Wabak Rotavirus Mengganas.

on Sabtu, Februari 11, 2012

Assalamualaikum,
Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia.

Petang ini ada sebuah kenderaan berhenti di tengah-tengah taman perumahan yang aku duduki. Aku kurang pasti samada kenderaan dari Jabatan Penerangan atau Kementerian Kesihatan sebab kedudukannya sedikit terlindung.

Kenderaan tersebut telah membuat announcement berkenaan wabak yang menyerang bayi dan kanak-kanak di sekitar kawasan ini. Inilah yang membimbangkan aku dan kebanyakkan ibubapa. Hubby dah bercadang nak hantar aku balik kampung apabila terdengar tentang wabak yang menyerang bayi dan dalam tempoh lebih kurang 4 jam sahaja, bayi akan maut setelah tanda-tanda wabak di kesan.

Sebagai ibu, aku pun rasa takut dengan wabak ini, tambah lagi ada anak kecil dan kawasan yang terlibat adalah kawasan tempat aku tinggal ni. Nauzubillahiminzalikh....

Yang menjadi persoalan aku sekarang, bagaimanakah penyakit tersebut menjangkiti bayi sedangkan bayi hanya minum susu? Adakah melalui susu formula yang dibancuh? Mengikut pengumuman yang dibuat, langkah berkesan mengelakkan wabak adalah; tidak dibenarkan makan ulam-ulaman, makan makanan mentah dan air perlu di masak terlebih dahulu. Ia lebih fokus pada orang dewasa. Mana ada bayi makan ulam.

Kepada ibubapa yang memberi minum susu formula, pastikan air tersebut dimasak semasak-masaknya dan rebus dahulu botol susu sebelum digunakan. Malang tidak berbau, cegah sebelum terlambat.


TAPAH: Punca kematian mengejut dua bayi awal minggu lalu, dipercayai akibat sejenis wabak dikenali sebagai Acute Gastroenteritis (AGE) yang dibawa virus rotavirus yang kini sudah menyerang 2,236 bayi di Perak. 

Difahamkan wabak dibawa virus itu tersebar melalui air dan makanan dan hanya menjangkiti bayi di Teluk Intan, Hutan Melintang, Chenderong Balai, Langkap di Hilir Perak dan Batang Padang, Tapah, di sini. Berdasarkan aduan diterima, rotavirus lebih mudah menyerang bayi berusia antara dua bulan hingga 10 bulan menyebabkan mangsa cirit-birit dan demam panas sebagai tanda awal. 

Exco Kesihatan Perak, Datuk Dr Mah Hang Soon berkata penemuan punca wabak AGE itu diperolehi hasil ujian makmal sejurus dua bayi mati mengejut awal minggu lalu. Katanya, virus berbahaya itu menyebabkan bayi menghidapnya hilang selera makan, sakit kepala, sakit perut, loya dan pelbagai tanda lain.

Kedua-dua mangsa yang berasal dari Taman Julaiha dan Kampung Teluk Buluh, Hutan Melintang, di sini, mempunyai simptom sama iaitu cirit-birit, demam panas, mata bengkak dan badan bertukar kehijauan. Menurut Dr Mah, sejak 27 Januari lalu sehingga semalam, 2,236 kes AGE dengan gejala cirit-birit dan muntah dikesan di dua daerah iaitu 1,397 kes di Hilir Perak dan 839 kes di Batang Padang.

“Bagaimanapun jumlah kes menunjukkan penurunan sejak seminggu lalu di hospital daerah itu. Kebanyakan kes AGE yang dikesan menunjukkan gejala cirit-birit dan muntah dan sebahagian besar bayi dijangkiti mendapat rawatan pesakit luar,” katanya pada sidang akhbar di Klinik Kesihatan Tapah, semalam. 

Menurutnya, kajian sedang dijalankan Jabatan Kesihatan negeri Perak dengan kerjasama Institut Penyelidikan Perubatan dan Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan untuk mengenal pasti punca merebaknya wabak itu.

“Antara langkah berkesan bagi mengelak wabak itu merebak ialah memasak air sebelum diminum, membasuh tangan menggunakan sabun sebelum dan selepas makan serta ke tandas. Mengurangkan memakan makanan mentah seperti ulam atau tidak dimasak, memasak makanan dengan sempurna, membersihkan peralatan pemakanan dan minuman bayi dengan merebus terlebih dahulu sebelum digunakan,” katanya.

Mah berkata, orang ramai yang mengalami demam, cirit-birit, muntah, loya, sakit perut, sakit kepala serta hilang selera makan perlu segera mendapatkan rawatan. Berdasarkan data Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), dianggarkan lebih 440,000 kematian kanak-kanak dan bayi di seluruh dunia disebabkan rotavirus.





Ranking: 5

10 comments

11 Februari 2012 pada 5:24 PTG

Apa pun ikuti saranan yang diberitahu. Tumpuan tentunya terhadap air yang digunakan. Masak dahulu air..

11 Februari 2012 pada 5:36 PTG

perghhhh.. kne berhati-hati la lpas nie.. huhu.. selain baby pun bole kne jgk kn..

11 Februari 2012 pada 6:48 PTG

Kementerian Kesihatan telah mengenal pasti punca jangkitan adalah berpunca bekalan air. Sekejap sahaja 2k mangsa terkena rotavirus. Saya kurang berpuas hati dengan kecekapan jentera kerajaan mengenal pasti dan mengawal wabak.

11 Februari 2012 pada 11:01 PTG

mcm² penyakit sekarang ni..sama² berdoa agar kita dilindungiNya

12 Februari 2012 pada 3:13 PG

ada lagi satu wabak yg saya dpt info dari seorg nurse k.k.kerajaan.. ianya air-born dan amat bahaya jgk. symptom mcm denggi tapi bukan. kena hati2 skg, virus semakin berevolusi. dptkan rawatan di k.k.kerajaan sebaik2nya bila ada symptom2 seperti denggi pada anak2..

12 Februari 2012 pada 8:22 PG

Thanks atas info tersebut.

12 Februari 2012 pada 8:23 PG

InsyaAllah..Amin.

12 Februari 2012 pada 8:25 PG

Nak guna air pun dah fobia sekarang ni. Nampaknya kena masak dulu air sebelum mandikan baby

12 Februari 2012 pada 8:26 PG

Ya.Kalau tak silap,kanak-kanak 10 tahun ke bawah.

12 Februari 2012 pada 8:27 PG

InsyaAllah

Catat Ulasan

Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini

 
© TERATAK USANG All Rights Reserved