Gigi Sakit.

on Selasa, Disember 13, 2011

Assalamualaikum,
Salam 1 Dunia.

Sejak dua tiga malam ni, aku sekeluarga tak nyenyak tidur kerana puteriku yang sulung sakit gigi. Siang malam asyik menangis apabila terasa sakit pada gigi yang berlubang.

Macam-macam petua yang aku jumpa dalam internet tapi dah namanya kanak-kanak, memang payah nak ubatkan cara tradisional. Salah satu petua yang mungkin berkesan adalah menggunakan bunga cengkih yang ditumbuk atau serbuk bunga cengkin dan diletakkan dalam gigi berlubang, InsyaAllah mesti sembuh.

Memang payah nak sembuh kalau empunya diri tak nak mencuba. Akhirnya terpaksa la bawa ke klinik panel untuk mengambil parasetamol dan antibiotik. Kalau ubat manis-manis, mau la si Along minum. Sebelum ke klinik, dia dah bagitau abahnya, nak ubat yang manis sahaja.

Kalau kata nak bawa ke klinik gigi, awal-awal lagi dah nangis tak nak pergi. Macam aku kecik-kecik dulu juga. Teringat lagi masa aku umur dalam lingkungan 8 hingga 9 tahun dulu, mama aku kata nak bawa ke rumah kawannya. Sampai saja depan pintu pagar klinik, aku terjun dari basikal dan terus lari balik ke rumah. Takut punya pasal...

Sampai ke hari ini, gigi Along masih sakit lagi. Sekejap sakit, sekejap ok dan begitulah berterusan. Di tengah-tengah malam mesti menangis kesakitan. Kalau dia tidur sambil buka mulut, mau saja aku letakkan bunga cengkin tu senyap-senyap tapi dia jenis tidur-tidur ayam, mudah terjaga. Jadi tak dapat la nak curi-curi letak.

Di sini aku kongsikan petua sakit gigi untuk panduan bersama. Mana tau tiba-tiba terasa sakit gigi.

1) Campurkan sedikit cuka dalam segelas air suam. Gunakan air ini untuk berkumur. Amalkan tiga kali sehari sehingga rasa sakit hilang.

2) Kunyah sedikit kapur sirih pada gigi yang sakit sehingga lumat. Amalkan sehingga rasa sakit gigi hilang.

3) Makan buah belimbing buluh bersama sedikit garam.

4) Untuk gigi berlubang, ambil getah pada tampuk buah betik muda dan sapukan pada gigi yang sakit dengan putik kapas.

5) Untuk gigi geraham berlubang, tumbuk seulas bawang putih hingga lumat dan masukkan sedikit cuka. Masukkan bahan tadi ke dalam lubang gigi.

6) Sapukan getah pokok kemboja pada gigi yang sakit.

Sumber: 101 Petua.

p/s: Jika ada selain petua di atas, boleh juga kongsikan di sini.








Ranking: 5

3 comments

Tanpa Nama
13 Disember 2011 pada 8:31 PTG

Terima kasih berkongsi petua.

Bagi kak ani pulak, apa saja petua tak boleh digunapakai. Doktor gigi jugak yang dicari.

14 Disember 2011 pada 10:16 PTG

Sakit gigilah yg paling tak selesa, asyik nak marah org je, tak boleh dengar bunyi bising sikit. Kalau nak tidur , ya Allah hanya tuhan yg tahu tapi sakit lain pun lbh krg juga asalkan bernama sakit.

Tanpa Nama
1 Januari 2012 pada 2:42 PTG

terima kasih ats petua..sakit gigi mmng menganggu mood utk melakukan ssuatu

Catat Ulasan

Terima kasih kerana mengunjungi Teratak Usang serta meninggalkan komen di sini

 
© TERATAK USANG All Rights Reserved