Seminar Wordpress : Produk Baru Dari Akademi Denaihati.

on Khamis, Mac 15, 2012

Assalamualaikum, 
Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia. 
Kini Denaihati mengorak satu lagi langkah baru dalam dalam industri blogging dengan memperkenalkanAkademi Denaihati. Di akademi ini kami menyediakan pelbagai kursus, seminar dan latihan untuk menjadikan blogging sebagai kerjaya yang mampu memberi pendapatan lumayan di samping mempromosikan bekerja di internet sebagai kerjaya yang bukan sekadar sambilan. 


Untuk merealisasikan projek ini, pihak kami memperkenalkan Seminar WordPress sebagai kursus awalan untuk mereka yang berminat menyertai Akademi Denaihati. Maklumat seminar ini adalah seperti berikut:

SEMINAR WORDPRESS AKADEMI DENAIHATI
TEMPATHotel Singgahsana, Petaling Jaya
TARIKH14 – 15 April 2012
MASA9 Pagi – 6 Petang
YURANRM 250 (Mendaftar sebelum 5 April 2012)
RM 350 (Mendaftar 6 April – 12 April 2012)
Peserta yang menyertai seminar ini akan menerima:
  • Asas pemasangan wordpress nak membina blog bermutu 
  • Memahami cara pengendalian blog wordpress yang lebih efisien 
  • Mengetahui cara integrasi blog dengan sosial media 
  • Sebuah domain dan hosting selama setahun 
  • Sebuah eBook “Blogging For Beginners” 
  • Sertai Hi Tea Sepetang Bersama Blogger anjuran Denaihati 
  • Customer support selama setahun pada waktu dan tarikh yang akan dinyatakan 
  • Menyertai komuniti blogger di bawah kelolaan Denaihati Network Sdn Bhd 
  • Ahli Akademi Denaihati dan mendapat diskaun untuk kursus dan seminar akan datang.
Tujuan utama seminar ini adalah untuk memberikan pendedahan tentang WordPress kepada mereka yang belum mengenali apa itu blogging, mereka yang sudah mempunyai blog dan ingin berhijrah ke WordPress atau mereka yang sudah mempunyai blog WordPress dan ingin mendalami WordPress.

Jika anda berminat untuk menyertai kami, anda boleh daftar dan buat pembayaran ke akaun berikut:

CIMB – 12360003070058 (Ultimate Brilliant Services and Trading)
Setelah selesai buat pembayaran, sila emailkan kepada kami butiran berikut ke akademi@denaihati.com
- Nama
- No Telefon
- Email
- Bukti pembayaran
- 3 Nama pilihan domain

Anda boleh hadir ke seminar ini dengan kereta (RM 4 sahaja/entry untuk parking) atau melalui LRT dan berhenti di Stesen Taman Jaya. Hotel Singgahsana terletak 5 minit berjalan kaki dari Stesen LRT Taman Jaya. Di bawah adalah map untuk ke Hotel Singgahsana:
Ini merupakan event pertama seumpama ini di adakan oleh pihak Akademi Denaihati. Akademi Denaihati ingin pergi lebih jauh lagi dengan menghasilkan lebih ramai graduan yang boleh membina kerjayanya melalui internet. Adakah anda ingin bersama kami?

Ranking: 5

4 comments

16 Mac 2012 12:44 PG

seminat ke seminar?

16 Mac 2012 12:56 PG

menarik tapi tak dapat nak join

16 Mac 2012 11:34 PG

Makin berkembang maju nampaknya denaihati ni
Kita ni boleh tumpang tempis juga tu
Hehe

25 Mac 2012 12:23 PG

bgus la seminar ni..mmg best :)

kalo wayt webinar..pasti ramai yg join.. :)

Catat Ulasan

Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini

 
© TERATAK USANG All Rights Reserved