Lelaki Kacak Suka Membaca.

on Isnin, Disember 12, 2011

Assalamualaikum,
Salam 1 Dunia.

Betul ke lelaki kacak suka membaca? Siapa yang suka membaca, sila "LIKE". Kalau suka membaca, pastinya anda adalah seorang yang kacak kerana lelaki kacak memang suka membaca.

Pada gadis dan wanita, jangan pula berkecil hati jika tajuknya HANYA lelaki kacak. Pastinya anda juga seorang gadis dan wanita jelita jika anda sedang dan rajin membaca.

Sebenarnya aku tertarik dengan penulisan Azzam Supardi tentang tajuk ini dalam kolum

Monolog Seorang Lelaki

sebagai Senior Editor SOLUSI.

Masyarakat bandar yang sering dan setiap hari sabar menempuh kesesakan jalan raya ketika pergi dan pulang kerja boleh mengambil peluang untuk membaca seketika saat menunggu lampu hijau atau menanti kenderaan di hadapan bergerak. Pastikan anda menyediakan buku di dalam kereta. Ini juga merupakan salah satu cara untuk memupuk semangat membaca di kalangan anak-anak kita.

Jika ada yang sanggup menghias indah di dalam kereta, masakan susah untuk meletakkan sekurang-kurangnya hanya sebuah buku?

Menurut World Report Education, kadar celik buku di Malaysia sebanyak 78.4% walaupun jumlah ini masih dipertikaikan. Kajian daripada Perpustakaan Negara menunjukkan masyarakat kita membaca kurang dari 7 halaman sehari. Cetakan pertama buku sebanyak 3000 naskah juga mengambil masa yang lama untuk habis dijual dan setiap tahun hanya ada sedikit perubahan.

Mungkin juga masyarakat sekarang lebih berminat dan tertarik untuk membaca melalui internet daripada membeli buku. Jika ada pesta buku, buku rujukan untuk peperiksaan lebih laris daripada buku-buku ilmiah lain. Ramai juga yang sanggup ke kedai kopi untuk membaca akhbar, lebih jimat.

Walaupun penjualan buku kurang memberangsangkan, masyarakat kita masih tetap membaca (melalui Media elektronik dan lain-lain). Buktinya, anda di sini untuk membaca dan orang yang membaca pastinya seorang yang kacak dan jelita.

Selamat membaca...


Ranking: 5

20 comments

12 Disember 2011 pada 6:21 PTG

salam Azila..membaca blh menambah ilmu.paling atie suak baca..novel larrrr :D

12 Disember 2011 pada 6:24 PTG

saya suka bace komik....hehe :D

Tanpa Nama
12 Disember 2011 pada 6:59 PTG

Membaca ketika menunggu sesuatu terasa masa tidak terbuang dan masa berjalan dengan laju tanpa sedar.

12 Disember 2011 pada 7:22 PTG

salam iza..

saya kan jelita sebab tu suka membaca di blog iza ni kan?hehe.lari tajuk betul kan?

12 Disember 2011 pada 7:57 PTG

Panas juga entri kamu nie :) ada juga org yang kata sesipa yang berkaca mata cerdik orgnya :)

12 Disember 2011 pada 8:43 PTG

Jelita? tau dah..
:D

12 Disember 2011 pada 8:44 PTG

assalam iza

lain mcam jer bunyi entry kali ni. wa time ni x der duit kecik ar ... keh33

12 Disember 2011 pada 9:48 PTG

saya suka membaca walaupun tidak kacak ... ahakss

12 Disember 2011 pada 10:36 PTG

salam..
sama macam yang lain
saya pun suka membaca
tapi tak tergolong antara
yang kacak..apa pun saya
tetap like G+ anda :)

12 Disember 2011 pada 10:52 PTG

hehe.. kalau buku best letak dalam kereta, nanti asyik leka dan kena hon je ekekee

13 Disember 2011 pada 12:12 PG

lelaki2 yg suka membaca mesti dah like entry ni...
saya jelita tak?...takde kaitan...

13 Disember 2011 pada 4:34 PG

mesti ramai lelaki terasa kacak sekarang ni. hehe

13 Disember 2011 pada 9:38 PG

7 halaman sehari. itu buku? yang dicetak? itu je? ebook? kindle? epub? good-blog-entry?


quran?

rgds,
syafiq_lomotech
lomotech.com

13 Disember 2011 pada 9:54 PG

mmg btol la tue....laki hensem mmg suke membaca...mcm sy la....hehehehe....

13 Disember 2011 pada 10:14 PG

Alhamdulillah, nak kate rajin sangat, taklah...tp adalah bace sebiji dua =)

Jd, masih lagi kacak dan hensem gitukan?hehe

13 Disember 2011 pada 11:27 PG

Kalau kena anak kakak baca novel sehari lebih dari 500 halaman pun boleh aje. Tapi baca buku pelajaran cuti sekolah nie satu muka pun tak ada...

Kakak baca N3 di blog banyak tau hihi....

13 Disember 2011 pada 2:42 PTG

@Kakzakie
Betul sangat la kakzakie..Buku sekolah memang liat sikit nak baca, boleh jadi mengantuk..

Kiranya baca la tu, dan orang yang membaca adalah orang yang jelita :)

13 Disember 2011 pada 2:43 PTG

@levelsatu
hehe..

13 Disember 2011 pada 2:44 PTG

@akuanakpahang
Saya pun ada dengar masa zaman sekolah dulu..

13 Disember 2011 pada 2:45 PTG

@Kunang-Kunang
Betul tu..

Catat Ulasan

Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini

 
© TERATAK USANG All Rights Reserved