Pulang Ke Rahmatullah.

on Jumaat, Mac 09, 2012

Assalamualaikum,
Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia.

Setelah mengikuti beberapa kisah Imam Bukhari, kini tiba masanya beliau pulang ke rahmatullah. Imam Bukhari berdoa selepas solat:
"Ya Allah, Tuhanku!

Sesungguhnya telah sempitlah bumi yang lapang itu bagiku.

Ya Allah, ambillah aku kepadaMu...." 
Selepas sebulan daripada itu, Imam Bukhari pun jatuh sakit. Malangnya, sepasukan polis datang membawa surat perintah dari Gabenor supaya beliau dibawa ke markas besar untuk disiasat.

Walaupun tubuhnya sangat lemah dan keluarganya menghalang beliau pergi, beliau berjaya mengatasi keadaan itu dan memutuskan untuk mematuhi perintah Gabenor. Peristiwa tersebut menggemparkan seluruh kampung yang sangat menghormati beliau.

Dikatakan bahawa Imam Bukhari telah berpakaian dengan baik, lengkap dengan jubah dan serbannya. Beberapa langkah dia berjalan dan sebelum sampai kepada kenderaan yang sedang menunggu, tiba-tiba beliau terjatuh. Beliau diusung pulang ke rumahnya.

Beliau tahu ajalnya akan menjelang tiba, lalu beliau berpesan: "Kalau ajal saya tiba, pakaikan saya dengan 3 helai kain, tanpa baju dan tanpa serban."

Menurut riwayat yang sah, Imam Bukhari wafat pada hari Jumaat malam Sabtu selepas waktu Isyak iaitu malam 1 Syawal 265 Hijriyah bersamaan tahun 870 Masihi dalam usia 62 tahun.

Ketika beliau dikebumikan, beribu-ribu orang yang mengiringi jenazah beliau tercium bau harum dan bau itu masih kekal selama beberapa hari. Mereka juga melihat semacam cahaya putih memancar dari kuburnya menjulang ke langit.

Dalam satu riwayat mengatakan bahawa salah seorang ulama besar bernama Syeikh Abdul Wahid bin Adam At-Tawawisiy telah dipetik berkata:


"Saya bermimpi bertemu dengan Rasulullah s.a.w yang sedang berdiri di samping beberapa orang sahabatnya. Maka saya mengucapkan Salam kepada Baginda dan Baginda membalas Salam saya. Lalu saya bertanya, Mengapa Junjungan berhenti dan berdiri di tempat ini, ya Rasulullah? Rasulullah menjawab: Aku menunggu kedatangan Muhammad Bin Ismail."

Sebaik mimpinya  itu tamat, Syeikh Abdul Wahid terbangun dari tidurnya lalu bertanya kepada orang lain apa yang telah berlaku pada Imam Bukhari, tetapi tidak ada sesiapa yang tahu ketika itu.

Beberapa hari kemudian, tibalah berita kewafatan Imam Bukhari. Kewafatannya berlaku tepat pada malam Sabtu, malam Syeikh Abdul Wahid bermimpi menemui Rasulullah s.a.w yang berdiri menunggu kedatangan Imam Bukhari.

Demikianlah mulianya martabat Imam Bukhari di sisi Rasulullah s.a.w hingga kedatangannya ditunggu oleh baginda dan para sahabatnya.



Entri lain yang berkaitan:

TAMAT
Ranking: 5

3 comments

9 Mac 2012 pada 12:17 PG

Entri yg baik nih....bercerita ttg kehebatan ulama2 terdahulu mampu membuatkan kita jg berkobar2 utk mengikuti jejak langkah beliau...

9 Mac 2012 pada 10:12 PG

sama2 kita belajar
riwayat hadis yang dicatat beliau masih perlu terus dipelajari

11 Mac 2012 pada 11:23 PG

Kehebatan ulama-ulama terdahulu.

Catat Ulasan

Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini

 
© TERATAK USANG All Rights Reserved