Mengingati Mati

on Jumaat, April 13, 2012

Assalamualaikum,
Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia.
Mati itu pasti. Setiap yang hidup pasti merasai mati tidak kira samada anda masih muda, kacak, berjawatan tinggi dan sebagainya selaras dengan firman Allah: 

Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati. (Surah Ali Imran:185). 

Ajal tidak mengenal usia. Kematian juga tidak dapat dielakkan. Manusia dan jin akan mati sebelum datangnya kiamat manakala malaikat, iblis dan syaitan akan hidup sehingga datang hari kiamat dan akan mati apabila sangkakala pertama ditiup.

Apabila sebut tentang mati, semua orang takut mati tapi sejauh mana ketakutan ini, Wallahua'lam. Kata takut tapi tak juga solat, tak juga insaf. Kalau mati tengah solat, Alhamdulillah tapi macam mana pula kalau mati ketika berada di pawagam? mati ketika berada di konsert? Nauzubillah...

Penting untuk kita berjaga-jaga dan beringat tentang mati. Orang dulu-dulu amat berjaga-jaga dalam setiap langkah kaki. Nak tidur pun berjaga-jaga. Bukan takut mati dalam tidur tapi bimbang kalau-kalau kaki terarah ke kiblat. Perbuatan yang dilakukan setiap hari juga perlu berhati-hati.

Ada orang tua dulu-dulu terbongkok-bongkok mencari arah kiblat. Hairan juga, nak buat masjid ke? "Tidak, aku nak buat jamban". Eh, kenapa pula nak mencari arah kiblat? Sebab dia tak mahu buang air menghadap kiblat. Kita pula macam mana? Ada kita peduli hal ini?

Betapa beruntungnya orang yang dapat notis awal dari Allah iaitu:

  1. Uban berterabur
  2. Mata kabur
  3. Gigi gugur
  4. Kelit kendur
  5. Rumah kata "pergi", kubur kata "mari"
Adakah anda sudah dapat notis tersebut? Yang belum dapat notis, jangan pula bersuka-ria. Kelapa mumbang pun boleh luruh sebelum menjadi kelapa dara atau tua. Apatah lagi manusia, bila-bila masa sahaja kita akan dipanggil. Bersediakah anda?
Ranking: 5

10 comments

13 April 2012 12:42 PG

Yang belum dapat notis pun perlu juga beringat...

13 April 2012 12:49 PG

sekarang ni saya tgk trend org muda pun bayak yg nyawa diambil dulu.

13 April 2012 1:03 PG

Mati itu pasti
Tiada siapa tahu masa dan ketikanya
Memang senyiasa kena beringat

13 April 2012 8:40 PG

kena buat persiapan dari sekarang untuk soal jawap nanti

13 April 2012 10:11 PG

MATI itu pasti, sama ada kita bersedia atau tidak..

13 April 2012 10:43 PG

Orang dulu2 memang berhati2 buat sesuatu. Sekarang ni kita duduk rumah yang dibina oleh pemaju, nasib2lah, kalau dapat bilik air yang tidak mengadap kiblat,

13 April 2012 11:57 PG

Kalau muda-muda rambut sudah beruban ada tanda-tanda umur pendek?

13 April 2012 3:33 PTG

nak kata bersedia tu, ada keraguan jugak..terasa amalan tak cukup lagi untuk dijadikan bekalan..

13 April 2012 7:16 PTG

Dah ada 3 notis kat atas tu. Insaflah walau belum ada notis.

15 April 2012 2:15 PTG

walaupun tiada tanda2..kita mmg dituntut mengingati mati..

byk kelibihan antranya..buat sesuatu bersungguh2..dpt mengawal tingkah laku..dan mcm2 ag..

Catat Ulasan

Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini

 
© TERATAK USANG All Rights Reserved