Nasib Si Anak Anjing.

on Khamis, April 12, 2012

Assalamualaikum,
Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia.
Petang kelmarin selepas berlaku gegaran, aku sekeluarga bersiap-siap untuk keluar rumah. "Cepat!!! Jom lari dari rumah.....". Bukan  bertindak untuk melarikan diri dari keadaan tersebut. Sebenarnya sehari sebelum tu aku dah buat appoinment dengan hubby nak ajak ke taman permainan. Bukan senang nak ajak ke mana-mana kalau tak buat temujanji kerana setiap petang rutinnya main takraw.

Taman permainan depan rumah telah rosak disebabkan vandalisme dan berkeadaan bahaya dengan kaca-kaca dari botol arak. Anak aku pernah terluka kaki maka itulah kali pertama dan terakhir main di situ. Nak main, kena ke taman permainan awam lain, mungkin lebih selamat.

Kawasan yang aku pergi tu sedikit terpencil, luas dan permainan di situ masih elok untuk digunakan. Mungkin disebabkan terpencil, maka tak ada yang nak lepak dan merosakkan barang-barang tersebut. Walaupun terpencil, kawasan tersebut tidak semak dan dijaga rapi. Mungkin hari Sabtu, Ahad dan hari cuti sahaja ada pengunjung di situ. Malangnya ada pula orang buang anak kat situ.

Ingatkan anak orang je kena buang, anak anjing malahan kucing pun terkena tempiasnya. Cuma bezanya anak anjing dan kucing ni bukan ibunya yang buang. Kalau dulu bebas untuk bersantai-santai atas rumput, kini tidak lagi dengan kehadiran penghuni baru. Nak main pun berjaga-jaga.

Aku rasa anak anjing 2 ekor ni baru sahaja dibuang setelah sehari atau dua hari dilahirkan. Bulu pun tak tumbuh lagi. Kesian tengok walaupun aku sendiri rasa takut (kena kejar anak anjing). Apa punya manusia la pi buang anak-anak anjing kat situ? Dah la tempat tu tak ada sumber makanan. Macam mana agaknya anak-anak anjing tu nak hidup? Kalau nak buang pun, pi la cari tempat yang ada petempatan. Sekurang-kurangnya ada yang kasihan dan memberi makan.

Aku ada bawa bekalan makanan dan dapat la anak-anak anjing tu makan untuk semalam. Hari ini, esok dan seterusnya wallahu'alam. Mati kelaparan la kalau tak ada orang yang ambil atau mereka sendiri berusaha keluar dari tempat tersebut. Kalau kucing, boleh juga aku tolong tumpangkan kereta untuk cari kawasan yang ada sumber makanan. Kalau nak buang pun, fikir-fikirkan la...
Ranking: 5

11 comments

12 April 2012 pada 2:41 PTG

sikap vandalisme tu entah tak tau nak cakap camne..mane mane tempat pun mesti ada..

bab haiwan tu, kalo kat taman dekat perumahan sini yang tak best tu bila ada pengguna yang bawak anjing peliharaan diorang tu masuk sama walaupun ada papan tanda melarang bawak haiwan peliharaan terutama anjing tu..

12 April 2012 pada 5:27 PTG

Vandalisme. Pening jugak tgk budak2 sekarang ni. Main suka cabut itu ini. Rasa nak babab jer...hoooo

Haiwan tu, saye angin jugak ngn tuan2 anjing kat taman ni. Macam takde tempat lain nak bwak anjing bersiar2...taman awam jugak...macam takde siviklah mereka ni...huuuuh

12 April 2012 pada 5:28 PTG

Alamak, lupa.

Off topic ye kak..

Terima kasih utk review alexa. Terima kasih byk2...hepi =)

12 April 2012 pada 10:42 PTG

Vandalisma menyusahkan semua orang kemudahan awam menjadi mangsa. Anak anjing tidak tahulah nasibnya.

12 April 2012 pada 11:49 PTG

Tu la yang sedihnya
Ada orang buang suka hati je apa yang mereka tidak mahu
Suka ambil sikap lepas tangan je

13 April 2012 pada 12:35 PG

Assalam..
mentang2 ler binatang main senang2 je nak buah eh? kesian.. mcmne la kisahnya nanti tu :(

xDer
13 April 2012 pada 12:36 PG

*buah - buang ;P hikhik

13 April 2012 pada 7:40 PTG

@tehr

Hmm, betul3x.

14 April 2012 pada 9:35 PTG

ala kesiannya dengan anak anjing tuh. nak dijaga kita nih islam plak kan.

14 April 2012 pada 9:41 PTG

@eiela
Ya.

15 April 2012 pada 2:18 PTG

sifat perikemanusiaan tidak mengira haiwan tu najis berat atau x..

kdg2 kita boleh hantar kat pusat perlindungan @ shelter haiwan2 ni..disana mereka dijaga dan diberikan kepada mereka yg berminat utk membela..

Catat Ulasan

Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini

 
© TERATAK USANG All Rights Reserved