Nak Online Juga.

on Selasa, Mac 13, 2012

Assalamualaikum, 
Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia. 

Setiap blogger pasti hobinya menulis blog. Kalau tak menulis, pastinya akan melawat blog rakan blogger, membaca dan meninggalkan komen. Walaupun sibuk dengan kerja rumah yang tak pernah habis, akan ku cari juga masa untuk up date blog dan menjengok blog lain. 

Biasanya aku update blog malam atau petang. Susah juga untuk tetapkan masa yang sesuai bagi menumpukan pada blog. Hanya masa yang terluang akan aku gunakan untuk buka blog.

Hari-hari mengadap laptop, langsung tak ada perasaan jemu. Itulah hidup seorang blogger. Aku sibuk nak taip entri blog, si kecil (6 bulan) ni pun sibuk juga nak menaip. Bila dia dah jemu tengok tv, mula la dia alihkan perhatian pada laptop pula. Kadang-kadang tengah aku menaip, suka-suka hati je dia tekan "Backspace". Hilang segala ayat-ayat power yang telah di taip. Kadang-kadang si kecil siap pegang dan tarik di atas bucu kanan laptop. Boleh tahan juga kuat tangannya tu menarik laptop. 

Kecik-kecik lagi sudah pandai mengadap laptop. Tengok aku menaip, dia pun nak tumpang sekaki. Mungkin sepanjang aku mengandung dulu asyik blogging, kini ada sikit-sikit turun pada si kecil ni. Agaknya la kan.. 

Kalau kat dapur, sibuk aku memasak, dia pun mula la nak capai periuk-periuk yang tersusun di bawah rak. Ini belum boleh berjalan sendiri lagi. Kalau dah pandai berjalan, rasanya sibuk la si kecil tolong mengemas pinggan mangkuk, periuk belanga dan kain baju yang di susun. 

Time aku bersiap-siap untuk ambil Alongnya di tabika dan nak panaskan enjin kereta, elok-elok je dia duduk dalam walker tu tiba-tiba dia dah merengek-rengek depan gril sambil menangis nak didukung. Tahu je masa aku nak keluar. Nasib baik juga si Along lebih suka lakukan aktivitinya sendiri.
Ranking: 5

25 comments

13 Mac 2012 pada 12:23 PG

Ada bakat mahu jadi blogger juga tu! :D

13 Mac 2012 pada 12:43 PG

train dia dari sekarang mana tau esok jadi jutawan blogger.....

Kalau dah sampai macam tu...blogger tegar tu hehehe..

13 Mac 2012 pada 1:09 PG

Pepatah Melayu ada menyebut "Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi". :-)

13 Mac 2012 pada 1:10 PG

buka post baru, biar dia tulis kemudian publish je, jadikan tu post pertama dia :)

13 Mac 2012 pada 1:20 PG

Blogger termuda malaysia ni
Header blognya gambar botol susu
Hehe

13 Mac 2012 pada 8:46 PG

Follow mama dia laa tu...

13 Mac 2012 pada 4:26 PTG

salam;
gelagat sicomel ni kadang mengelikan hati kita..nak marah tak boleh.

13 Mac 2012 pada 5:36 PTG

time i surirumah dedulu pun camtu jugak.. blogging anak pun sibuk ngacau.. ;)

13 Mac 2012 pada 8:51 PTG

baby zaman sekarang, lahir2 dah duduk depan laptop...

13 Mac 2012 pada 8:56 PTG

Salam,
ada bakat dah si kecik tu.. nanti kalau mama dia penat menulis boleh dia tolong :)

13 Mac 2012 pada 9:35 PTG

seronok gak jadi blogger dapat kongsi pengalaman

13 Mac 2012 pada 10:15 PTG

InsyaAllah..

13 Mac 2012 pada 10:22 PTG

Jutawan blogger ek?
InsyaAllah, amin..

13 Mac 2012 pada 10:26 PTG

haha..
kalau nak jadi blogger,
biarlah jadi seorang blogger berjaya.

13 Mac 2012 pada 10:42 PTG

haha...idea bagus tu.

13 Mac 2012 pada 10:49 PTG

hehe...
dah pandai menaip nanti boleh la buat satu.

13 Mac 2012 pada 10:50 PTG

hehe..

13 Mac 2012 pada 11:12 PTG

Ya.

13 Mac 2012 pada 11:13 PTG

W'salam..
hehe..memang pantang tengok laptop terbuka,
ada je yang nak ditekan..

13 Mac 2012 pada 11:15 PTG

Jangan kata lahir, dari dalam kandungan lagi dah menyelami dunia maya..

13 Mac 2012 pada 11:18 PTG

hehe..memang dah biasa la kan.

13 Mac 2012 pada 11:20 PTG

W'salam..
Marah pun bukan dia tau apa pun..

13 Mac 2012 pada 11:20 PTG

cute..kecik2 dh pandai berblogging..

org dulu2 letak pen @ pensel time nk tanam uri..slamat skang x tanam laptop utk jdik blogger hbat.. :)

13 Mac 2012 pada 11:43 PTG

Ya ka? ada juga dengar macam tu.
Ai, tanam laptop memang orang kaya la...
Orang kaya pun tak buat macam tu.

15 Mac 2012 pada 10:50 PG

ehehe..anak2 skrg ni mmg cmtu..pantang nampak laptop on..mmg cepat je tgn nak menaip gak..ehehe

Catat Ulasan

Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini

 
© TERATAK USANG All Rights Reserved