...akak baru nak menapak.

14 April 2012 pada 8:37 PG

wah... main seo.. mai ajar sikit aih~

14 April 2012 pada 9:34 PG

Bagus2... Tukau tempalte boleh naik SEO ye?

14 April 2012 pada 10:03 PG

Sekarang ini Google Snippet dan Google+ share button antara perlu diberi tumpuan untuk menbantu kedudukan SEO. Jik ramai yang kongsi butang Google+ ada peluang mendapat kedudukan 1st page.

14 April 2012 pada 10:33 PG

@akubiomed
Ooo..gitu ek? Tapi berapa kerat sangat orang nak klik G+ tu kan..

14 April 2012 pada 10:34 PG

@zool
Tak de la macam tu. Sekurang-kurangnya google dapat kesan site kita..

14 April 2012 pada 10:37 PG

@xDer
Ya ka? Terima kasih atas makluman tersebut.

14 April 2012 pada 10:38 PG

@Juan
Masih tak pandai nak guna WP dan masih tak belajar untuk guna WP tapi WP memang cantik.

14 April 2012 pada 10:39 PG

@shoutvoc
Border pulak ek? ok, thanks..

14 April 2012 pada 10:40 PG

@zulkbo
W'salam..
Tu la..kadang2 widget yg kita pasang pun boleh hilang atau tak berfungsi..

14 April 2012 pada 10:41 PG

@shahjiehan
Hahaha..tak main pun, cuma tukar template je..hehe..

14 April 2012 pada 11:43 PG

owh..dah berubah...saya kurang arif blogspot...

14 April 2012 pada 12:28 PTG

Saya tak pandai wp..

14 April 2012 pada 12:51 PTG

kadang kadang bila nak tukar memacam kat blog memang ada je yang tak puas ati rasanya..cuma yang paling penting sekali bila buat ubahsuai ni, kelajuan nak load page tu je paling utama..kadang kadang risau jugak kalo lembab sangat nak bukaknya, orang leh lari..sedangkan sendiri pun kalo bukak laman yang lambat nak bukak ni, babai je..hehehe

14 April 2012 pada 7:22 PTG

saya memang rasa susah sangat nak maintain seo ni. bila sesuatu keyword berada di first page, biasanya bertahan dalam 2-3 minggu aje..pastu hilang jauh kebelakang..saya pun dah tukar theme...harap ada perubahan pada seo la nak nya

14 April 2012 pada 7:52 PTG

sy suka template ni. .putih dan berkeyakinan., tp yg dulu tu sy krg pasti...baru nk berkenalan dgn blog ni...sy masukkan dlm blog list sy.

14 April 2012 pada 8:00 PTG

yang putih bersih macam ni nampak cantik :)

14 April 2012 pada 8:23 PTG

tapi rasa ini ada laju sikit..
ehehehe

14 April 2012 pada 9:21 PTG

Ruang komen tu boleh install instandebate..

14 April 2012 pada 9:28 PTG

selamat beruji kaji
pastinya aku memang suka yang cerah begini

14 April 2012 pada 9:37 PTG

template nih laju loadingnya, dan cantik..

15 April 2012 pada 12:03 PG

bagus.. banyak penambaikan dalam blog.. keep it up!

15 April 2012 pada 12:31 PG

Kira ada peningkatan tu ... template baru ni macam mesra 'mata' .... Benjy suka :D

15 April 2012 pada 10:36 PG

wah...nice2 iza..nnti bole belajar dgn ko..aku dh stop lama nak edit2 dgn internet slow mmg malas gila skrng nie..

15 April 2012 pada 1:29 PTG

mcm ringan skit.. :)

15 April 2012 pada 2:31 PTG

Ha ha ha..sama2 la kita blajar.aku pun try n error je..kalau tenit slow, memang sakit ati.

15 April 2012 pada 4:01 PTG

Salam, Iza..tahniah..hrp sukses..

15 April 2012 pada 6:14 PTG

Tengah plan nak tuka template gak nih....

15 April 2012 pada 6:50 PTG

susah jugak kalau zero knowledge macam adam ni ek...

15 April 2012 pada 7:23 PTG

@adam narzuan
Ish..kita semua bermula dari zero jugak. Bila belajar dan belajar, lama2 pandai la sikit2. InsyaAllah, suatu hari nanti pasti boleh...

15 April 2012 pada 7:25 PTG

@Yas y
Ya ka? gud luck..

15 April 2012 pada 7:28 PTG

@Dinar
Terima kasih..

15 April 2012 pada 9:05 PTG

Assalam.. Saya suggest template version baru ni. Lebih SEO

http://thesisforblogspot.blogspot.com/2011/11/thesis-for-blogspot-download.html

-shahblogger

15 April 2012 pada 10:29 PTG

memang seronok bila blog mesra seo kan

17 April 2012 pada 6:58 PG

Data dalam internet lebih senang nak baca tulisan warna hitam, background putih.

Nak SEO senang, guna self-host macam wordpress. Serius memuaskan hati. :)

17 April 2012 pada 9:15 PG

wp mmg terbaek utk SEO
tp den pun pki blogspot haha

17 April 2012 pada 6:55 PTG

Banyak yang belajar SEO,
Tambah menarik buat kajian,
Dikongsi bersama rakan-rakan HO....HO..
Semoga PR kak iza ada peningkatan.

Catat Ulasan

Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini

 
© TERATAK USANG All Rights Reserved